𝐁𝟏

1.9K 53 8
                                    

Mariam terjaga apabila mendengar laungan azan subuh berkumandang di surau berdekatan rumahnya

Kaki terus menuju ke arah bilik air untuk mengambil wuduk serta mencuci muka. Selepas habis mengambil wuduk ,telekung yang dilipat ambil dengan tangan kanan lalu menyarungkan nya, sejadah pula dibentang mengikut kiblat lalu dia menyempurnakan solat seperti biasa.

Selepas siap menunaikan solat dia terus pergi ke dapur untuk membuat sarapan, selalunya Maira yang membuat sarapan tetapi disebabkan dia cuti selepas exam jadi berbaki seminggu lagi sebelum result nya keluar.

Dia hanya masak apa yang ada di dalam peti, mujur arwah ibunya sempat mengajar dia memasak kalau tidak payah nanti. Bercakap tentang arwah ibunya tidak percaya sudah 10 tahun Puan Mariana meninggalkan mereka sekeluarga, tipulah jika dia tidak rindu akan ibunya tetapi mahu buat macam mana dah Allah tentukan tarikh kematian ibunya.

Menu yang dimasak hanya nasi goreng dan teh tarik kegemaran abahnya, dia menoleh kearah jam dan telah menunjukkan bahawa tepat pada pukul 6:10 pagi

Kakinya melangkah menuju kearah bilik adiknya, daun pintu dibuka lalu dia masuk

"Mai bangun! " bahu adiknya ditolak agak kasar maklum lah adiknya kalau tidur memang tidak ingat dunia

"Maira bangun! " tiada respon

"Maira Alisha Binti Mohamad Ibrahim! " terus terbuka mata Maira, ini kalau Mariam sudah menjadi harimau jadian sebijik ikut perangai ibunya

Lantas Maira mencapai towel lalu bergegas ke bilik air, Mariam tersenyum puas apabila melihat adiknya gelabah seperti nampak hantu


"Mariam kamu bila last cuti? " tanya abah

"baki lagi seminggu" jawab Mariam

"jadi kamu masih kerja lagi lah di gerai Pak samad tu? "

Mariam sekadar angguk sebagai jawapan, dia sudah berkerja di gerai Pak Samad selama 9 tahun itupun kalau dia tidak sibuk dengan class, setiap hari selepas saja balik dari sekolah dia terus bergegas ke gerai tersebut bila ditanya dia hanya menjawab "nak kumpul duit untuk universiti nanti" . Dan akhirnya duit yang dikumpul selama 9 tahun dipakai juga, tipulah jika dia tidak curi-curi duit itu sedikit buat perbelanjaannya

"kamu Malik? "

"Malik punya 2 minggu cuti mid sem " abah hanya angguk

Ruang makan menjadi sepi semula sehingga lah mereka habis sarapan




Mariam mengayuh basikal miliknya untuk pergi ke gerai Pak Samad maklum lah hidupnya tidak begitu mewah jadi untuk beli kereta agak mahal baik dia naik basikal sahaja boleh exercise hari-hari.

Tiba sahaja di gerai Pak Samad satu senyuman sudah terukir di wajahnya yang pasti itu adalah Mak Hajah atau lebih pendek 'Makjah'

"Mak Jah! " jerit Mariam sambil menyentuh bahu wanita tua itu

"oi mak kau! " Mariam hanya tertawa mendengar Makjah melatah

"kau ini la! Kalau aku mati sakit jantung tadi macam mana! " lengan kiri Mariam dipukul kasar oleh Makjah, Mariam mencebik lalu mengusap lengannya

"eleh Mariam gurau je la Makjah" sengih Mariam bagai dek kerang busuk, Makjah menjeling tajam kearah gadis itu

"Makjah taufiq tak datang lagi ke? " soal Mariam sambil menengok sekeliling jika ternampak kelibat Taufiq

"belum lagi" jawab Makjah dengan ringkas sambil menyusun kuih-kuih di atas meja depan tersebut

"Pakcik mad? " dengar sahaja Pakcik Mad Makjah terus menoleh kearah gadis itu

𝐌𝐫𝐬. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥𝐥 | 𝑂𝐺Where stories live. Discover now