Random Teaser 6

1.3K 38 8
                                    

"PETANG nanti Linda nak datang tidur sini." Terangkat bahu Sara kerana terkejut dengan suara Tengku Raykal yang tiba-tiba memecahkan kesunyian di dapur itu. Untung saja dia yang sedang menuang air panas di dalam gelas tidak terkena pada tangannya kerana terkejut. Suami siapa la yang suka terkejutkan orang itu?

Suami siapa lagi kalau bukan suami Nur Qaisara Amalin. Hehe.

Dia menoleh ke belakang memandang Tengku Raykal yang sedang mengambil orange juice di dalam peti ais.

"Betul ke?"

Soalannya dibalas dengan anggukan kecil dari Tengku Raykal sebelum lelaki itu berlalu keluar dari dapur. Melebar senyuman Sara. Lepas ni dia ada kawan la yang hendak dibual. Dari duduk dengan Tengku Raykal yang hanya membisu itu sejak semalam. Sebentar tadi baru bercakap dengannya. Itu pun kerana mahu mengkhabarkan berita kehadiran adiknya ke rumah mereka. Kalau tidak jangan harap lelaki itu hendak membuka mulut.

"Kejap." Mata digerakkan ke atas tanda Sara sedang berfikir.

"Kalau Linda datang sini, dia nak tidur dekat mana? Bilik dalam rumah ni ada dua je." Mula la otaknya ligat memikirkan yang bukan-bukan.

Jika adik iparnya menginap disitu, maknanya dia dan Tengku Raykal akan tidur sebilik nanti. Tak akan la dia tidur sebilik dengan Tengku Linda. Nanti apa fikir budak tu. Suami dan isteri tidur bilik berasingan? Pelik bukan?

"Nanti alihkan semua baju yang awak nak pakai dalam bilik saya."

Astaghfirullah!" Hampir terlepas gelas ditangan apabila Tengku Raykal yang entah bila elok berdiri sambil berpeluk tubuh di ambang dapur itu. Lelaki itu dipandang geram. Bukankah lelaki itu sudah keluar dari dapur?

"Awak ni. Lain kali berdehem la dulu ke apa ke. Nasib baik gelas ni tak jatuh." Bebel Sara bersama wajah masam. Dia sememangnya jenis mudah terkejut.

Tengku Raykal tidak menghiraukan bebelan itu.

"Saya tak nak nanti rahsia kita tidur lain bilik terbongkar. Ingat tu." Dia kembali keluar ke ruang tamu.

Sebenarnya tadi, setelah dia keluar dari dapur dia kembali masuk semula ke dapur. Sempat dia mendengar dan melihat Sara yang bercakap seorang diri tentang bilik itu. Kerana itu dia memberitahu Sara supaya masukkan semua pakaian ke dalam biliknya.

Walaupun suaminya terlah berlalu pergi, Sara tidak habis2 menjeling di ambang pintu itu. Bawang di dalam sinki itu dipandang dengan keluhan. Sudah la bawah itu siap ditumbuk lagi. Terpaksa la buatkan yang lain.

Sesaat kemudian bibirnya mengukirkan senyuman. Dia berterima kasih kepada Tengku Linda kerana mahu menginap di sini dan dia akan tidur sebilik dengan Tengku Raykal. Harap adik iparnya akan menginap di sini dengan lebih lama. Kalau boleh sehingga di hendak bertolak ke Perak. Dalam otaknya mula memikirkan pelbagai rancangan untuk mengambil hati Tengku Raykal lebih mudah.

'Saya tak akan putus asa untuk buat awak sayang dan cintakan saya. Saya akan buat sampai satu masa awak tak akan boleh duduk senang tanpa saya di sisi awak, Tengku Raykal.'

KEPALA digaru kerana hairan mencari bathrobe tiada ditempat sidai tuala di dalam bilik air. Selalunya ada saja disitu. Dahi ditepuk bila dia sudah ingat.

Hadoi! Aku lupa pula aku dah letak dalam bakul kotor. Macam mana ni? Tak akan la nak berkemban kut." Sara mengomel sendiri. Lupa pula dia hendak mengambil bathrobe lain sebelum mandi tadi.

Sekarang dia harus bertuala saja. Sudah la baju yang hendak dipakai pun dia tidak bawa masuk sekali ke tandas. Harap suaminya tiada dibilik. Lepas saja ambil pakaian dia akan kembali semula ke dalam tandas. Tuala dibalutkan ditubuh dan dia mula membuka sedikit pintu tandas bagi mengintai sama ada suaminya ada di dalam bilik atau tidak.

"Cun! Dia tak ada."

Kemudian dengan lekas dia keluar dari tandas dan menuju ke dalam wardrobe. Suaminya dikira baik la juga kerana mengizinkan dia menyusun pakaian di dalam wardrobe itu. Kira tak ada la kejam sangat kan?

Tidak mahu membuang masa, dicapai saja baju yang ada depan mata. Masa itu emas. Bimbang kalau Tengku Raykal masuk ke dalam bilik dan melihat dirinya seperti ini. Dia masih belum sedia untuk tayangkan kepada suaminya.

Dia keluar dari ruangan wardrobe bersama baju ditangan. Kemudian...

"Argh!"

Hampir luruh jantungnya melihat Tengku Raykal yang kaki berdiri dihadapan pintu wardrobe. Mata suaminya itu memandang tepat ke arahnya. Dengan sepantas kilat dia masuk ke dalam tandas dengan penuh debaran di dada.

Bila masa lelaki itu masuk ke dalam bilik? Jadi, Tengku Raykal nampak dia yang berada di dalam wardrobe?

Badan yang dibaluti dengan tuala sahaja itu dipandang. Sudahlah tuala itu separas paha saja. Pasti suaminya sudah nampak jelas dibahagian bermula dengan pahanya itu. Tergeleng-geleng kepalanya. Menyesal betul keluar dari tandas. Wajahnya dirasakan membahang. Malu sangat!

Tengku Raykal masih statik berdiri di tempatnya. Tidak terkejut langsung dia dengan jeritan nyaring Sara sebentar tadi. Dia hanya terkejut melihat keadaan Sara yang buat dia terpukau. Buat pertama kali dia melihat Sara begitu. Dia terpaku.

"Cantik."

Tanpa sedar, perkataan itu terlepas dari bibir dengan keikhlasan. Kecantikan yang dia saja dapat lihat. Dada yang berdegup laju dipegang. Lain macam degupan kali ini. Buat pertama kali dia melihat Sara dalam keadaan begitu.

Mata dipejamkan. Harap saja la apa yang lihat tadi seperti angin lalu. Dia harus lupakan perkara tadi. Tidak patut dia terpaku dan terpukau dengan Sara. Tidak!

"Ingat Kaseh." Katanya pada diri sendiri. Dia berlalu ke sofa. Tempat tidurnya sejak beberapa hari lalu kerana adiknya yang menginap dirumahnya.

Sara di dalam tandas keresahan ingin keluar. Bibir bawah digigit. Macam mana dia nak keluar? Dia terasa malu sangat-sangat. Mana nak letak muka? Adui!

Nafas ditarik dalam sebelum dihembus.

"Okay Sara. Kau buat tak tahu je. Chill." Kata-kata semangat diberikan kepada diri sendiri sebelum tangan memulas tombol pintu tandas. Dengan setenang mungkin dia cuba mengawal dada yang berdebar. Dia mula melangkah keluar dan tanda dan terpandang sekujur tubuh yang berada di sofa.

'Sampai bila dia nak tidur atas sofa?'

Setiap pagi selepas bangun tidur pasti suaminya akan membetulkan urat leher kerana kelungahan. Tentu sekali tidak selesa tidur disofa itu. Katil didekati.

"Awak." Panggilnya. Namun Tengku Raykal hanya diam.

"Sampai bila awak nak tidur dekat sofa tu?"

"Saya lebih rela tidur dekat sini daripada sekatil dengan awak."

Seperti belati yang menghiris seluruh hati milik Sara. Mungkin sudah berdarah teruk hanya dengan ayat suaminya itu. Sakit dapat dia rasakan.

Jijik sangatkah lelaki itu hendak sekatil dengannya? Kotorkah dia? Bukan ini yang dia mahu walaupun sebilik dengan lelaki itu. Dia mahu Tengku Raykal melayani dia dengan baik walaupun dalam keadaan dingin.

Air mata ditubir mata disapu dengan hujung jari. Mula dia hendak menangis. Tanpa membalas balik kata-kata Tengku Raykal, dia terus merebahkan badan ke tilam dengan perasaan kecewa.

Tengku Raykal membuka matanya perlahan setelah suara isterinya tidak kedengaran lagi. Sara diatas katil dipandang. Melampau sangatkah kata-katanya tadi? Tetapi itu la dia rasa. Jujur lebih baik dari menipu bukan? Dan sekarang dia jujur. Jujur tidak mahu sekatil dengan Sara. Dia tidak selesa.

"Dia kekasih kau. Kekasih halal kau, Kal. Please la jangan ego."

Suara Syam yang memberi nasihat kepadanya terngiang-ngiang ditelinga. Adakah dia seorang lelaki yang ego? Ego terhadap isteri sendiri?

Entah. Dia tidak tahu sama ada dia ego atau tidak. Tapi yang pasti dia tidak mahu semua ini. Disebabkan rasa sayang dan cinta yang masih ada pada arwah Kaseh, dia terpaksa lakukan semua ini. Terpaksa menyakiti perasaan Sara, isterinya. Tidak tahu sehingga bila.

Vous avez atteint le dernier des chapitres publiés.

⏰ Dernière mise à jour : Aug 12, 2023 ⏰

Ajoutez cette histoire à votre Bibliothèque pour être informé des nouveaux chapitres !

Dirimu Untukku  [TERBIT]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant