Hujung bibir Muqris naik. Dia memulakan permainan dengan serve.

Bulu tangkis yang dipukulnya ke arah aku. Balasan pukulan diberi dan bulu tangkis bergerak ke arah Ajwad. Dibalas pukulan dengan teknik swing motion. Orang pro lain. Macam -macam teknik digunakan. Lainlah aku ni. Teknik apa pun aku tak tahu.

Permainan sangat sengit. Sedar tak sedar point di papan putih kecil bertukar dari 0-0 ke 19-20. Tak payah teka pun dah tahu. Aku dan Ayesha point 19  tu. Nasib dapat 19 tu pun sebab aku smash dan Ajwad tak sempat nak balas pukulan aku akibat kesilapan dia duduk terlalu dekat dengan jaring. Muqris pula blur sebab Sofean memanggilnya.

Ceh! Padahal dalam diam Sofean backup aku. Dia tak nak support Muqris. Padah banyak kali perdajalkan kawan sendiri.

Aku dan Ayesha bertukar tempat kerana mata yang dapat dihasilkan dari kumpulan aku. Bermakna Muqris sebagai received.

Bulu tangkis aku ambil.

Berdebar. Mata terakhir bagi pihak lawan. 2 mata lagi untuk menjadikan kumpulan aku sebagai pemenang. Tangan bersedia untuk memukul bulu tangkis.

Mata dialihkan memandang pihak lawan. Sempat Muqris mengenyitkan mata. Terkejut aku dengan tindakan Muqris. Akibatnya bulu tangkis yang aku pukul tersasar dan jatuh di luar court.

Out.

Taufiq memadam papan putih. Ditulis markah baru. 19-21. Muqris, Ajwad dan Taufiq bersorak.

Fade up. Aku melepaskan raket.  Lantaklah raket mahal ke murah. Tapi kalau tengok raket macam jenama Victor. Ah! Malas aku ambil kisah pasal raket. Yang menjadi masalahnya macam mana bulu tangkis boleh tersasar?!

"Apahal kau ni? Kalau tak pandai serve, biar aku yang serve. Kau tengok sekarang! "Ayesha menolak bahu aku.

Aku memberikan jelingan tajam.

Automatik Ayesha melangkah beberapa tapak ke belakang. Kau jangan eh! Aku punya garang sampai Ayesha pun terdiam.

"Amacam? "

"Last point tak adil, eh! "bentakku.

"Macam mana boleh tak adil. Aku tengok adil je. Kau serve. Out. Point dapat ke pihak lawan. "hujah Taufiq.

Aku menggigit bibir.

"Tadi Muqris dia-"

"Kenapa dengan aku? "potong Muqris laju.

Air liur ditelan. Sejak bila dia berdiri sebelah aku pun, aku sendiri tak sedar.

Taufiq menepuk tangan untuk menghilangkan ketegangan. "Ok! Seperti yang dijanjikan. 3 permintaan."

Semua memandang Ajwad. Giliran dia dahulu untuk mengutarakan permintaan.

"Permintaan pertama aku, kau...Ashal. "

Kening aku sedikit berkerut. Jari ditunjuk ke arah diriku sendiri. Apahal aku pulak ni?

Ajwad dan Muqris sempat bermain mata sebelum dia menyambung percakapan. "Aku nak kau terima lamaran Muqris. "

Kali kedua aku fade up. Ingat kahwin ni perkara main -main ke?!

"Kedua, aku nak kau ikut segala arahan Muqris. Dan yang terakhir, aku tak nak jumpa minah ni lagi. Serabut! "Ajwad menunjukkan jari ke arah Ayesha.

"Kau ingat aku kebulur nak jumpa kau ke? "bidas Ayesha. Jelingan diberikan.

"My turn! "

Muqris meletakkan jari di bawah dagu. Seakan akan sedang berfikir.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now