𝐁𝟏𝟓

627 22 0
                                    

ADYAN tersedar daripada lenanya kerana jam yang dikunci pada telefon bimbit miliknya. Kakinya turun dari katil lalu menuju ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum menduduki solat subuh.

Selesai sahaja membersihkan diri, dia terlebih dahulu menyarungkan kain pelekat beserta songkok yang elok terletak di atas kepalanya lalu menyempurnakan solat tahajjud seperti biasa.

Boleh dikatakan Adyan memang selalu mendirikan solat tahajjud tepat pada pukul 4 pagi ataupun sebelum azan subuh berkumandang. Memang ibu bapanya telah mengajar dia solat tahajjud sejak dia berusia 12 tahun lagi.

Selesai solat tahajjud dia mencapai Al-Quran yang elok terletak di atas meja lalu dia mengambil rehal kayu yang dilipat ditepi night stand nya. Al-Quran dibuka lalu dia membelek suka surat al-Quran itu sampai lah juz ke 18 iaitu surah Al Mu'minun.

Dia memulakan dengan membaca bismillah terlebih dahulu lalu memulakan membaca ayat-ayat di dalam al-Quran itu. Tidak sedar sudah hampir dua jam dia membaca al-Quran, dia hampir menghabiskan surah al mu'minun tersebut tetapi di halang dengan laungan azan subuh berkumandang.

Al-Quran di tutup sekejap lalu dia meletakkan al-Quran tersebut disebelah sajadah, sengaja dia tidak simpan lagi kitab al-Quran tersebut untuk mendirikan solat subuh. Selesai sahaja solat subuh, dia terus mencapai al-Quran itu dan menghabiskan surah itu supaya malam nanti boleh beralih ke surah yang lain.

Dia menyiapkan kerjanya yang terkendala sebelum dia pergi ke kerja supaya bila sampai di ofis kerjanya tidak terlalu berlambak. Selepas selsesai menyiapkan saki baki kerja tersbut dia terus menuju ke bilik air untuk mandi. Sut bewarna biru pekat elok terletak pada badan tegap nya beserta tai Yang bewarna hitam pekat.

Hari ini dia tidak berasa mahu sarapan mahupun minum air sekali pun, entah kenapa sejak dia melangkah masuk sahaja ke dalam bilik air terus tekaknya terasa mual seperti mahu muntah tetapi bila muntah tiada apa yang keluar, dia juga hairan. Demam mungkin?

Dia hanya buat tidak endah lalu melangkah keluar dan berjalan menuju ke kereta Audi r8 miliknya. Kereta dipandu menuju ke arah pejabat milik bapanya.

Dia berjalan menuju ke lif dan tiba-tiba sahaja dia ternampak kelibat abang sulungnya, Adian. Bahu Adian ditepuk lembut oleh Adyan sebelum dia menoleh ke belakang.

"Adyan! " terus tersenyum lebar terukir di bibir lalu memeluk tubuh Adyan dengan sangat erat, mana tidak rindunya apabila mereka tidak bersua selepas abang sulungnya berkahwin.

Adyan meleraikan pelukan abangnya yang erat itu, sudahlah dia berasa tidak selesa dengan tai itu kerana tercekik tambahan pula bila dipeluk ketat begitu.

"kenapa dengan muka kau? " soal Adyan sambil memegang muka Adian. Bertambah menegerut dahinya apabila muka itu terapat lebam pada pipi belah kanan. Dah kenapa budak ni?

"biasalah gaduh dengan bini" Adian melepaskan keluhan yang ditahan, kepalanya tertunduk si bawah tidak mampu untuk bersemuka dengan Adyan. Jika Adyan tahu pasti jejaka itu akan gelakannya.

“gaduh?" soal Adyan pelik, selalu nya laki bini itu akan bermanja-manja setiap hari tetapi kali ini bergaduh pula. Memang pelik.

Perlahan kepala yang tunduk itu mengangguk dengan soalan Adyan. Adyan mengeluh dengan jawapan yang diberikan oleh Adian, memang begini ke jika sudah kahwin?.

“cuba cerita dekat aku" Adian memandang sekilas ke arah Adyan

“jom pergi cafe, aku cerita dekat kau" Adyan bersetuju lalu mereka langkah keluar dari syarikat itu semata-mata untuk dengar cerita Adian.

Selepas mereka mengambil pesanan Adian membuka cerita kepada Adyan

“cerita dia macam ni.... "

𝐌𝐫𝐬. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥𝐥 | 𝑂𝐺Where stories live. Discover now