"dia tu biasa lah mana pernah nak jenguk kedai dia ni! Yang kene jaga aku jelah manjang! Geram betul baik tukar nama gerai jadi ''Gerai Makjah! ' dah kalau malas sangat nak jaga kedai ni baik bagi aku je! Lepastu mancing je manjang! "

Mariam hanya mendiamkan diri tidak mampu untuk berkata apa-apa jika Makjah bertukar menjadi singa satu patah haram pun jangan disebut nanti tidak tentu pasal kena marah sekali, macam manalah Pak Mad dengan Makjah hari-hari. Ish, ish, ish.

"apa Mak Jah bising pagi-pagi ni" terhenti Mak Jah daripada membebel sebentar tadi, tanpa rasa bersalah taufiq berjalan kearah mereka berdua lalu meletakkan helmet miliknya dia atas meja plastik tersebut

"yang ini lagi sekor! Bukan datang nak bagi salam ini tak datang-datang menyampuk bila aku cakap! " terkedu taufiq, dia hanya mampu menelan air liurnya

"sama aje perangai macam kauorang tu! " Mak Jah beredar dari situ dan terus menuju ke dapur, hilangkan stress mungkin? Taufiq memandang ke arah Mariam dengan muka penuh konfius. Mariam hanya geleng lalu menyarungkan apron yang berwarna maroon itu

"aku ada salah cakap ke? " Mariam tertawa kecil






Adyan memakir kan kereta Audi r8 miliknya didepan sebuah rumah kayu yang terletak di kampung pantai dua, tujuan dia balik ke kampung adalah kerana abang sulungnya Adian Iskandar akan berkahwin lagi seminggu jadi disebabkan itu dia terpaksa batal kan semua kerjanya demi menolong persiapan perkawinan abang sulungnya.

Dia keluar dari kereta dan ramai orang yang sedang menyerbu rumah neneknya, ada yang memasang khemah dan ada juga yang membawa peralatan-peralatan untuk pelamin nanti. Adian bukannya tidak mahu bernikah di Putrajaya tetapi dia mahukan suasana kampung seprti dulu-dulu,tanpa tunggu lama-lama dia terus masuk ke dalam rumah

"eh ad! Alang-alang kau dah sampai ada bawa ke dulang yang aku nak? " Adyan angguk lalu keluar balik dari rumah untuk mengambil dulang tersebut, diangkat dulang itu sendiri lalu meletakkannya di hadapan pelamin

"bang hantaran kau mana? " soal Adyan sambil kedua belah tangan elok masuk ke dalam kocek seluarnya

"aku nak buat hidden box je senang,tak payah bazir duit" Adyan hanya angguk

"ni aku nak lepak gerai Pak Samad kau nak ikut tak? " tanya Adian lalu dompet dan kunci keretanya dicapai, tanpa bantahan Adyan hanya ikut sahaja langkah abangnya . "aku drive lah" Adyan terus mengambil tempat di bahagian passenger

"eee aku teruja lah! " tersenyum lebar Adian apabila teringat wajah ayu bakal isterinya, Adyan mencebik bila menoleh ke arah Adian yang sudah tersenyum bagai kerang busuk

"apa yang best nya kahwin "
Adian menghembuskan nafas perlahan

"best la! Orang yang kau sayang dah jadi isteri kau, kau boleh sentuh dia, peluk dia, pegang tengan dia dan paling best sekali dia boleh lahirkan zuriat kau sendiri! " kata Adian teruja

"itu je la? " Adian menjeling tajam ke arah adiknya. Tidak menarik langsung kehidupan Adyan ini, kehidupannya hanyalah pergi ke kerja dan balik kerja semuanya kerja sampai kesudah, disuruh cari jodoh tetapi ini pula jawabnya "malas lah, buang masa je" mana tidak geram mamanya apabila dijawab begitu.

Tiba di gerai Pak Samad mereka berdua keluar dari kereta dan terus mencari tempat untuk makan, meja berhadapan dengan pantai menjadi pilihan mereka.

Mariam sedar akan kehadiran mereka dia terus mengeluarkan buku kecil bersama pen untuk mengambil pesanan, dia berjalan menuju ke meja mereka sambil rambut diikat tetapi tidak terlalu kemas masih ada junta ian rambut

"ya encik nak makan apa? "
Soal Mariam lembut

"bagi saya roti canai dengan kopi ais" Mariam terus tulis pesanan Adian

"mee goreng basah dengan milo ais" Mariam angguk dan beredar dari situ

"milo ais? " Adian mengerutkan dahinya

"apasal? " dia tahu Adyan tidak suka kopi saja dia mahu menyakat adiknya, Adian tertawa kecil manakala Adyan hanya merenung Mariam yang dari tadi rancak berborak bersama Mak Jah

"renung apa tu? " Adian menoleh di mana tempat yang Adyan merenungkan tadi, tersenyum sinis dia lalu menoleh semula ke arah adiknya yang masih merenung gadis itu dari tadi

"terpikat ke bro? " Adyan hanya menghiraukan Adian dan hanya merenung gadis itu, Mariam terhenti apabila dia perasan Adyan sedang memerhatikannya laju-laju dia senyum hingga menampakkan gigi putihnya yang tersusun cantik

Adyan laju-laju geleng lalu membuka telefon pintar miliknya supaya dia tidak merenung gadis itu lagi

Setelah mereka sudah habis makan Adian mengeluarkan 50 ringgit di dalam dompetnya lalu menghulurkan duit itu kepada Adyan, Adyan yang tidak tahu apa-apa dia hanya mengambil duit itu

"pergi bayar, baki yang lain tu untuk dia cakap saja itu sedekah dari aku" Adian terus meninggalkan Adyan seorang, sengaja dia meninggalkan Adyan seorang kerana dia tahu adiknya itu mungkin tersuka pada Mariam jadi memberikan duit itu kepada Adyan supaya Adyan dapat melihat gadis itu dengan lebih dekat

Adyan menuju ke kaunter untuk membayar duit abangnya tadi wajahnya hanya tenang dia tidak rasa gementar atau apa-apa, tangannya terus menghulur 50 ringgit itu kepada Mariam

"baki tu simpan " tergamam Mariam

"tapi aw-" Adyan terus beredar dari situ dan masuk ke dalam kereta abangnya

Mariam memandang duit itu di tangannya, patutkah dia ambil sahaja atau beri balik duit itu pada mereka. Dia buntu memikirkannya, dia akan memberikan baki itu balik kepada Adyan tetapi sayangnya mereka sudah beredar dari situ. Dia mengeluh tetapi bibirnya tidak lekang dari tersenyum, dia menganggap itu rezeki daripada Tuhan.







+ tolong beri pendapat korang pasal cerita ni (is it bad or good) sebab pada saya agak membosankan

-Eerin


𝐌𝐫𝐬. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥𝐥 | 𝑂𝐺Where stories live. Discover now