Loose black turtleneck yang menyerlahkan lagi badan tegap Hakeem membuatkan Khalea menuguk saliva sendiri.

"Ya Allah hensem sungguh yang ni sorang" dalam hati sahajalah Khalea mampu memuji. Dia malu.

Khalea bergerak kearah Hakeem yang dari tadi tercegat memandangnya tidak berkelip. Anak mata Hakeem tidak lepas dari melihat sosok tubuh Khalea yang bergerak kearah dia bersama senyuman. Sesungguhnya hati Hakeem hampir meletup dek kerana debaran.

Setapak dia berhenti tepat dihadapan lelaki ini. Tenungan dibalas tajam, mata dikecilkan memandang Hakeem.

Khalea mengalah. Sampai bila mahu tercegat sebegitu rupa?

"Kenapa pandang saya macam tu?" tegur Khalea. Tangan kecilnya dilambai beberapa kali hadapan muka Hakeem.

Berangan ke apa..

Tersedar dari lamunan terus dia senyuman diberi.

"Kenapa.." Hakeem diam. Mata masih setia memandang gadis dihadapannya.

"Kenapa apa?" berkerut dahi Khalea bila soalannya dibalas soalan.

"Kenapa you mesti cantik? Tak boleh ke cantik untuk i je? Semalam cantik harini cantik....kalau cantik untuk i sorang sahaja takpe juga, ini semua orang nampak you cantik..." makin lama makin perlahan suara Hakeem menutur kata.

Hakeem sendiri tidak faham. Khalea terlalu cantik baginya dan dia mahu kecantikkan itu hanya miliknya.

Mendengar saja setiap butir perkataan Hakeem, ternaik bibir Khalea hampir mengukir senyuman.

Badan dipusing melangkah kebahagian penumpang kereta. Senyuman besar terukir sungguh dia malu dengan penyataan Hakeem tadi.

Hampir cair dia tadi tahu..

Belum sempat Khalea mencapai handle kereta. Tangan Hakeem lagi laju mencapai dan pintu kereta dibuka untuk Khalea. Maklumlah Khaleakan Passengers Princess.

Diberikan senyuman dan terus menyusur masuk. Alahai tidak boleh lama melihat wajah Hakeem ni bahaya. Bahaya untuk jantung dia. Kasihan perlu kerja lebih keras.

Seperti biasa bila naik kereta berdua mereka diam. Pelik sungguh walaupun tadi bukan main menyakat satu sama lain.

"Kita nak pergi mana?" tanya Khalea bila melihat jalan yang dia tahu bukan tujuan ke pejabat.

"Breakfast" mudah balasan Hakeem. Tetap Khalea dipandang sekilas. Dia perlu fokus pada pemanduan, keselamatan Khalea yang utama.

Itulah punca kenapa awal sangat Hakeem sudah tercegat depan rumah Khalea. Mahu breakfast bersama.

Bukan sahaja dinner mewah. Breakfast pun mewah. Ini mesti breakfast sunny side up.

"Tuan kat sini ada nasi lemak ke" tanya Khalea berbisik-bisik pada Hakeem. Tempat macam ni mungkin hanya menyediakan english menu saja.

"Ada sayang" tersenyum Hakeem mendengar soalan Khalea tadi. Sudahlah dekat-dekat dengan dia untuk berbisik. Comel sangat kenapaaaa wahai cinta hati Hakeem Rafei.

Mata dikerling mendengar jawapan Hakeem. Malulah panggil Khalea begitu. Tidak boleh begitu susah lah Khalea kalau Hakeem kerap memanggilnya sayang.

"Ish tuan ni" marah Khalea.

"Kenapa hm?" melihat wajah gadis itu berkerut dia yang ragu-ragu.

Sudah tidak tentu arah. Kaki bergoyang laju memijak lantai. Tidak berbunyi sebab kaki Khalea pendek tidak jejak lantai. Ya kaki Khalea tergantung sepi.

"Dia guna hm pulak tadi panggil aku sayang. Ya allah hati sabar-sabar jangan lari-lari nanti jatuh!" panjang Khalea mengomel dalam hati.

"Takde apa-apa lah" risau kalau perbualan bersambung, makin teruk jantung Khalea bekerja mungkin perlu OT.

Makan tiba melihat nasi lemak ayam berempah dihadapannya membuatkan Khalea menoleh kearah waiter yang menghantar makanan.

Dia pun terkejut sebenarnya bila matanya bertentang dengan waiter lelaki itu. Bibir memberi senyuman manis kepadanya dia hanya membalas dengar senyuman tipis.

Tanpa mereka sedar wajah Hakeem sudah berubah melihat interaksi mereka berdua. Ikutkan baran Hakeem mahu diajak bergaduh waiter itu.

Memerah muka Hakeem sekarang dia cuba sedaya upaya menahan marah dia. "Bukan salah Khalea bukan salah Khalea bukan salah Khalea" diulang-ulang menahan sabar.

Dia tidak mahu melepaskan marahnya pada gadis ini. Dia tahu Khalea pun tidak sengaja memandang pekerja tadi.

Meski sudah dekat satu minit waiter itu bergerak pergi mata Hakeem masih tajam menekap diri Khalea yang menunduk takut.

─── ⋆⋅☆⋅ ──

ITU SAHAJA UNTUK HARINI 🫶🏻
Nak lagi? Like dulu 🤭

˶ᵔ ᵕ ᵔ˶
To be Continue..

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now