𝐁𝟏𝟕

947 29 7
                                    

KEMEJA putih di butang sehingga atas lalu kolar dibela  supaya kelihatan kemas, bag roda yang berat diisi pakaian ditarik kasar lalu membawa nya turun menuruni anak tangga satu persatu. Segala bag diletakkan di ruang tamu lalu kaki melangkah berjalan menuju ke meja makan untuk bersarapan bersama keluarganya.

Suasana seperti biasa menjadi sepi apabila semua orang sibuk menguyah makanan tetapi tidak lama Tuan Azriel mula membuka suara bagi menghentikan suasana yang muram itu.

“awak ok ke kalau saya pergi ni? " soal Tuan Azriel kepada isterinya, Puan Ariana. Jelas kelihatan wajah Puan Ariana asyik monyok sahaja sejak mereka mula makan di meja itu, Adyan perasan tetapi hanya menghiraukan sahaja kalau dikata lagi merajuk dibuatnya.

Lambat-lambat Puan Ariana mengangguk dengan soalan Tuan Azriel, tersengih si sang suami apabila melihat wajah isterinya sudah masam. Merajuk gamaknya.

“sampai bila abang pergi? "
Mahu tak mahu sahaja mama melontarkan soalan itu walaupun dia tahu mereka akan meninggalkan nya agak lama

“abang tak tahu, nanti kalau dah balik abang call ya? " mama sudah mencebik, Adyan hanya tersengih dengan sikap mamanya. Sungguh tidak dijangka yang Puan Ariana boleh bertukar jadi baik selain singa betina.

“dah pukul 7 dah ni, Adyan jom gerak" kata Tuan Azriel lalu membangkit dari duduk dan berlalu pergi ke ruang tamu untuk mengambil bag-bag nya.

Air mata jernih sudah mengalir akhirnya, tak bukan semestinya air mata mama. Sudah merah hidung Puan Ariana seperti badut sahaja. Tangan menyahut salaman dari si sang suami lalu Tuan Azriel memeluk tubuh Puan Ariana dengan erat sambil diusap perlahan.

Berat hatinya apabila ingin meninggalkan Puan Ariana seorang diri tetapi dia tidak terlalu risau kerana nasib ada pembantu rumah boleh tengok-tengokkan jika ada masalah. Buatnya tidak ada pembantu rumah naya sahaja jika berlaku apa-apa yang tidak diingini.

“dah jangan nangis, saya pergi sekejap je" pujuk Tuan Azriel, memang susah jika mahu memujuk Puan Ariana

“tipu abang kata lama" makin mengalir air mata jernih itu

“mamaaaa, kami dah lambat dah ni! " kata Adyan, geli menengok ibu bapanya duk bermanja-manja di depannya. Macam lah mama tidak biasa dengan outstation papa, padahal boleh dikatakan setiap tahun mesti ada outstation dan setiap kali itulah mamanya menangis tak henti.

“iyalah, dah pergi! Shush! Shush! " halau mama, air matanya sudah kering tidak boleh lagi mengalir kan air mata itu.

“aik tadi nangis? " ujar Adyan pelik

Adyan menyalam tangan Puan Ariana dengan perlahan lalu menarik bag roda itu masuk ke dalam bonet kerata. Barang-barang pun sudah dimasukkan cuma tinggal mereka sahaja untuk beredar pergi KLIA 2. Sampai sudah masuk dalam kereta pun Tuan Azriel masih memandang wajah isterinya buat kali terakhir sebelum mereka pergi ke Switzerland.

Sayu sahaja lambaian Puan Ariana kearah mereka berdua, mana tidak sedihnya bila suami dengan anak sulung kedua tinggalkan dia. Si Adian dah beristeri manakala yang bongsu sedang gigih meneruskan pelajarnya di Amerika. Tinggal dia dengan Mak Dara saja la.

Adyan terlebih dahulu melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang disediakan sambil menuggu giliran, tidak sempat dia ingin memberitahu Mariam fasal ini. Aplikasi WhatsApp dibuka lalu nama Ayyeshaaa ditekan.

- Assalamualaikum Sha, aku nak cakap yang hari ini aku bertolak ke Switzerland atas urusan kerja -

Text yang dihantar hanya bluetick sahaja tanpa dibalas atau apa-apa Mariam terus offline, memang agak kecewa juga apabila Mariam tidak membalas tetapi dia hanya menghiraukan. Kepala DIY oleh sebelah lalu menampakkan wajah Tuan Azriel yang jelas tidak bermaya.

𝐌𝐫𝐬. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥𝐥 | 𝑂𝐺Where stories live. Discover now