𝐁𝟖

854 27 0
                                    

Tanpa sedar sudah sebulan berlalu begitu pantas, banyak berlaku pada seminggu sebelum kemasukan bulan yang baharu. Hidupnya tenang apabila tidak lagi merisaukan tentang hutang yang palsu, datang dengan berita yang baik iaitu adik bongsunya, Maira, telah berjaya dapat 9A dalam SPM pada tahun ini. Maira juga akan meneruskan pembelajarannya di University Science Putra Malaysia yang terletak di Johor manakala, Mariam pula akan menamatkan ijazahnya dan terus berkerja di syarikat milik Tuan Azriel.

Bag roda bewarna biru cair ditarik kasar oleh Mariam lalu meletakkan bag itu diatas lantai secara membaringkan nya supaya senang untuk memasukkan barang di dalam. Mariam mengambil baju-baju yang digantung hanger di dalam almari lalu meletakkannya di atas tilam, baju dalam yang dilipat juga diambil dan letak di tepi bag roda tersebut.

Perasaannya teruja sehinggakan mahu balik hari ini juga kalau diikutkan, dia memang bercadang untuk balik sekejap di kampung sebelum hari graduan nya di Uni kerana sudah lama dia tidak menjenguk pusaka arwah ibunya sambil boleh mengambil susana di kampung sebelum berpindah di Putrajaya. Iya, dia akan berpindah di Putrajaya bersama abah tetapi masalahnya sekarang ini dia masih tidak memberi tahu Tuan Ibrahim walapun dia tahu bahawa abah tidak akan setuju dia tetap akan heret abah pindah bersamanya.

"Amboi, seronok betul dia nak balik kampung! " Mariam pandang sekilas ke arah Mawar sambil tersenyum lalu menyambung melipat baju t-shirt nya

"kau tak balik ke? " soal Mariam

"malas aku, lagipun berbaki seminggu je lagi sebelum aku bawa semua barang aku ni balik" Mariam sekadar menganguk dangan jawapan Mawar, dia juga hanya balik 5 hari sebelum dia angkut semua barang-barang di rumah sewanya itu.

"kau pula? Dah jumpa belum rumah untuk pindah? " Mariam terhenti sebentar lalu dia menoleh kearah Mawar

"dah, tapi kalau abah tak setuju macam mana? " jawab Mariam, itu yang paling dia risaukan sekali jika bapaknya berkeras untuk tidak mahu berpindah. Dia faham jika abah tidak mahu berpindah kerana pusaka arwah ibunya di situ tetapi sampai bila abah mahu tinggal di rumah kayu yang sudah lusuh itu? Tunggu masa sahaja rumah itu akan Toboh kerana diperbuat daripada kayu.

"tidak apa, Insya-Allah abah setuju dengan cadangan kau. Okaylah aku mandi dulu! " kata Mawar lalu mencapai towel milik nya dan beredar dari bilik itu meninggalkan Mariam berseorangan. Tanpa berfikir panjang Mariam terus sambung mengemas pakaian dan barang-barangnya.

Selepas saja dia siap mengemas pakain Mariam terus mencapai hand bag nya lalu beredar untuk pergi ke kerja. Dia juga tidak tahu jika dia ingin meneruskan berkerja di sana atau di tempat yang lain, tetapi kalau boleh dia ingin meneruskan perkerjaan nya di sana jika abah tidak melarangnya.

Mariam berjalan terus ke arah lif sambil matanya tidak mengalih dari telefon bimbit. Ditengah ralik bermain dengan telefon bimbit akhirnya dia tersembam di belakang seorang lelaki, Mariam mengusap dahinya yang jelas kelihatan sedikit merah tenpa sedar lelaki yang dia terlanggar tadi sedang memerhatikannya.

"dah langgar orang tak reti minta maaf ke? " kata lelaki itu dengan penuh sarkastik. Mariam mendongak kepalanya dan terkejut sedikit kerana muka Adyan betul-betul di hadapannya

"maaf tuan.... " kepalanya menurun kebawah dengan perlahan-lahan beserta tangannya elok terletak di belakang

"tau pun, aku dengar kau dah nak graduate betul ke? " soal Adyan sambil tanganya elok terletak di dalam kocek seluar

Mariam sekadar angguk dengan persoalan yang keluar dari mulut Adyan.

"congrats " kata Adyan lalu masuk di dalam lif tersebut sambil Mariam yang masih terkedu dan juga blur dengan apa yang dikatakan oleh Adyan sebentar tadi

𝐌𝐫𝐬. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥𝐥 | 𝑂𝐺Where stories live. Discover now