Semuanya terlalu cepat untuk diri Khalea mentafsir keadaan.

Setelah beberapa minit menunduk. Khalea mengumpul kekuatan untuk memandang wajah lelaki bertentang dia.

"Kita tak kenal each other" jawapan mudah diberikan.

"Then how did you make such quick decisions?" balas Hakeem laju.

Janganlah pandang Khalea begitu. Dia takut.

Jeda.

Apa perlu dia jawap sekarang?

"You have another six months to think. Kenapa perlu beri jawapan hari ini?" sambung Hakeem. Tahap kesabaran berkurang sedikit demi sedikit.

"Semalam tuan macam paksa saya tu yang saya gelabah" entah dari mana Khalea membalas kata.

Oh pandai pula buat alasan.

Tercenggang Hakeem. Lah salah aku ke? Hakeem pula diam tanpa kata. Keadaan terlihat lebih tenang. Khalea tersenyum kecil.

"Saya tak tahu" tiba-tiba Khalea melontar kata.

"Tak tahu apa?"

"Tuan"

"What about me?" kening ternaik sedikit.

"Saya...saya takut dengan tuan" terketar ketar suara Khalea beritahu. Dia perlu jujur. Tidak mahu perkara ini berlarutan.

Kerutan di dahi kembali muncul. Dia tahu ini punca dari mana. Ya salah dia. Tapi fikirnya jika Khalea sudah memaafkan diri dia, perkara ini sudah berakhir.

Senyuman manis diberi kecil. Rambut dikuak kebelakang. Nafas dihembus. Tahu apa dia perlu buat bagi menaikkan semula tahap kepercayaan pada diri dia.

"Is it okay if I have the next six months to regain your trust?" pinta izin untuk memulihkan keadaan. Dia sanggup lakukan apa sahaja demi gadis ini.

Tanpa berfikir panjang Khalea mengangguk. Apa lagi dia mampu buat? Tiada. Jadi Khalea pilih untuk follow the flow.

Mendapat keizinan dari Khalea menjadikan hari ini hari terbaik buat diri dia. Semudah itu jika bersama Khalea Nur boleh membuat Hakeem Rafei behagia sepanjang hari.

"Tapi tuan tahu tak?" sesuatu yang bermain di fikiran Khalea sejak tadi.

"What? Balasnya.

"Saya tengok dekat tiktok diorang kata kalau lelaki tu baru dua tiga hari kenal dah panggil sayang itu buaya level ACE. Maksudnya tuan mesti level CONQUEROR kan? sebab baru hari pertama dah panggil saya sweetheart lah love lah" panjang Khalea bercerita.

Satu-satu perkataan yang keluar dari bibir merah itu ditangkap Hakeem. Ya allah polosnya budak ini. Comel betul. Sudah lah pendek. Geram Hakeem nak lenyek-lenyek.

"I only call you with those nickname"  Hakeem membalas apa yang melintas di akal fikiran dia.

"Tu pun ayat buaya juga" laju Khalea menutur kata.

"Hahaha" gelak secara elegant. Sudah Hakeem mahu lari dari perbualan ini.

"So, what's our next destination?" topik diubah. Hakeem takut.

"Hantar saya balik lah. Tuan kena masuk office kan"

"Taknak pergi mana-mana dulu?" jika Khalea mahu jadikan dia driver pon Hakeem sanggup kalau dapat luangkan masa bersama yang tercinta.

Kepala digeleng beberapa kali memberi jawapan.

"Come" ajak Hakeem setelah bil dibayar menuju kearah kereta.

Baru beberapa minit di atas jalan. Kereta di hentikan di bahu jalan. Sepantas kilat Hakeem sudah hilang dari radar.

Dari luar nampak Hakeem sedang berlari anak ke sebuah kedai bunga.

Terjongket sedikit bibir manis itu.

"Let's see how much effort you're willing to put in until I'm all yours, Hakeem" monolog Khalea seorang diri. Bibir ternaik sinis.

Bukan mudah untuk seorang Khalea Nur bercinta. Sebagai pencinta novel dan pembaca wattpad sejati. Watak yang ditulis dalam buku yang dibaca menaikkan standard dia dalam memilih lelaki.

Di laman sosial pula terlalu banyak news yang menunjukkan lelaki tidak berguna sekarang lagi-lagi sesudah berkahwin. Semua itu memberi trauma pada Khalea untuk masuk ke alam perkahwinan.

Dia takut jika dia salah pilih imam dan daddy buat anak-anak dia kelak.

─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──

ITU SAHAJA UNTUK HARINI 🫶🏻

Daddy untuk anak atau untuk Khalea?
atau untuk readers/author?

˶ᵔ ᵕ ᵔ˶
To be Continue..

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now