"Puan Halimah, tolong bersabar. Kita boleh berbincang elok-elok."

Tuan Amza lantas menghalang. Dia sendiri masih terkapar-kapar hendak memahami situasi yang sedang berlaku. Sekarang, kedatangan puan Halimah pula menimbulkan sangsi.

"Eloklah Tuan Amza ada dekat sini juga. Ni.. anak tuan ni dah menyebabkan anak saya accident! Anak saya patah kaki sebab budak samseng ni!" Amuk puan Halimah nyaring.

Tuan Amza pandang Diaz. Dua orang polis tadi sudah bercekak pinggang. Ada beberapa orang luar turut menyaksikan drama yang berlangsung.

"Kau ingat kau anak Tuan Amza, kau boleh tindas orang sesuka hati ke? Memang malang Tuan Amza dapat anak samseng macam kau ni!"

Mencerlung mata puan Halimah sambil tangannya masih sibuk menunjuk Diaz..

"Puan Halimah, tolong.. jaga sikit bahasa puan." Tegur Tuan Amza. Sekali lagi tumpuannya terarah pada Diaz. Jantung sudah berdegup hebat. Apa lagi yang anaknya ini lakukan?

"Tell me, Diaz. Apa yang terjadi sebenarnya?" Soalnya.

Diaz tidak terus menyahut. Nampak masih teragak-agak mahu menyusun ayat.

"Apa lagi yang Tuan Amza nak tanya pada dia ni? Anak saya patah kaki sebab dia tau! Tak lain tak bukan, mesti dia berdendam pasal kes dadah dulu."

"Ya, saya faham puan.. tapi saya kena tahu cerita dari pihak anak saya dulu."

Masih bertegas, Tuan Amza tidak mahu menuduh melulu tanpa mendengar penjelasan dari Diaz sendiri.

"Tell me now." Arahnya. Kali ini lebih tegas.

Diaz ketap gigi sebelum menghela nafas lemah. "D nak buat perhitungan dengan Ardi."

Spontan, Tuan Amza melepaskan keluhan berat. Mata dipejam buat sesaat. Berdenyut kepalanya mendengar pengakuan Diaz.

"Tengok.. tuan dengar tu? Dia memang sengaja nak sakitkan anak saya!" Bentak Puan Halimah lagi.

"Why did you do that Diaz?"

"If you're being accused for something that you didn't do, what will you do baba?" Soal Diaz, membalas renungan mata babanya.

Tuan Amza terdiam seribu bahasa. Lea yang turut menjadi pendengar juga tidak berkutik di tempatnya. Raut wajah yang sentiasa angkuh selalu, kini seakan mahu pengertian dari orang tuanya.

"Hei.. jadi kau nak mengata Ardi memfitnah kaulah? Kes tu dah selesai! Dah jadi kes polis dah pun. Apa yang kau tak puas hati lagi?" Berang puan Halimah.

Siapa saja yang tak marah bila ada orang yang menyebabkan anaknya kecelakaan? Sampai patah kaki pula tu!

"Memang saya tak puas hati! Anak makcik tu dah fitnah saya." Diaz membidas keras.

"Lepas tu? Apa yang jadi? Kenapa Ardi boleh terlibat dalam kemalangan pula?" Usul Tuan Amza lagi.

"Ardi larikan diri bila D kejar dia. Sampai kat jalan raya.. ada sebuah kereta yang tak sempat mengelak dia."

Diaz menceritakan semula apa yang terjadi. Dan mungkin nasib menyebelahinya, dia sempat berhenti sebelum terjelupuk menyaksikan Ardi yang terpelanting dilanggar kereta. Panik. Gelisah. Semua dia rasakan. Malah dia masih terketar-ketar sebelum datangnya Tuan Amza.

Dengan bantuan si pemandu kereta yang melanggar Ardi, malah beberapa orang yang juga menjadi saksi turut membantu mereka ketika kejadian berlaku, Ardi dibawa ke hospital untuk rawatan.

"Tuan Amza dengar tu? Anak saya kemalangan sebab dia! Kaki anak saya patah, tuan.. saya nak dia ni bertanggungjawab. Masukkan dia dalam penjara!"

"D tak ada niat nak kejar Ardi sampai dia kena langgar, baba. Tapi sumpah.. sebelum tu Ardi dah mengaku pada D yang dia fitnah D. Ardi sebut nama D sebab dia takut dengan orang-orang yang edar dadah tu." Ujar Diaz, bersungguh meyakinkan Tuan Amza tanpa mempedulikan cemuhan wanita itu.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now