𝐁𝟏𝟔

839 23 0
                                    

"happy semacam hari ni kau Mariam " usik Maya, sejak kebelakangan ini Mariam kelihatan gembira mungkin disebabkan dah habis ijazah la kut?.

"mana ada happy, kau tak nampak aku selesema ni!" bagi Mariam itu perkara biasa kerana dia mengalami resdung sejak kecil lagi jadi dia sudah biasa jika pagi-pagi sudah bersin setiap saat.

"kesian dia... Nak aku beli kan ubat? " Mariam geleng

"mata kau merah betul bayam! " tiba-tiba sahaja Hafiz muncul dari entah mana, mereka berdua menoleh ke arah jejaka itu

"ye ke? " Mariam tidak terlalu percaya jadi dia rembat cermin kecil milik Maya untuk periksa maranya, ternyata betul apa yang dikatakan oleh Hafiz. Matanya sudahlah merah seperti baru habis nangis ini kan pula hidung sudah merah seprti badut dan asyik berair dari tadi.

Memang serabut jika pagi-pagi sudah resdung tak tentu arah, lebih perit lagi apabila waktu tidur. Memang hidung tersumbat lah jawapnya jika dipasang aircond. Betul tak?

Mariam meletakkan kelapanya yang berlapit dengan tudung selendang bewarna hitam itu di atas meja kerjanya sambil hidung masih berair sepeti air terjun.

"balik la bayam, dahi kau panas ni! " tangan Maya naik lalu diletakkan di atas dahi Mariam untuk merasa suhu gadis itu, Mariam kembali mendongak ke arah mereka berdua.

"boleh ke? " soal Mariam takut-takut

"mestilah boleh! Kau bukannya budak sekolah sayang ku" jawap Maya, Hafiz tergelak kecil apabila Mariam menyoalkan jika boleh. Husnuzon mungkin Mariam terlupa yang dia sudah berkerja dan bukan lagi budak sekolah menengah.

"takpe nanti pandai-pandai lah aku bagitahu dekat widad yang kau sakit" Mariam mengeluh perlahan

"nak aku hantar tak? " Mariam laju-laju geleng, dia tidak mahu menyusahkan orang lain lagipun dia hanya demam dan bukan nak rasa pitam pun jadi tidak mengapa.

"aku pergi dulu eh" Mariam bangkit dari duduk lalu langkah keluar dari pejabat itu

Adyan yang perasan Mariam lalu di sisinya, ingatkan mahu tegur tetapi gadis itu kelihatan sangat lesu dan tidak bermaya, bibir nya juga pucat seroti mayat. Satu perasaan tidak sedap hati telah muncul pada dirinya apabila Mariam kelihatan begitu lesu.

Dia mengekori setiap langkah Mariam sampailah ke tempat menuggu bas, bukannya mahu jadi miang atau apa-apa dia takut jika terjadi benda buruk terhadap gadis itu. Bila Mariam masuk sahaja ke dalam bas dia turut mengekori bas itu sampai lah ke apartmen milik Mariam.

Dia singgah pergi ke klinik sekejap untuk membeli ubat-ubatan, ubat tersebut di letakkan di bawah lantai berhadapan dengan pintu rumah Mariam.

Mariam yang baru sahaja ingin melelapkan mata tidak sempat apabila loceng rumahnya berding-dong, dia mengeluh berat lalu melangkah ke arah pintu rumah. Mahu sahaja dia ingin marah tetapi apabila dia pandang ke pantai terdapat satu plastik yang berisi dengan segala ubat di dalamnya.

Mariam duduk di atas sofa lalu mengeluarkan satu persatu ubat-ubat yang ada di dalam plastik itu, ada nota juga terselit pada salah satu ubat tersbeut . Dia membaca nota tersebut lalu tersengih bagai kerang busuk.

Take this med - Ad

Tidak perlu tanya dia sudah tahu siapa yang memberikannya, tiada orang lain yang dia panggil 'Ad' selain Adyan. Katanya dia seorang sahaja yang boleh panggil Adyan begitu jadi jejaka itu hanya membiarkannya.

Dalam senyap dia juga suka apabila Mariam memanggilnya dengan nama singkatan begitu, terasa sangat istimewa apabila orang yang dia suka memanggilnya dengan panggilan singkatan.

Mariam hanya mampu menghantar pesanan ke Adyan dan berucap terima kasih kepada jejaka itu, dia juga tidak tahu mengapa sejak kebelakangan ini dia makin tertarik dengan perangai Adyan, nak dikatakan dia suka kepada jejaka itu jauh sekali.

Dia tidak mahu bercinta dengan siapa-siapa lagi bermula dari sekarang ini kerana dia tahu bahawa mencintai seseorang itu hanya membuang masa dan membutakannya nya dari cinta yang sebenar.

Tiada gunanya jika dia menutup aurat tetapi masih berdegil untuk membuat maksiat dengan lelaki di luar sana, cukup sekadar perasaan suka jangan di sampaikan lebih dari itu. Dia perlu lawan rasa nafsu untuk tidak menglunag perkara yang sama lagi.

Dia juga perlu menjaga batasnya dengan Adyan supaya tidak bergaul terlalu banyak, putus dengan Irfan memberi dia hikmah bahawa cinta Allah SWT itu yang paling indah, dia tidak bodoh lagi untuk bergaduh tentang jantan melainkan jejaka itu suaminya sendiri.

Mungkin ada sebabnya kenapa dia putus dengan Irfan agar dia sedar dengan dosanya selama ini, sungguh dia tidak bangga dengan dosanya apa lagi bila ditayang aib nya sendiri. Jadi tunggu apa lagi? Selagi ada masa untuk bertaubat gunakan masa itu dengan sebaik yang mungkin sebelum terlambat.

Maka simpanlah aib kamu sendiri dan janganlah kamu berbangga dengan kemaksiatan kamu sekarang ini, maksiat itu tidak membawa makna apa-apa. Ia hanya benda yang tidak berfaedah jika dilakukan.

Dia akan cuba sebaik yang mungkin untuk tidak bergaul terlalu banyak dengan Adyan supaya tiada sesiapa yang salah faham dengan mereka berdua. Cukup sekadar kawan dan tidak lebih dari itu.

Dia membersihkan dirinya terlebih dahulu sebelum makan ubat-ubat itu. Adyan masih tidak memberitahu ke Mariam yang dia mahu pergi ke Switzerland pada minggu hadapan atas urusan kerja bersama bapanya.

Lambat-laun Mariam akan tahu juga nanti jadi dia memutuskan untuk memberitahu pada tarikh yang dia pergi, sengaja mahu tengok jika gadis itu nangis atau tidak jika dia pergi.

Tidak sedar jam menunjukkan sudah pukul 5 tepat, nasib dia tidak boleh solat kalau tidak free-free saja dapat dosa kerana melambatkan solat.

Tidak sangka ubat yang dibeli oleh Adyan begitu kuat sehingga dia tidur selama 7 jam, maknanya jika dia tidur selama 7 jam dia mungkin akan berjaya malam nanti.

Mariam melangkah ke dapur untuk masak menu yang simple sahaja kerana tidak larat dan tidak terlalu berselera sangat lagipun dia hanya seorang diri jadi tidak perlu masak banyak-banyak

Menu yang dimasak olehnya ialah bubur ayam berserta ikan bilis goreng, perlahan dia menyuap sudu yang berisi bubur itu ke dalam mulut. Memang tidak lalu untuk makan mahupun bubur sekali pun.

Selesai makan dia terus mengambil laptop nya untuk menyiapkan kerja yang di ofis sebentar tadi, sambil membuat kerja terdapat lagu dipasang melalui telefon bimbitnya. Semestinya akan dipasang lagu Daylight by Taylor Swift a.k.a lagu kegemarannya.

Mata masih fokus pada skrin laptop manakala mulut tetap tidak berhenti untuk menyanyi lagu tersebut. Bebrapa jam sudah berlalu, Mariam merehatkan tubuhnya sebelum kembali membuat kerja itu. Stranger Things di Netflix ditekan sambil mulutnya menguyah keropok tanpa henti.

Dia sambung balik dengan kerja nya tetapi cerita di Netflix masih ditayang pada telefon, memang cerita itu ialah menjadi kegemarannya selain Penthouse dan lain-lain.

Akhirnya kerja yang tergendala telah pun siap setelah beberapa jam duduk di atas kerusi makan itu,
Mariam makan ubat sekali lagi dan terus memejamkan mata untuk tidur dan akhirnya terlelap juga.

Mata Adyan masih membulat lagi, jam sudah menujukkan pukul 2 pagi dan dia masih tidak boleh tidur. Penat asyik memikirkan tentang Mariam sahaja, bagaimana cara untuk memberitahu gadis itu. Tanpa sedar matanya perlahan-lahan tutup rapi lalu dibuai dalam mimpi.



( - Fixed

𝐌𝐫𝐬. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥𝐥 | 𝑂𝐺Where stories live. Discover now