"Baguslah kalau macamtu. Senang dan cepat. Tunang lama-lama pun tak elok juga. Lagipun kau dah kenal kan dengan keluarga Dato' Eusoff tu. Diorang pun dah kenal keluarga kita juga kan" Isa angguk lagi.

"Dekat sini nenda ikut je mana yang mudah dan tak memeningkan kepala. Lagipun Isa dah lama bercinta dengan anak Dato' Eusoff tu. Kalau ke sana ke mari takda ikatan, tak manis la juga" celah Nenda Asiah.

"Nanti I ada gang!" Itu daripada Calla.

"Baik kak, akan disegerakan untuk memberikan akak ada teman di sini" Isa senyum tidak sabar mahu memberitahu tentang lampu hijau yang dia dapat ini pada kekasihnya Rania Isyara.

"Eh engkau nikah normal kan, dah pergi kursus kahwin dah ke?" Tanya Nuh.

"Sudah la. Aku join kursus online" Nuh mengangguk faham. Bab nak kahwin laju.

"Dah nak jadi suami, jangan kau berfoya-foya sakan pula. Ingat sikit, tanggungjawab kau akan lagi besar lepasni" nasihat Nuh dan Calla hanya iringkan senyuman. Terlalu abang dalam memberi nasihat.

"Nenda nak dapat cucu menantu lah tak lama lagi. Sempatlah hendaknya nenda nak tengok cucu kedua nenda ni naik pelamin" ujar Nenda Asiah senang hati.

"Inshaallah, nenda jangan cakap macamtu. Isa tak senang duduk pula" Megat Isa bangun dan duduk di sebelah nendanya.

"Ya, aamiin. Nanti Isa bincanglah dengan Rania betul-betul berkaitan majlis pula. Sungguhpun nak ringkas-ringkas. Tapi biarlah beradat" pesan Nenda Asiah.

"Baik nenda. Semua dekat sini, tolong doakan saya dipermudahkan urusan demi menghalalkan kekasih hati saya okay" umum Isa lantang.

Nuh dan Calla tergelak lucu.

"Ya lah, untuk kau semua akan jadi senang" ujar Nuh.

"I doakan adik ipar I dipermudahkan urusan" itu dari Calla pula.

"Nenda pun sama, sentiasa doakan yang terbaik buat cucu-cucu nenda" akhir dari Nenda Asiah.

"Terima kasih semua yang mendoakan" Isa silangkan tangan ke dada dan menunduk hormat.










         PAGI itu, Megat Nuh Iman nampak cemas mencari keberadaan Calla Maleeka. Padah rumah besar sangat, sendiri yang penat kehulu ke hilir. Namun bila dia dengar musik hip-hop yang datangnya dari gym, Nuh berlari ke situ pula.

"Calla Maleeka!" Suara Nuh naik seoktaf.

Lihat Calla Maleeka yang sedang melakukan senaman berat itu lagi membuatkan jantung lelaki itu tidak tenteram.

"D kenapa?" Soal Calla dengan kening yang bertaut. Dah kenapa pula suaminya ini tak ada angin, tak ada ribut merah muka memanggil nama dia kuat-kuat begitu.

"Ini apa?" Nuh berdiri di hadapan isterinya dan menayangkan satu objek tirus berwarna putih berpenutup biru.

"Termometer!" Jawa Calla geram. Dah ada tulis dah kan. Lagi mau tanya.

"Ini pregnancy test. Kenapa test sorang-sorang? Sejak bila D tak penting ni?" Tanya Nuh berbaur ingin berjauh hati. Itu pun jumpa alat tersebut di dalam tandas. Tercicir di luar tong sampah.

"Bukannya I nak belakangkan D, tapi benda negatif kan? Taknak bagi D harapan lagi. I dah malas dah" Calla capai tuala kecil lalu mengelap wajahnya yang basah dengan renik peluh.

"Come on my darling, baru berapa kali test. Setiap kali flower test setiap kali juga D happy. Jangan mengalah dulu, anak tu kan rezeki. Mungkin belum ada rezeki kita lagi. D pun tak puas nak bermanja dengan flower lagi" Nuh mengupuk ubun-ubun Calla lembut.

"I tak boleh, I insecure. Bila orang tanya dah berapa tahun kahwin, I cakap dah nak masuk 3 tahun. Tapi bila masuk orang tanya bab anak, I tak ada jawapan tu. Siapa je taknak anak!" Calla tutup mukanya dengan kedua belah tapak tangan.

Calla tak boleh, dia sensitive. Tambah-tambah dia memang ada keinginan nak mengandung dan tidak pernah merancang. Tapi bila orang sudah mula bertanya, Calla rasa down.

"D nak tanya dan flower jawab betul-betul. Buat masa sekarang ni, soal zuriat tu satu masalah yang besar ke pada kita? Lagipun, 3 tahun tu hanya tempoh. Tapi kita betul-betul bersama bila? Logikla kalau lewat sikit pun sayang. Untuk pendapat D, D masih belum sanggup nak bagi flower berbahagi kasih. Tapi D juga tak kisah kalau rezeki anak tu sampai" kedua belah lengan Calla dipegang kemas. Si isteri teresak menangis.

"Tapi kalau ditakdirkan I tak boleh bagi D anak sampai bila-bila macam mana? Would you still love me the same?"

"Hm mula lah tu overthinking yang bukan-bukan. Tak baik berandaian macam tu. And kalau betul itu takdir yang ditulis buat kita, I do love you the same even more flower. My flower muda lagi kan? Apa yang dikalutkan?" Pujuk Nuh.

"D tu lah yang makin tua!" Nuh terus memuncung.

"Another 8 years before D masuk 4 series okay. Masih sempat kalau nak berkerja keras dari sekarang" Nuh buat muka kerek.

Lelaki tak apa, makin tua makin saham naik. Janji poket tebal. Lagilah menjadi pujaan ramai gadis.

"Dan sekarang masih pagi" kening Nuh terangkat sebelah bersama senyuman miangnya.

"Apa?" Soal Calla pura-pura tidak faham.

"Teman D 'workout dalam bilik' jom" ajak Nuh menarik manja tangan Calla.

"Eeee dato' gatal! I bagitahu semorang nanti yang dato' gatal!" Calla kerutkan hidung menujuk le arah abdomen Nuh yang berketak itu.

"Pergilah bagitahu. D tak gatal sorang-sorang. Flower pun sama cuma ada hari je. Jom la—" Nuh tarik lagi tangan Calla sehingga Calla tergelak dan berdiri. Tak jadi nak bersedih lama-lama kalau dengan Megat Nuh Iman ni.























TBC.

Nuh's Secret Wife [C]Where stories live. Discover now