"Kenapa nak malu dengan aku? Sekurangnya aku tahu yang aku pun tak bertepuk sebelah tangan" ujar Nuh lagi.

"Erm minggu depan majlis kita. Kan?" Calla segera menukar topik. Rasa nak terkeluar jantungnya bila sesi luahan perasaan sedang berlangsung dengan jarak yang dekat begini.

"Ya minggu depan, dan aku rasa sekarang masa yang sesuai untuk aku tahu perasaan kau dan kau tahu perasaan aku. Aku cintakan kau Calla Maleeka" luah Nuh. Calla menunduk segan.

"Kau?" Calla hanya membalas pertanyaan itu dengan anggukkan. Paluan jantungnya terlalu kencang. Kalau dia gunakan suara mungkin akan kedengaran sebak dan gementar pula.

"Suara Calla Maleeka, aku nak dengar dari mulut kau" bicara Nuh lembut.

"I pun...ci-cintakan dato' juga" perlahan. Sangat perlahan suara Calla saat meluahkan kata cinta di hadapan Nuh. Terus dia tutup wajahnya dengan tapak tangan. Nuh ketawa suka.

"Cakap cinta pun bisik. Cinta ke tak cinta kau ni?" Ejek Nuh dan Calla menjerit segan.

"Berbalik pada hal tadi, aku nak pesan janganlah kau ambil hati sangat pasal apa yang sedang heboh di social media tu. Jangan stress sebab tak mendatangkan kebaikan pun. Pasal Lilyrose tu, dia bukannya siapa-siapa dah pada aku. Dan aku panggil kau Calla Lily pun takda kaitan dengan dia. Aku panggil kau macam tu sebab aku suka. Sebab kau je satu-satunya bunga Calla Lily aku" Nuh menyelitkan rambut mengurai Calla di belakang telinga yang merah berbahang itu.

"Ba-baik dato'" angguk Calla malu-malu kucing.

"Kiss sikit. Kat sini" Nuh membuat permintaan luar angkasa.

Calla berhati-hati menautkan bibirnya dengan bibir Nuh. Tak sampai beberapa saat tautan bibir mereka dilepaskan. Nuh buat muka tak puas hati.

"That was a peck, not kiss!" Nuh tidak puas hati.

Calla berdecit dan mengulang semula perbuatannya seperti tadi malah lebih lama. Nuh memegang pinggang Calla sehinggalah masing-masing tak cukup nafas. Nyaris terbabas di ruang rehat itu.

"Cu-cukup?" Calla menyoal berani dan Nuh mengangguk puas.

"Gedik!" Kutuk Calla.














HARI yang ditunggu telahpun tiba. Setelah hampir sebulan mereka menguruskan persiapan majlis dan hari ini acara sudahpun berlangsung. Calla Maleeka dan Megat Nuh Iman yang menjadi watak utama pada malam ini.

"Cantik adik perempuan Gibbs malam ni. Enjoy your happy moments El" puji Ghibran yang mengiringi Calla masuk ke dalam grand ballroom.

Nuh berdiri menunggu di pintu masuk. Kacak sungguh dato' muda itu mengenakan tuxedo hitam dan kemeja putih di dalam. Toleh ke arah Calla yang mengenakan dress labuh putih itu, Nuh senyum bangga. Tampak mewah sekali pasangan pengantin itu.

Sampai pada Nuh, tangan Calla dipegang kemas. Nuh membetulkan kain veil yang meleret di belakang.

"I'm married with a princess" puji Nuh kedengaran ikhlas dan Calla tergelak halus.

"I nervous D..." bisik Calla.

"Shhh, pegang je tangan D dan senyum. Eyes on us now milady" sejuk betul tapak tangan Calla Nuh boleh rasakan.

Kebas pipi Calla kerana menghadiahkan senyuman kepada tetamu yang hadir. Dia memandang ke meja yang menempatkan seluruh ahli keluarganya dan keluarga Nuh. Semua tersenyum genbira menyaksikan momen bahagia mereka berdua.

Siap bergambar, Calla mengajak Nuh turun dari pelamin yang mewah dengan bunga-bungaan segar itu. Meja makan saudara-mara Nuh dan Calla dituju untuk berkenalan.

"Kakak cantik!" Puji Megat Luth Iman yang kemas memakai tuxedo berwarna biru gelap.

"Hey thankyou handsome boy. Luth pun handsome la malam ni. Kakak suka" puji Calla lantan mengusap kepala Luth.

"Babang encem!" Puji Luth yang melihat abangnya membawa dua gelas air jus.

"Thankyou Luth. Luth dah makan?" Tanya Nuh.

"Dah, babang Isa suap. Nenda pegi jumpa kawan" Luth tunjuk Nenda Asiah yang sibuk layan tetamu yang hadir pada malam itu.

"Ya, nenda jumpa kawan ramai malam ni. Luth mengantuk tak?" Tanya Calla. Tiba-tiba saja Luth gosok mata tanda dia mengantuk.

"Hah, bukan boleh tanya budak ni. On the spot mengantuknya. Luth sabar dulu ya, babang Isa nak teman kakak. Boleh tunggu tak Luth?" Pujuk Isa. Kalau tak kena gaya, boleh mengamuk Luth di sini.

"Bolehla Luth, malamni je kakak dengan babang Nuh macamni" pujuk Calla dan Luth angguk setuju untuk duduk berlama lagi.

"Nuh, approve tak?" Isa kenyit mata pada Nuh dan memperkenalkan teman wanitanya pada si abang. Rania Isyara senyum segan ke arah pasangan pengantin itu.

"Hm, bawak jumpa nenda terus la" balas Nuh.

Bila tetamu semua dah bersurai, Calla tanggalkan kasutnya yang tinggi 3 inci itu. Rasa sengal dan sakit teramat sangat.

"Kenapa ni? Sakit ke?" Nuh datang bertanya risau. Tuxedo yang dipakai tadi sudah tidak melekat dibadan. Butang kemeja pula dibuka sehingga ke dada. Suka sangatlah tu tayang dekat orang.

"Kaki I melecet" adu Calla dan terus Nuh menarik kerusi dan membelek kaki si isteri.

"Luka dah ni, boleh jalan tak?" Wajah Nuh berkerut melihat tumit dan jari kaki Calla sudah tercabut kulit. Terseksa benar nampaknya. Kena air pasti sakit.

"Boleh je. Semua orang dah balik ke? Baba, mama? Nenda?" Tanya Calla yang sedang tercari-cari keluarganya.

"Semua dah balik bilik. Kita je belum lagi. Jom naik bilik?" Ajak Nuh dan Calla pun bangun sekali.

"Sini D dukung" terus tak bercakap banyak, Nuh mencempung Calla dan dibawa naik ke bilik hotel. Malam ini boleh dikatakan semua ahli keluarga Nuh dan Calla bermalam di hotel yang sama.

Calla menyorok di ceruk leher Nuh. Receptionist yang memandang tersenyum ke arah pengantin lama itu. Sangat comel kedua-duanya.

"I beratlah D. Boleh dah turunkan I" pinta Calla.

"Shh, duduk diam-diam sayang" balas Nuh dan Calla diam akur.

Di depan Calla Nuh melucutkan kemejanya tanpa rasa bersalah. Malah Calla pula terkial-kial mencari jarum yang tersembunyi di bahu dan kepalanya. Nuh pun datang membantu tanpa dipinta.

"Dah, tak ada dah kot. Buka lah tudung tu" arah Nuh dan leganya tak dibuat-buat bila dapat berbaring dengan ikatan rambut dilepaskan begini.

"Mandi dulu sayang. Solat, lepastu I nak taruk ubat dekat kaki tu" Calla sudah pejam mata.

"Flower, jangan degil" Nuh naik menindih tubuh giur Calla. Terus Calla buka mata bila deruan nafas hangat Nuh menampar lehernya.

"Fine... dah bangun, D berat tahu tak" omel Calla dengan mulut yang muncung begitu. Ingat comel ke.

Sudahnya punggung Calla ditampar geram. Padah body shaming orang.

Nuh melentangkan tubuh di tengah katil. Tangan lagi sebelah diletakkan di dahi sambil bibir mengukir senyuman bermakna. Malam yang memenatkan tapi Nuh rasa berbaloi. Melihat sinar di wajah Calla Maleeka tadi buat Nuh rasa puas kerana dapat memenuhi impian isterinya itu.

Alhamdulillah...


















TBC.

Nuh's Secret Wife [C]Where stories live. Discover now