"I tak main-main dengan you, Khalea Nur" tegas suara Hakeem kedengaran.

Fikir Khalea dia sudah menang sebentar tadi tetapi lepas saja dengar amaran Hakeem terus hilang ukiran di bibir merah itu.

Jangan terpedaya dengan sifat baik Hakeem terhadap Khalea. Dia tidaklah baik sangat dengan perempuan yang melanggar arahannya. Mungkin selama ini tidak ada yang dapat menawan hati keras seorang Hakeem Rafei maka seluruh wanita yang mendekati ikut segala segi tunjuknya.

Wajah dingin Hakeem sangat mengerikan seperti pandangan pembunuh. Mahu bunuh Khalea ke? Nak bujang sampai tua?

Lima minit diam tanpa kata hanya jari jemari Hakeem mengetuk meja terdengar perlahan. Susah hati juga Hakeem melihat Khalea yang diam dari tadi. Salah dia sebab buat Khalea terbeban dengan kata-katanya.

Tidak mahu mengeruhkan keadaan lebih panjang, satu paperbag yang dari tadi dibawa Hakeem diletak dihadapan Khalea.

"Apa ni?" kecil sahaja suara Khalea bertanya.

"Bukalah"

Ditarik paper bag di toleh sedikit kedalam, cuma dari sekilas pandang Khalea menoleh kearah Hakeem dengan mata terbentang luas.

"Se...riously tuan??" sangkut-sangkut Khalea bertanya.

Senyuman manis diberikan semata-mata.

Habis sahaja meeting semalam telefon menjadi perhatian untuk mencari Khalea tapi perhatian Hakeem tersangkut pada story milik Khalea di aplikasi instagram.

Video yang direpost dari rakan menunjukkan Khalea sedang memegang satu chain necklace edisi barbie di Fossil.

Mungkin kerana harga yang hampir 700 ringgit menjadi punca Khalea tidak membelinya. Student mesti lah perlu saving sedikit.

Melihat bibir Khalea merundum, terus Hakeem mencari rantai yang sama di dalam website fossil sebelum ditempah dan diambil setelah pulang dari office.

Kotak rantai itu dibuka untuk melihat sama ada ianya seperti yang difikir Khalea dan ya sama dengan yang dia mahukan kemarin.

Dipeluk kuat kotak dan ucapan terima kasih tidak putus dilontarkan pada Hakeem.

Khalea terkedu dengan situasi saat ini, Khalea tersentuh.

Lama-lama wajah Khalea berubah memandang Hakeem. Kotak di hulurkan kembali. Boleh ke dia terima hadiah semahal ini sedangkan mereka tiada apa-apa relationship sekaligus ianya terlalu pantas.

"Mahal sangatlah tuan" ragu Khalea.

Kotak yang tadi di hadapan Hakeem ditolak sedikit mendekati Khalea. Dia tahu Khalea mahu tapi biasalah perempuan mesti ada rasa malu dalam diri.

"Its okay, love. Anggap saja sebagai tanda pengenalan kita" tutur Hakeem.

"Saya nak awak tahu yang saya serius untuk kenal awak" sambungnya lagi. Terjungkit kening Khalea mendengar kata Hakeem yang berbunyi sungguh ikhlas.

Mungkin giving gift adalah salah satu effort Hakeem bagi memiliki Khalea.

Tidak betah untuk membalas Khalea hanya mengangukkan kepala dengan mata yang tidak lepas memandang Hakeem bersama bibir yang sedikit ukiran manis.

Kembali masuk office setelah satu hari cuti tidak merubah apa kecuali Kak Ralita menegur dia tentang report sebelum ini.

Puluhan terima kasih yang dia terima dari Kak Ralita sehingga wanita itu mengajak dia untuk turun lunch bersama. Khalea hanya setuju tidak dia ada janji lain.

Sedang dia ralit akan kerja ada satu suara menegur terus di pusing sikit kepala kebelakang.

Hanya kening diangkat memberi erti.

"Kau lunch dengan Kak Ralita ke kejap lagi"

"Haah asal?"

"Nak join boleh?"

"Join je lah macam tak biasa lah kau"

"Baiklah wahai Khaleaku, janganlah garang sangat nanti makin comel susah aku" suara diperlahan diakhir ayat.

"Dah dah aku nak buat kerja"

Terus lelaki itu beredar dari meja Khalea selepas dihalau. Banyak kerja Khalea sekarang! Cuti untuk lari dari berjumpa Hakeem.

Akhirnya lelaki itu membawa dia keluar pula.

Seperti kebiasaan kedai makan di berdekatan menjadi pilihan mereka bertiga. Lauk-pauk melayu yang terbaik untuk lunch, nanti balik office mulalah mengantuk kerana makan berat.

"Korang ni betul ke takde apa-apa" sampuk Kak Ralita sedang mereka ralit makan.

Tersedak Khalea manakala Tareq tidak memberi reaksi. Nasi ditangan masih setia disuap ke mulut. Jelingan Khalea pun tidak diendahnya.

Mahu jawap apa sekiranya itu yang diimpikan Tareq selama ini?

"Kami sudah kawan dari sekolah rendahlah Kak Ralita" balas Khalea mudah.

Tareq dan Khalea sudah kenal dari sekolah rendah mereka berkawan biasa saja bukannya rapat sangat pun. Dari sekolah rendah sehingga menengah bersama tetapi terpisah untuk sambung diploma dan degree.

Tidak mereka sangka bertemu kembali semasa intern. Course pun lain-lain. Hanya tahu update masing-masing dari social media.

Walaupun sudah lama tidak berjumpa tetapi sekemuka di tempat kerja membuatkan keduanya excited. Paling tidak adalah juga kawan.

"Tareq dah ade girlfriend lah kak" bantai Khalea.

Tercenggang Tareq dengar penyataan Khalea tadi. Sejak bila dia taken ni. Dia tunggu Khalea selama ini.

"Ha yelah kamu berdua ni, tahu-tahu akak dapat kad kahwin je nanti" gurau Kak Ralita yang asyik meragukan mereka berdua.

"Saya boleh confirmed tak akak hahaha" cuba dia gelak mengurangkan suasana janggal.

Reaksi wajah Tareq di kawal sebaik mungkin. Jawapan Khalea tadi menghancurkan seluruh jiwanya. Tidak ada langsungkah peluang untuk dia bersama Khalea?.

Menoleh Kak Ralita kepada Tareq yang diam dari tadi. Fahamlah dia Tareq ada perasaan terhadap Khalea jika tidak takkanlah Tareq tidak menidakkan kata-katanya.

Hanya Khalea yang berbuat demikian..

─── ⋆⋅☆⋅ ──

ITU SAHAJA UNTUK HARINI 🫶🏻

Saya minta maaf kalau bosan 🧎🏼‍♀️

˶ᵔ ᵕ ᵔ˶
To be Continue..

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now