"Ini arahan atau saya ada pilihan untuk menolak?" balas Khalea.

Bibir terjungkil sedikit menunjukkan reaksi terhadap soalan Khalea tadi. Rambut dikuakkan kebelakang. Mata masih tajam memandang pintu rumah.

"Twenty minutes" arahan diberi.

"Baik tuan, saya siap sekarang" cepat- cepat Khalea menukar pakaian dan mengosok tudung.

Taknak lah nampak selekeh sangat. Mana tahu jumpa jodoh masa tengah lunch dengan Hakeem.

Ditacap sedikit wajahnya. Tidak perlu sebenarnya. Khalea cantik semula jadi. Bibir dan pipi merah bak buah pomegranate.

Khalea dont need make up. Make up need Khalea.

Hanya memakai baju dan skirt sepasang di beli di live tiktok beberapa hari lalu. Mudah tidak perlu gosok. Tidak sampai dua puluh minit Khalea sudah siap.

Pintu hadapan dibuka. Kasut dipilih.

Hakeem yang melihat kelibat Khalea keluar dari rumah terus laju bergerak mendekati Khalea.

"Bless my eyes" mata bertatapan. Kata Hakeem terhenti, dia seakan terpukau akan permandangan matanya sekarang. Nafas dilepas perlahan.

Nafas kembali ditarik dalam. "You are gourgeous" suara dalam secara perlahan keluar mengunkapkan kata, sungguh dia terpesona akan gadis ini, mata hitam Hakeem bersinar terang merenung wajah bersih Khalea.

"Thanks. I appreciate it" tersenyum senyum Khalea membalas kata.

Terus mereka bergerak kearah kereta. Pintu dibuka untuk Khalea. Pintu ditutup kembali sebelum dia duduk dibahagian driver.

Sejak kewujudan Khalea dalam hidupnya, sungguh dia bahagia. Dia sanggup buat apa sahaja demi gadis bernama Khalea Nur.

Sepanjang perjalanan mereka masih diam. Masing- masing cuba untuk mengeluarkan kata tapi tiada satu patah yang terungkap.

Setibanya di restaurant mewah. Khalea terasa diri begitu kerdil melihat dekorasi yang bersinar dan sangat teratur. Tidak pernah dia menapak di restaurant seperti ini.

Kerusi ditarik sedikit menyuruh Khalea mengambil tempat untuk duduk.

"Nak makan apa?" tanya Hakeem setibanya waiter datang membawa menu.

"Saya tak kisah" nak pilih pon tidak tahu. Dia tak pernah dengar nama menu yang tertulis.

"Just give us main course for lunch please" tutur Hakeem kepada waiter.

Khalea direnung lama. Tertunduk Khalea dibuatnya. Hakeem hanya tersenyum segaris.

"Ya tuhan aku mampu menunggu pada cinta sekiranya namanya tertulis buatku" sempat Hakeem berdoa dalam hati melihat gadis dihadapannya sekarang.

He adore her

He hopes for love

He pray for love

He dream for love

For her love

Selama hidup seorang Hakeem Rafei. Dia tidak pernah jatuh cinta. Benar kata orang love at first sight itu exquisite.

Hakeem benar- benar sudah jatuh cinta.

"Kenapa tuan tengok saya macam tu" tegur Khalea mematikan lamunan Hakeem.

"Nothing. I'm just in awe of your gorgeous face." balas Hakeem dengan mata masih memandang tepat kearah Khalea dan bibir yang tidak putus senyum.

Mata Hakeem bersinar terang. Jika orang lalu disebelahnya pasti tahu dia sedang jatuh cinta.

Tergerak sedikit bibir Khalea mendapat pujian yang membuatkan jantungnya mula bekerja keras.

"Kenapa tak masuk office?" cuba Hakeem memulakan perbualan.

"Oh saya pening kepala pagi tadi. Tak larat" balas Khalea. Diberanikan diri untuk membalas pandangan mata yang merenungnya sejak tadi.

Timbul kerutan di dahi Hakeem. Dia risau.

"Kenapa tak cakap? You should rest. I should just bring you food. How about now? Should we go to the clinic? I'm so sorry. It must be because of me. I'm sorry love I-.." laju setiap kata keluar dari mulut kecil Hakeem.

"Tuan bukan salah tuan, saya tidur lewat sebab berborak dengan housemate. Thats why" pintas Khalea menghentikan kata Hakeem.

Tidak mahu Hakeem menyalahkan dirinya lagi. Ya dia punca Khalea tidak masuk office tapi bukan kerana sakit kepala. Rasa bersalah kerana panggil bossnya itu gila..

Tetap. Hakeem tahu dia masih punca. Dua kali Khalea menitiskan air mata sebab dia.

Fikir Hakeem, Khalea sama seperti gadis yang sebelum ini cuba mengenalinya dengan cara yang tidak senonoh. Bukan dia tidak tahu mereka hanya mahukan harta dia.

Tapi tidak, Khalea lain.

Dia perlu mendapatkan balik kepercayaan Khalea terhadap dirinya. Bagai tertusuk hatinya setiap kali Khalea cuba mengelak dan menjauh.

Perasaan bersalah semakin membukit jika Khalea tidak memaafkan dia. Dia perlu mendapatkan  kemaafan dari gadis ini.

Tangan dikedepan sedikit dalam fikiran cuba untuk menangkap tangan kecil itu untuk digenggam. Dia berhenti sesaat memikirkan Khalea akan tidak selesa akan perlakuannya.

Tanpa aba-aba tangan dikembalikan di tempat asal. Dia juga ingin meluahkan hatinya pada Khalea. Segalanya. Dari mencapai kemaafan sehinga menyuarakan rasa cinta.

"Khale-.." baru sahaja dia cuba memangil, Meja dipenuhi makanan.

Terkaku dengan apa yang dia pandang sekarang. Senyuman Khalea yang terukir gembira melihat makanan tiba.

Sedar dirinya dipangil. Khalea menoleh memandang jejaka kacak dihadapannya. Dirinya yang masih tersenyum mengangkat kening memberi tanda.

"Kenapa tuan?"

─── ⋆⋅☆⋅ ──

ITU SAHAJA UNTUK HARINI 🫶🏻

So, what do you guys think?
From this few chapter?
Is it bosan or okay-okay

˶ᵔ ᵕ ᵔ˶
To be Continue..

Ur The Dream | cOnde histórias criam vida. Descubra agora