Random Teaser 3

855 39 11
                                    

SEBULAN berlalu, namun perkahwinan yang dibina di atas sebab keluarga tetap tiada perubahan. Walaupun bergelar suami isteri, hakikat yang sebenarnya mereka seperti orang asing saja yang tinggal dibawah satu bumbung.

Seperti hari-hari yang berlalu, Sara sahaja yang akan banyak bercakap berbanding suaminya yang lebih banyak mendiamkan diri dan serius sepanjang masa. Tiada gurauan dari Tengku Raykal. Tiada percakapan yang lembut dan romantis untuk Sara. Tengku Raykal tetap dengan kedinginannya bila bersama Sara.

"Awak." Sara melabuhkan duduk disebelah lelaki itu. Wajahnya terpancar keceriaan.

Tengku Raykal tidak menyahut sebaliknya dia terus membaca buku tanpa menghiraukan tangan Sara yang mula melingkar ke lengannya. Sudah biasa.

"Awak." Sekali lagi Sara memanggil. Jari telunjuknya diluruskan pada lengan Tengku Raykal.

"Hm..." Akhirnya Tengku Raykal terpaksa mengalah. Selagi dia tidak menyahut selagi itulah isterinya tidak akan mengalah.

Tangan kiri Sara nak mengusap pipi Tengku Raykal. Itulah dirinya yang semakin hari semakin berani melakukan sentuhan antara dia dengan Tengku Raykal. Walaupun beberapa kali ditegur oleh lelaki itu namun dia tidak ambil peduli. Yang penting dia mesti dapatkan hati Tengku Raykal!

"Awak nak apa Sara?" Tengku Raykal mula rasa rimas. Tapi kalau dia melarang sekali pun wanita itu tidak akan dengar.

Sara tersenyum. Sekarang, kedinginan lelaki itu makin mencuit hatinya untuk semakin dekat. Suka bila melihat Tengku Raykal yang serius.

"Jom keluar. Saya boring la weekend macam ni terperap je dekat rumah."

"Malas." Keluhan Tengku Raykal lepaskan. Muka surat buku dibelek.

"Kalau nak keluar sangat pergi sendiri."

Senyuman Sara mati. Susah sangat nak ajak lelaki itu keluar bersama dia. Bukan payah pun!

"Okay."

Lengan Tengku Raykal dilepaskan dan dia naik ke atas untuk bersiap. Daripada terperap di rumah dengan wajah serius suaminya itu lebih baik dia keluar dengan sahabat-sahabatnya.

Buku ditangan dijatuhkan ke riba. Sara yang mendaki anak tangga itu dilihat bersahaja.

"Cakap sikit merajuk." Tengku Raykal tahu Sara terasa. Tapi biar saja la. Biar Sara semakin jauh darinya dan itu semakin baik daripada membuatkan wanita itu berharap dengannya.

Dia masih dengan egonya. Dia tidak akan mencintai Sara sepertimana dia mencintai arwah Kaseh. Cintanya hanya untuk arwah Kaseh. Tengku Raykal tahu akan perasaan Sara terhadap dirinya. Dari cara dan lagak wanita itu pun sudah dia tahu.

Usai bersiap, Sara turun ke tingkat bawah bersama handbag ditangan dengan lagak biasa. Suaminya dipandang.

"Betul ni awak izinkan saya pergi sendiri?" Soalan ingin memastikan sama ada betul atau tidak kata lelaki itu. Tidak pasal-pasal kena marah jika salah.

Segera Tengku Raykal menoleh ke belakang. Dia terjeda. Sara sudah siap memakai palazo putih dan blouse terqois dipadankan dengan shawl putih yang dibelit kemas dikepala. Bukan terpana dengan keayuan wanita itu akan tetapi terkejut. Dia fikirkan isterinya naik ke atas kerana merajuk. Namun, sebaliknya.

"Awak nak pergi mana bersiap macam tu?"

Sara buat muka. "Tadi awak juga yang suruh saya keluar sendiri. Saya nak keluar la ni."

"Bila saya cakap?"

"Tadi. Jangan cakap awak lupa. Awak tu belum tua lagi tau tak? Ish!" Sara berpeluk tubuh. Sudah dia agak, suaminya itu cakap lain buat lain. Tak boleh pakai betul.

Dirimu Untukku  [TERBIT]Where stories live. Discover now