بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ✨

2K 79 17
                                    

Assalamualaikum semua peminat juga perindu Raykal Sara hehe.

Fuhhh! Berdebar nak tulis ni sebab dah lama sangat tak ada update tentang Dirimu Untukku. Untuk post kali ini saya tulis dan sampaikan berita gembira dan juga baik untuk peminat setia Dirimu Untukku dari saya mula publish Dirimu Untukku dekat Wattpad dan sampailah saya unpublish untuk hantar manuskrip kepada syarikat yang berkenaan. Disebabkan anda semua jugalah yang mendorong saya untuk menghantar manuskrip tersebut untuk diterbitkan dalam bentuk naskah.

Alhamdulillah dengan penuh rasa syukur kepada Allah kerana telah beri saya kekuatan untuk menonjolkan diri dalam bidang penulisan biarpun masih tergapai-gapai lagi. Melalui post ini juga ingin sampaikan bahawa Dirimu Untukku akan diterbitkan tidak lama lagi. Publisher baru saja memaklumkan kepada saya beberapa hari yang lepas. Dan hari ini baru saya berkesempatan untuk sampaikan kepada anda semua.

Rasa gembira tidak terhingga bila setelah hampir 3 tahun saya menunggu Dirimu Untukku diterbitkan akhirnya impian saya hampir juga tercapai. Terima kasih juga kepada para readers yang tidak henti memberi sokongan kepada saya dan tidak sabar-sabar juga menunggu Dirimu Untukku diterbitkan. Hehe.

Insha Allah penantian saya dan juga anda semua tidak akan sia-sia dan akan terhenti tak lama lagi. Disini juga saya ingin memaklumkan bahawa pihak publisher telah memberi keizinan kepada saya untuk mula promo Dirimu Untukku sementara menunggu Dirimu Untukku dikeluarkan.

Oleh itu, saya akan perlahan-lahan mula republish Dirimu Untukku dari bab 1-15 sebagai permulaan untuk saya kembali promo Dirimu Untukku. Seperti yang saya katakan, plot Dirimu Untukku akan ada sedikit perubahan dan tidak sama seperti version di Wattpad dulu. Tapi saya harap ia tidak akan mencacatkan kisah Raykal dan Sara yang menjadi kesukaan ramai hehe.

Saya rasa sampai di sini saja yang saya ingin sampaikan. Release date Dirimu Untukku akan diberitahu kelak dan stay tuned guys! Segala teaser saya akan post di FB,IG dan juga Insha Allah di Tiktok juga (ieraroselynn).

Harap semua gembira dengan berita ni😍.

Love,
IeraRoselyn.

Dirimu Untukku  [TERBIT]Where stories live. Discover now