BAB 3

76 6 0
                                    

Warning!!! Read with your own risk. Start with this chapter, scene action full of waepons, harsh words & killing! Hope you all enjoy! Muah!

Di Mansion

Hana memakirkan kereta BMW 5 di pintu utama dan terus meluru masuk menuju bilik kerjanya di tingkat 3. Keadaan dalam mansion sunyi kerana pada waktu ini kebiasaannya semua ejen sedang berlatih di gelanggang yang terdapat bawah tanah bangunan itu.

Hana membuka pintu bilik kerjanya. Kelihatan barang-barang masih kemas dan teratur kerana sahabatnya, Kaysa Inara setiap minggu akan mengemas bilik itu. Mata meliar mencari sebuah kotak berwarna merah pemberian seorang kawan lelaki selepas Hana berhijrah ke Thailand untuk melanjutkan pelajaran.

Keluarga Hana mempunyai sebuah agensi perisikan yang sekarang ini diuruskan oleh mereka tiga beradik.

Di Malaysia, diurus oleh anak lelaki kedua Engku Hamzah, Engku Faris Haider.

Di Thailand, diurus oleh anak bongsu Engku Hamzah,  Engku Hana Farisya.

Di Korea, diurus oleh anak lelaki pertama Engku Hamzah, Engku  Fahad Haidar.

Flashback

Hana dan keluarganya sudah berada di airport untuk menghantar Hana ke Thailand. Dalam menunggu, telefon Hana berdering, Hana terus meminta izin kepada ibunya untuk ke tandas.

"Helo"

'Hana... kau nak bukti?'

"Soalan apa yang kau tanya ni?"

'Haha, baik. Aku akan bagi, tapi dengan syarat, jangan bagitahu sesiapa pun pasal benda ni dan hanya kau sahaja yang boleh tengok bukti ini. Dan jangan cuba nak cari aku, kalau kita terjumpa kat mana-mana pun, anggap sahaja kita tak kenal.'

"Ok. Deal."

'Aku letak dalam bilik kerja kau kat mansion, sebuah kotak warna merah berkunci dan kuncinya tarikh kejadian berlaku.'

Tiitt...

Panggilan terus dimatikan oleh pemanggil. Hana tidak sempat berkata apa-apa. Hana melirik jam pada telefonnya, sudah pasti tidak sempat untuk ke mansion. Tiada pilihan lain, dia terpaksa bagitahu abangnya, Engku Faris mengenai kotak merah itu. Tapi malangnya, Faris sudah berkali-kali mencarinya tetapi tidak menjumpai.

End Flashback

Sedang Hana mencari kotak merah itu, Kaysa hanya diam melihat sahabatnya di pintu. Sudah hampir 10 minit, baru Kaysa menegur Hana.

"Hoi, kau tak rindu aku ke gila? Kau tengah cari kotak tu ke?" Tegur Kaysa sambil berjalan menuju ke arah Hana.

"Rindu. Kejaplah, biar aku cari kotak ni. Lepas jumpa baru kita lepas rindu." Kata Hana. Mata nya masing tidak terlepas daripada mencari.

"Kau ni kan... dengan bff kau sendiri sanggup buat macam ni. Hana, kau dengar tak?!" Keadaan jeda seketika. Hana terjumpa sebuah bungkusan yang agak aneh. Ia di balut dengan kain hitam. Hana segera membuka ikatan kain hitam, terlihat sebuah kotak merah. Mungkin ini yang dicarinya.

"Wey, ini ke kotaknya? Patutlah abang kau tak jumpa, rupanya dibalut dengan kain hitam." Kaysa dan Hana terus membuka kotak merah itu. Terdapat beberapa keping gambar. Mereka terkejut melihat gambar-gambar itu.

"Hana, jadi betullah dia buat semua ini,?" Soalan Kaysa dibiarkan begitu sahaja. Mata Hana sudah dibanjiri air mata. Hana diam terkelu. Dia masih mencerna gambar-gambar yang dikatakan 'bukti'.

"Kaysa.. aku rasa abang aku dah tahu pasal benda ini," 

"Maksud kau? Abang kau dah jumpa kotak ini dulu, dia yang balut dengan kain ini?" Tebak Kaysa.

"Maybe, yes." Jawab Hana dalam keadaan sebak. Sungguh dia tidak menyangka ini kejutan yang dia dapat setelah pulang ke tanah air. "Tapi aku tidak boleh bagitahu kat sesiapa pun yang aku dah tahu, aku kena cari tahu semuanya dahulu." Otak ligat memikirkan rancangan.

"Apa-apa bagitahu tau, aku sudi tolong kau, Hana." Kaysa menepuk bahu Hana.

"Thanks Kaysa. Jom keluar, aku lapar." Mereka mengemas kotak itu dan bingkas bangun keluar dari bangunan itu.

DI KAFE

Hana dan Kaysa masuk ke sebuah kafe dan duduk di meja yang sedikit tersorok. Selepas menempah makanan dan minuman kapada pelayan, Kaysa memulakan pertanyaan. "Jadi ayah kau yang tiba-tiba suruh kau balik?"

"Ya, katanya ada yang nak datang merisik aku."

"Siapa lah lelaki malang yang kena jadi suami kau tu eh?"

"Kurang ajar kau." Hana menjeling sahabatnya.

Kaysa masih gelak sehingga pelayan tiba. Mereka terus makan sambil berbual tentang cerita kehidupan masing-masing. Sekarang Kaysa berjaya mengapai cita-citanya sebagai seorang dokter pakar.

Pejabat AR Empire

Jari mengetuk pen pada meja. Mata merenung keluar jendela. Otak ligat memikirkan kata-kata Dato' Afwan kelmarin.

'Aku? Kahwin dengan Hana?... Macam mimpi je ni.' Monolog Afiq. Ketukan pada pintu menyadarkan Afiq ke dunia nyata. "Ya, masuk."

Seorang lelaki tinggi lampai bercermin mata masuk ke dalam bilik pejabat Afiq bersama sebuah fail. "Tuan, tuan ada temujanji dengan Encik Zaqif Amin pada lunch hour  hari ini."

"Sejak bila aku ada temujanji dengan Zaqif pula ni?"

"Err, Encik Zaqif booking dalam minggu lepas." Tangan naik mengosok belakang leher.

"Macam-macam lah mamat ni. Nanti kau pesan makanan untuk lunch hour, aku nak makan dalam pejabat sahaja. Terima kasih Mateen. Kau boleh keluar." arah Afiq.

Auf Mateen, setiausaha Afiq dalam urusan pejabat dan urusan peribadi Afiq. Mateen mengangguk dan terus keluar dari bilik pejabat Afiq. Baru sahaja Mateen memegang tombol, terus pintu diterjah.

"Halo my lovely friend!!!" Tangan penuh dengan plastik yang berisi makanan dan minuman. "Tak payah susah-susah suruh Mateen beli makanan, aku dah bawa. Khas untuk dating kita." laung Zaqif. Kelihatan kedua tangannya penuh dengan plastik. Zaqif Amin, sahabat sejak sekolah rendah dan sekarang bekerja sebagai kontraktor di syarikat Afiq, AR Empire.

"Gila betul lah kau ni Zaqif, kalau ya pun, ketuk pintu dan bagilah salam dulu gila. Kalau Mateen tak sempat elak tadi, confirm nyawa kau tak selamat, senang aku nak tolong galikan kubur kau terus." bebel Afiq. Afiq lebih risaukan keadaan temannya daripada Mateen kerana Mateen bukanlah seorang yang boleh diajak bergurau. Dengan Afiq, bosnya pun susah nak senyum, lagilah dengan orang lain.

"Ampun, beribu-ribu ampun wahai Tuanku Mateen." seloroh Zaqif sambil menyulurkan makanan yang berada dalam plastik. "Jom, kita makan dahulu."

"Tidak mengapa, makanlah, aku ada kerja lain." ujar Mateen.

Baru sahaja Mateen mahu keluar dari pejabat Afiq. "Mateen, mari makan dahulu, kerja kau tu takkan lari." kata Afiq.

"Betul tu, bila lagi kita yang bujang ni boleh makan bersama pula nanti. Kan orang tu dah nak jadi suami orang." bidas Zaqif sambil tangan ligat menghidangkan makanan dan minuman mereka.

"Kejap-kejap, kau tahu dari mana ini? Daddy baru saja bagitahu aku kelmarin."

"Wei, satu office  dah tahu. Staf-staf perempuan yang tercrush kat kau semuanya broken bila tahu yang bos hot diorang ni akan menamatkan fasa bujangnya." perli Zaqif. "Tapi, dont worry, tiada siapa lagi yang tahu bakal isteri kau." sambung Zaqif lagi.

Mateen hanya diam menikmati makanan yang di depan mata. Sekilas Mateen melirik pada Afiq. Muka Afiq nampak gelisah apabila mengetahui akan berita yang diberitahu oleh sahabat bosnya, Zaqif.

The PhilophobiaWhere stories live. Discover now