"Nenda..." panggil Nuh putus harapan. Nendanya berjauh hati pulak dah. Haru-biru jadinya sekarang. Itulah, menipu lagi lama-lama. Kan tuhan dah tunjuk kebenarannya hari ini juga.












          MEGAT ISA menolak pintu pejabat abangnya tanpa salam. Kerusi di depan Nuh ditarik kalut. Nuh nampak sedang runsing pasti memikirkan nenda mereka. Catur kaca yang menjadi hiasan di atas meja kayu solid itu diusik.

"Apa dah jadi Nuh?" Soal Isa.

Nuh hanya diam dan mengeluh berat.

"Nenda nak tarik diri dalam usaha sama dengan Al-Ansari Group" beritahu Isa.

"What?! Nonsense!" Nuh meraup wajahnya kasar.

"Aku tak tahulah tu. Dato' Loqman yang tengah runsing sekarang ni. Dan kau pun hm, tengah runsing juga aku tengok" Kesian Isa melihat abangnya yang tersepit di antara dua.

"Aku tak tahu benda nak jadi macamni sekali. Dah berterus-terang pun tak kena juga" Ujar Nuh sedang serabut.

"Sabar, kau pujuk la nenda baik-baik. Inshaallah, nanti baik la tu rajuknya. Nenda kan sayang kita semua" Isa memberi semangat.

"Kalau dia nak baik. Kalau tak? Mana aku nak sembunyi muka dengan Tan Sri Ammar?" Soal Nuh.

"Bapak mertua kau kan sporting, mesti dia faham punya" tambah Isa lagi.

"Kalau bagi cucu menantu tak jalan, kau bagilah cicit pula—"

Pap!

Diari tebal dihempap di atas kepala adiknya geram. Menyempat lagi mengenakan dia yang sedang dirudung masalah ini. Mendapatlah jawabnya.

"Mengarut sangat kau ni" omel Nuh.

"Betul lah. Aku teruja juga kalau nak jadi pakngah. Mesti comel anak saudara aku nanti. Lagi-lagi babygirl. Lepastu ikut pula gen mak dia, fuh aku boleh bayang Nuh. Tapi jangan risau kalau baby boy dia akan mewarisi gen kita yang handsome ni" Isa sudah mula membuat percaturan.

"Masuk air banyak budak ni. Sudahlah mengarutnya tu Isa, bosan aku dengar" ujar Nuh malas layan. Suk tak duduk cakap soal anak pula.










CALLA menggawangkan tangan di depan wajah Nuh yang jauh termenung ke arah skrin tv itu. Kemudian barulah Nuh tersedar dan menoleh ke arahnya pula. Calla dekatkan wajahnya mengintai reaksi wajah si suami. Kemudian bibirnya dijuihkan.

"Dato' ada masalah ke?" Tanya Calla. Jarang Nuh balik rumah ini dalam keadaan diam dan serius. Selalunya, ada benda yang nak digaduhkan.

"Nothing" jawab Nuh sepatah.

"Dato' dah tak larat nak sara I ke? Duit dato' dah habis?" Soalan tiba-tiba Calla itu mengundang kerutan di dahi Nuh.

"Mengarut apa kau ni? Tidurlah sana" jawab Nuh serius.

"I minta maaf kalau I jadi punca dato' jadi macamni. Sebab nenda ke dato'?" Calla mengintai lagi wajah suaminya dan kali ini Calla dapat menebak.

"Aku minta maaf atas tindakan tak professional nenda yang menarik diri dalam usaha sama tu. Aku malu dengan baba dengan family kau" ujar Nuh.

Calla kerutkan dahi.

"Iya ke? I tak tahu apa-apa pun. Kami semua tak terima berita apa-apa pun pasal ni? Sungguh ke?" Calla menyoal semula.

"Isa cakap macamtu dengan aku tadi. Penatlah—" keluh Nuh.

Calla gigit bibirnya sendiri melihat Nuh yang kelihatan serabut itu. Tak pernah lelaki itu berkelakuan pasif begini. Tak tahu mahu memujuk bagaimana, Calla memeluk Nuh sebagaimana Nuh memeluk dia tempoh hari.

"It's okay dato', everything is gonna be fine. Sabar okay? Nanti I bincangkan dengan baba dan Gibbs. I rasa tak jadi masalah sangat pun hal ini. Nenda akan okay" pujuk Calla sambil menepuk belakang Nuh perlahan.

"Nenda betul-betul marah dan kecewa dengan aku" kata Nuh tanpa riak. Kedua- duanya diam. Calla sedang mencari jalan mahu pulihkan keadaan.

"Kalau susah sangat dato' nak deal dengan nenda, kita cer-"

"Diamlah! Jangan cakap pelik-pelik lagi!" Cantas Nuh tiba-tiba rasa nak naik angin. Calla cakap seolah tak berfikir.

"Selama kau jadi isteri aku kau pernah terdetik ke cerai tu akan terjadi? Hah Calla Maleeka Tan Sri Ammar?" Soal Nuh.

Calla diam menekur pada lantai. Jemari sendiri diramas. Sumpah, dia tak berniat pun nak cakap macamtu tadi. Entah kenapa mulut ni tak ada tol sangat, menonong saja perginya.

Calla menekup mulutnya dengan sebelah tapak tangan dan menggeleng laju menjawab pertanyaan Nuh itu.

"Dahlah, pergi naik atas tidur" arah Nuh dengan suara yang kembali lembut. Waktu itu juga Calla rasa tersentuh. Nuh mencuba kawal diri dari didominasi emosi sendiri. Tak semena-mena, air mata Calla bertakung di tubir mata.

"I minta maaf dato', I tak maksudkan pun apa yang I terlepas cakap tadi. Goodnight" sekilas pipi Nuh dicium sebelum Calla naik ke bilik. Nuh pula yang terpaku dan meraba perlahan bekas ciuman tersebut.

"Goodnight,"


























TBC.

Nuh's Secret Wife [C]Where stories live. Discover now