Dan menanti saatnya waktu itu
Aku inginkan rasa yang sempurna
Rasa bahagia melengkapi aku

Nufa dah sudah membasuh. Tangannya yang basah dilap pada kain sebelum tangan Nadhif disentuh. Mahu Nadhif melepaskan.

"B, lepas." Sepatah Nufa mengarah namun gelengan yang dia rasa dari sisi. Menjuling terus mata Nufa ke atas.

Nadhif lepaskan pelukan, namun selepas itu laju dia memusing tubuh Nufa agar Nufa menghadapnya.

Nufa dah berkerut. Pelik dengan Nadhif. Nak manis-manis gedik sangat siang-siang hari begini kenapa?

Senyum, longgar Nadhif memeluk pinggang Nufa.

Kerna kau lah wanita terbaik
Kerna kau lah wanita terhebat

Terkelip-kelip laju mata Nufa. Pipi dah rasa hangat.

Kerna kau yang melengkapi aku
Kerna kau yang meyakiniku

Kepala Nufa menunduk, mahu sorok segan namun Nadhif bertindak lembut menolak dagunya ke atas, memandang lelaki itu semula.

Nadhif senyum.

Aku berharap kau masih ada
Di waktu sukar dan waktu bahagia
Aku inginkan rasa yang sempurna
Rasa bahagia melengkapi aku

Nufa dah gigit bibir, malu.

Ya Allah. Halwa! Apa kena dengan abang awak ni? Jadi apa kat kebun tadi sampai balik-balik terus menyanyi romantik kepadanya.

Kerna kau lah wanita terbaik
Kerna kau lah wanita terhebat
Kerna kau yang melengkapi aku
Kerna kau yang meyakiniku

Nadhif berhenti seketika. Satu tangan naik mengusap wajah Nufa perlahan. Makin gila rama-rama dalam perut Nufa.

"B. Kau okey tak ni?" Keluar dah kau-aku Nufa. Nak hilangkan gugup. Lemah lutut betul lah menghadap hubby seorang ini.

Nadhif lepaskan tawa kecil. Pelukan dileraikan dan tangan Nufa ditarik menuju ke meja makan.

Nufa hanya mengekori sahaja. Tak membantah. Walhal otak suruh dia lari. Lari dari debar yang Nadhif hantar.

Nufa didudukkan di atas kerusi. Kemudian, Nadhif juga labuhkan duduk di kerusi berhadapan Nufa. Ditarik rapat kerusi sampai lututnya bertemu dengan lutut Nufa.

Pandang Nufa, senyum diukir. Tangan Nufa ditarik masuk dalam genggaman kemudiannya. Dikucup sekilas sebelum nyanyian disambung semula.

Dan aku inginkan
Tetap ku inginkan
Engkau hadir menemani
Setiap sepiku

Pasrah, Nufa dah mula ukir senyum. Tangan Nadhif ditarik dan dikucup beberapa kali.

Terlepas ketawa kecil Nadhif. Kemudian, lama dia diam sambil tatap seluruh wajah Nufa tak lepas.

"Dah habis dah?" Soal Nufa.

Nadhif senyum senget. Hidung dikerutkan sedikit.

"Tembikai manis abang balas balik kat abang boleh?" Pinta Nadhif.

Ternganga kecil Nufa bila dengar permintaan Nadhif. Ringan aje tangan naik mahu memukul Nadhif.

Gedik! Manja!

"Eee, takde masa lah nak main balas-balas." Menggeleng Nufa. Tangan laju mahu dilepaskan namun erat Nadhif menggengamnya, tanda tidak mahu melepaskan.

Berkerut terus dahi Nufa.

"Balas lah kat abang."

Nufa tetap menggeleng. Atas bawah, atas bawah Nufa pandang Nadhif.

"Masa tu kata suara Waina tak sedap." Nufa mengungkit. Sekali gus kemukakan alasan mahu lari daripada permintaan Nadhif.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now