𝐁𝟔

953 25 0
                                    

Pejam celik tiba-tiba sudah seminggu berlalu Mariam bekerja di syarikat tersebut. Dalam seminggu tu juga dia berasa seperti pekerja sepenuh masa bukan lagi sebagai intern, mungkin kerana dia terlalu sibuk dengan kerja dan juga peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi.

"Mariam... " tiba satu suara yang memanggil dari belakang membuatkan Mariam sedikit terkejut, terus Mariam menoleh ke belakang dan melihat susuk tubuh Maya betul-betul berdiri di belakangnya. Mariam melepaskan nafas lega sambil menutupkan kedua-dua belah matanya rapi, syukur Maya dan bukan benda lain.

"kenapa? " soal Mariam ringkas sambil merenung wajah Maya yang jelas kelihatan sedih,ataupun kecewa? Entah dia sendiri pun keliru.

"jom teman aku lunch sama-sama? " Mariam melihat jam tangannya dan jelas menunjukkan pukul 2:00 tepat.Mariam tersenyum,padanlah wajah Maya seperti orang tidak bermaya rupa-rupanya lapar.

"boleh tapi bagi aku kemas barang-barang aku dulu lepastu baru kita gerak okay? " Maya sekadar angguk sebagai jawapan, dia sudah tahu jika gadis itu lapar mana mungkin mahu bersembang malah bercakap pun susah jika gadis itu kelaparan. Laju Mariam mengemas barangnya agar mereka boleh beredar dari situ dengan cepat, dia juga menahan lapar dari pagi disebabkan kelasnya bermula pada pukul 8 jadi dia tiada masa untuk sarapan.

Maya tidak boleh tahan lagi dia terus menarik pergelangan tangan Mariam dengan kasar lalu beredar dari situ, apa dia peduli? Dia hanya fikir makanan sahaja di dalam otaknya.

"Maya, kita nak makan dekat mana ni? " soal Mariam

"macam biasa, restoran yang aku selalu pergi dengan Hafiz " Mariam angguk lalu kereta Honda Civic yang berwarna putih dipandu oleh Maya terus menghilang begitu sahaja.

"Hutang kau macam mana Mariam?" Maya tiba-tiba membuka topik fasal hutang yang Mariam masih belum bayar, dia bukanya apa cuma risau keadaan Mariam. Sudahlah gadis itu ada perperiksaan akhir tambahan pula terpaksa berkerja agar boleh membayar hutang itu

"Ada lagi 10,000 ribu aku kena kumpul" kata Mariam sambil mengeluh, entah dia boleh bayar atau tidak...

"Insya-Allah kau dapat bayar hutang tu" Mariam tersenyum. Bukannya dia tidak mahu beri tahu abah cuma banyak lagi benda yang abah perlu bayar contohnya seperti bil elektrik dan juga air, kereta lagi dan jangan lupa duit untuk kos pembelajaran Maira. Sebagai anak sulung takkan lah dia mahu duduk santai sahaja mestilah dia mahu membantu tetapi sekarang ini dia pun tidak tahu dia mampu untuk bayar atau tidak hutang itu.

"kau tak ajak Hafiz ke? " Mariam menukar topik, malas dia mahu berfikir tentang hutang itu

"aku ada call dia tadi tapi itulah tak dijawab" Mariam angguk, dia memang sudah tahu perbagai kawan-kawannya ini. Maya sejenis yang cepat baran dan suka membahan orang tetapi bila kawa dengan dia mesti seronok kerana gadis itu tidak pernah penat untuk berborak, mankala Hafiz pula seorang yang kaki menjawab jadi apabila Maya mengeluarkan baran pasti Hafiz makin menambahkan amarah gadis itu. Mana tidak bertengkar saja memanjang sudahlah seorang kaki baran lagi satu pula kaki menjawab, pening Mariam kadang-kadang melayan karenah dua orang itu.

"biarlah dia, malas aku layan perangai dia tu buat sakit hati je" kata Maya, boleh terbayang perangai annoying mamat tu!

"Eleh, malas layan perangai konon, nanti hari-hari juga kau hadap perangai dia lepas kahwin " Mariam tergelak manakala Maya hanya menjeling tajam kearah gadis itu, terus membisu Mariam apabila Maya memberi tenungan yang tajam,ingin menelan air liur pun terasa kesat. Kalau dah Maya tenung begitu siapa sahaja tidak takut!

Terus sepi suasana di dalam kereta tersebut akibat Mariam cuba untuk membuat lawak tetapi bagi Maya tidak lawak langsung. Jantungnya tidak berhenti berdegup dengan kencang, dia berasa bersalah kerana membuat lawak seperti itu dia tidak sangka yang Maya akan ambil serius begitu.

𝐌𝐫𝐬. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥𝐥 | 𝑂𝐺Where stories live. Discover now