"Assalamualaikum—" Calla besarkan matanya menghadap Tok Sarimah. Ish, sembahyang jumaat apa cepat sangat ni. Calla tengok jam. Oh padanlah, dah pukul 2:30 petang.

"Waalaikumsalam, Nuh mai makan tengah hari mai. Harini tok masak lauk-lauk kampung je la. Kari kepala ikan, sayoq kubis goreng dengan ulam sikit. Hang makan dak?" Tanya Tok Sarimah.

"Nuh makan semua tok. Tolak batu, kayu dengan besi saja" seloroh Nuh buatkan Tok Sarimah tersenyum.

"Mai lah duduk. Haa Lee, tunggu apa lagi? Hidangkan la untuk laki hang" Calla tercengang.

"Se-sekarang?" Entahlah, tiba-tiba tak keruan pula Calla waktu itu. Cakap pun macam orang tak betul.

"Dok aih, hidang esok takpa" Nuh terlepas tawa. Aduhla, kelakar betul Tok Sarimah ni. Tak kering gusi Nuh dibuatnya.

"Takpa sayang, D cedok nasi dulu" Nuh mencedok nasi ke dalam pinggan. Sesudah itu, Calla yang cedokkan lauk ke pinggan Nuh.

"Erm ulam nak?" Tanya Calla.

"Nak timun je" pinta Nuh dan beberapa hirisan timun diletakkan ke dalam pinggan Nuh. Kemudian Calla menuang air sejuk ke dalam gelas.

"Sayang, taknak makan? Nak D suap?" Tanya Nuh selamba badak. Calla geleng kepala laju. Dato' ni, kot ya pun nak berlakon janganlah over sangat. Kutuk Calla dalam hati.

"I boleh makan sendiri. Tak apa" jawab Calla perlahan. Tok Sarimah menjeling pasangan muda itu silih berganti. Silap dekat mana pun dia tak tahu. Tengok baik saja.

Siap makan, giliran Calla pula mengemas semuanya. Dia mengangkat pinggan-pinggan kotor diletak ke dalam sinki dan dibasuh. Waktu itu juga ada nyamuk berkepala hitam datang menganggu kerjanya.

Nuh mengepung Calla dari arah belakang. Kedudukan mereka langsung tidak berjarak. Calla mengerikuk tidak selesa dan segan.

"D, I...I tengah buat kerja ni. Lagipun, tok dah tak ada kalau nak berlakon pun. Pergilah depan sana" halau Calla.

"Baguslah tok tak ada. D boleh tolong basuh pinggan juga" Nuh baru keluar dari hutan buluh gamaknya. Gatal miang semacam sangat ni.

"Ta-tapi...I tak boleh nak buat kerja. Kalau D duduk macamni" tergagap-gagap Calla mahu menyusun ayat.

"Oh! Sorry-sorry" Nuh meminta maaf dan duduk di sebelah Calla pula. Ralit dia tenung si isteri sampaikan merah pipi Calla menahan malu.

"Pandainya flower pakai kain batik. Lagi seksi dari malam beberapa hari lepas. Malamni pakailah lagi" ujar Nuh membuatkan Calla berdehem kuat.

"Tak perlu kot, I tahu je suami I straight orangnya. Tak macam tuduhan tak berasas I" bidas Calla sambil lalu. Nuh tergeliat lidah.

"Kenapa flower cakap macamtu?"

"Bila D nak balik KL semula?" Tanya Calla membuatkan kening Nuh terangkat sedikit.

"Kenapa flower tanya? Nak ikut D balik sekali ke?" Calla menjawab dengan gelengan.

"Tak lah, I lama lagi dekat sini. Habiskan cuti tahunan. D tu, kenapa datang sini? Ada kepentingan ke?" Soal Calla tanpa memandang Nuh di sebelah. Basuhan masih diteruskan.

"Penting. Harta I tercicir dekat sini. Mujur cari jumpa" jawab Nuh dengan wajahnya sekali diseriuskan.

"Oh maaflah kalau I guna kereta D datang sini. Kereta I tak sempat hantar servis. Takut nak jalan jauh" ujar Calla.

"Bukan harta tu, harta lain D maksudkan"

"Harta apa lagi? I ada terambil apa-apa yang penting ke selain kereta?" Tanya Calla. Risau juga dia.

"Dia tinggi dalam 1.68meter macamtu. Cantik, tapi kuat pakai duit. Punya lah penting sampaikan D tak boleh kalau harta D yang satu tu tak ada. Tak lengkap hidup D ni" cerita Nuh dan kening Calla bertaut.

Kalau 1.68 meter tinggi tu, besar jugalah harta yang dimaksudkan Nuh. Tapi Calla tak tahu benda apa lagi. Dia tak dapat nak bayang.

"Tapi dah jumpa dah kan harta yang dimaksudkan D tu?" Nuh angguk laju. Tahan senyum sehabis mungkin melihat kepolosan Calla.

"Oh kalau dah jumpa tak ada masalah dah la. Lepastu bila D nak balik semula ke KL?" Tanya Calla.

"Itulah masalah tu. Harta I tu nak berlama pulak dekat sini. Bermakna, D pun kena ambil cuti lama jugak lah. Bagai dikata, D tak boleh kalau harta D tu tak ada dengan D"

Ktang!

Terlepas sudu yang dipegang Calla. Wanita itu pegun. Jadi, harta yang Nuh maksudkan tu adalah dia? Calla Maleeka harta Nuh?

"I...I naik dulu" Calla tutup pili dan mencicit lari naik ke biliknya.

Nuh pandang sepi badi Calla yang sudah pergi. Kemudian dia tersenyum seperti orang yang tengah angau.

Calla Maleeka is cute as always....

























TBC.

Nuh's Secret Wife [C]Where stories live. Discover now