"Okay baik pakcik" walaupun Calla masih tercari-cari di mana simpang yang dimaksudkan pakcik itu, Calla iyakan saja dulu.

"Simpang yang mana satu ni pakcik?" Tanya Calla sambil mengintai cermin pandang belakang. Masalahnya, tak ada simpang. Yang ada cuma hutan.

"Berhenti dekat sini!" Calla brek mengejut saat merasakan ada sesuatu objek tajam dihalakan dilehernya.

Otaknya menjadi kosong, tak boleh nak berfikir secara waras. Hanya air mata saja mengalir hening di hujung mata.

"Mana beg duit kau?" Tanya lelaki tua itu kasar. Tiada lagi lakonan yang kononya susah itu.

"I-ini...nah..." sua Calla terketar-ketar. Terasa nyawanya sedang dihujung tanduk.

"Kau keluar!" Usir lelaki tua itu kasar dan Calla seperti orang bodoh hanya menurut sambil menggigil satu badan.

Bahu Calla ditolak kasar sehingga Calla terjatuh di dalam semak. Itu yang membuatkan Calla semakin takut. Dia nak menangis tapi dia tak boleh menangis. Hanya mengundur ke belakang dan semakin ke dalam semak.

"Ja-jangan...apa-apakan..saya" rayu Calla ketakutan. Suara dia pun tersekat-sekat.

"Cantik juga kau ni" komen lelaki tu itu dalam nada menyeramkan.

"Jangan apa-apakan aku!" Jerit Calla seperti histeria. Itu saja yang terdetik untuk dia lakukan waktu itu. Dan masa yang sama juga lelaki durjana itu cuba menerkam Calla.

"Ya Allah! Jangan!" Gelut Calla yang jijik disentuh lelaki itu.

Dia menangis pilu. Bayangan Nuh mula menyapa pandangan. Calla menggeleng lemah. Hanya Nuh sahaja yang berhak menyentuh dia. Bukan lelaki durjana ni.

"Megat Nuh Iman...." Sebut Calla lemah bersama linangan air mata.










         "ASTAGHFIRULLAHALAZIM!" Nuh terjaga dari mimpi buruknya dan mendengar sayup-sayup bunyi telefon berbunyi meminta untuk diangkat. Nuh meraup wajahnya perlahan sebelum menjawab panggilan yang tidak dikenali itu.

"Hello,"

"Hello, ini Dato' Megat Nuh Iman ke?" Suara wanita kedengaran.

"Ya saya?" Nuh memicit tulang hidungnya mahu menghilangkan rasa kantuk yang bertandang.

"Kami dari pejabat polis seksyen 13, cik Calla Maleeka ni ada pertalian apa ya dengan Dato'?" Tanya pegawai wanita itu lagi.

"Erm hm, dia... em dia isteri saya. Kenapa dengan dia?" Tanya Nuh yang mulai rasa tidak sedap hati.

"Oh, isteri dato' ada di balai sekarang ni. Dia kena samun dan hampir dirogol—"

"Saya datang balai sekarang!" Nuh rasa nak terbang rohnya dari jasad saat menerima berita sedemikian. Terus dia bangun dan menyarung apa yang patut sebelum keluar. Dalam kepalanya hanya ada Calla Maleeka.

"Pergi mana pula Nuh?" Tanya Nenda Asiah yang baru nak naik ke biliknya.

"Nuh ada hal nenda, maybe Nuh tak balik. Pergi dulu" jawab Nuh kalut.

Pening si nenek melihatnya. Apalah yang dikalutkan sangat tu Megat Nuh Iman? Buat villa ni macam homestay saja ya. Bertuah punya cucu.














                PINTU balai ditolak kasar membuatkan banyak mata yang terfokus ke arah Nuh. Tidak dipedulikan mata-mata yang memandang, Nuh terus mendapatkan seorang pegawai polis lelaki untuk bertanya.

"Saya datang untuk dapatkan isteri saya, Calla Maleeka" beritahu Nuh dengan jantung yang berdebar hebat.

"Isteri encik—"

"Lily!" Panggil Nuh saat melihat susuk tubuh Calla yang baru keluar dari bilik siasatan dengan berbalut jaket denim siapa entah. Wajah Calla pucat dan sugul.

Tubuh Calla mengeras di tempatnya berdiri melihat kehadiran Nuh di situ. Wajah Nuh penuh riak risau. Calla menggeleng kecewa. Dirinya kotor saat itu dan dia taknak Nuh dekat dengannya.

Tak sempat melarang, Nuh menarik Calla masuk ke dalam pelukan hangatnya. Kepala Calla yabg cuma beralas tudung segera itu diusap dan dikucup beberapa kali oleh Nuh.

"Shhh—aku ada demi kau Lily. Aku ada dengan kau sekarang...jangan takut" bisik Nuh memujuk.

"I-I'm scared..." luah Calla yang mula teresak di dada Nuh.

Nuh membawa Calla duduk di kerusi yang disediakan namun Calla ditarik duduk di atas ribaannya dan pelukan tidak dilepaskan. Biarlah apa orang nak kata sekarang ini, keadaan Calla paling diutamakan.

"Saya nak tahu detail pasal kes ni nanti dan buat masa sekarang saya kena bawak balik dulu isteri  saya" kata Nuh sambil menepuk lembut belikat Calla seperti sedang mendodoi bayi.

"Erm miss Maleeka ma—"

"Nuh?!" Terkejut Megat Isa melihat abangnya sekarang.

"Isa? Kau buat apa dekat sini?" Nuh terkejut barangkali. Isa datang dengan setin air milo dan roti mahu diberikan pada Maleeka.

"Aku tolong Maleeka dan kau—" mata Isa terarah pada Nuh yang sedang memeluk anak dara orang.

"Shut, I can explain Isa..." jawab Nuh perlahan cuba bertenang dan tidak gelabah.






















TBC.

Nuh's Secret Wife [C]Where stories live. Discover now