Random Teaser 4

973 41 5
                                    

"KAN saya dah cakap kaki saya terseliuh sikit je. Tak nak percaya. Buat rugi masa je la datang sini. Baik saya pergi office tadi." Sara membebel sambil berpeluk tubuh. Geram! Dia dipaksa oleh Tengku Raykal untuk mengikut lelaki itu datang ke hospital bersama untuk memeriksa keadaan kaki. Bimbang patah.

Tengku Raykal mengambil filem x-ray dari kotak x-ray dan terus memandang serius wajah isterinya yang monyok itu. Itu mesti kes paksa bangun pagi dan tidak dibenarkan pergi kerja.

"Nak pergi dengan kaki macam ni? Ha pergi la. Lagipun kaki tu tak patah." Cabarnya secara memerli. Kaki sakit ada hati nak pergi kerja.

Sara mencebik tidak puas hati.

"Suka sangat menyusahkan orang." Rungutan dari Tengku Raykal sebelum lelaki itu bangun dan keluar dari bilik menyapa pendengaran Sara.

Mendengar perkataan 'menyusahkan' keluar dari mulut suami sendiri membuat Sara terdiam membisu. Sekali lagi dia dikatakan seperti itu. Bukan dia yang nak datang sini. Lelaki itu yang paksa! Kemudian merungut pula.

Air mata setitik demi setitik jatuh mengalir di pipi. Adakah dia benar-benar telah menyusahkan suami sendiri?

Cepat-cepat air mata disapu setelah Tengku Raykal kembali masuk ke dalam bilik bersama satu plastik ditangan dan diletakkan di atas meja kerja. Kemudian Tengku Raykal duduk dikerusi.

"MC empat hari. Kalau tak baik lagi tambah MC." Tangan laju menulis maklumat di atas kertas MC untuk isterinya. Wajah diangkat setelah selesai dan wajah Sara dipandang.

Berkerut dahinya bila melihat Sara yang diam dan tertunduk sambil bermain jari.

"Sara." Panggilnya.

Semakin hairan dia kerana Sara tidak menyahut malah mengangkat wajah pun tidak. Kenapa pula? Tadi elok saja.

"Sa..."

"Bagi awak, saya ni memang menyusahkan ke?" Soal Sara menghentikan Tengku Raykal dari memanggil namanya. Namun wajah masih ditundukkan.

Keluhan Tengku Raykal lepaskan. Kerana itu punca Sara diam.

"Bukan itu maksud saya."

"Saya sedar siapa saya. Saya ni bukan siapa-siapa pun pada awak."

Baru Tengku Raykal mahu membalas, Sara kembali bersuara.

"Tambah lagi cuti saya. Saya nak balik rumah Abah. Please." Laju saja tangan Tengku Raykal diraih dengan wajah simpati.

Eh, tadi bukan main sedih siap sedar diri lagi siapa. Sekarang minta cuti lebih pula? Pandai betul berdrama. Kata Tengku Raykal di dalam hati.

"Nak lari?"

"Lari?" Berkerut seribu dahi Sara memandang suaminya.

"Ya la. Sedar diri kan?"

"Apa kaitan?"

"Kaitannya awak tu sedar diri yang awak bukan siapa-siapa bagi saya sampai nak lari dari rumah. Baguslah sebab faham."

Sakit. Perit. Pedih. Segala Sara rasa kerana kata-kata dari suaminya itu. Itu bukan satu gurauan. Itu satu hinaan! Salahkah dia ingin menagih kasih suami sendiri? Salahkah?

Semasa perjalanan pulang ke rumah dihantar oleh Tengku Raykal, Sara lebih banyak mendiamkan diri berbanding sebelum ini. Dia benar-benar terasa akan kata-kata sebentar tadi. Sangat terasa hingga ke pangkal hati.

Sampai sahaja dihadapan pagar rumah, Sara terus keluar dari kereta bersama sebelah tongkat yang diberikan. Dengan bersusah payah dia cuba untuk biasakan berjalan menggunakan tongkat itu. Kali ini dia tidak ingin Tengku Raykal hulurkan bantuan. Nanti dicop menyusahkan lagi.

Dirimu Untukku  [TERBIT]Where stories live. Discover now