Balik pada waktu yang tepat, dan masih belum ada kes di marahi atau menjadi bualan orang.

Walaubagaimanapun ada juga dia nampak beberapa staff yang balik lewat dari waktu. Mungkin OT ataupun kerja belum siap.

Sedang Khalea leka memasukkan angka dalam system bahunya disentuh perlahan. Terus Khalea menoleh.

"Kenapa kak?" tahu Kak Ralita yang menegurnya

"Akak nak mintak tolong sikit boleh? Akak ada urgent matter dan akak perlu balik sekarang juga" laju setiap kata Kak Ralita meluncur ke telinga Khalea. Wajah Kak Ralita terlihat gelisah barangkali ada masalah besar.

"Akak nak saya siapkan report akak ke? Akak yakin dengan kerja saya?" bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Khalea.

"Haah. Boleh ke? Akak yakin dengan kerja awak sebabtu akak tanya awak ni" Kak Ralita mula memegang tangan Khalea meminta simpati.

"Boleh je kak, akak email kat saya ye. Hati-hati kak balik. Jangan bawa kereta laju-laju!" perlahan Khalea menolak tangan Kak Ralita dengan senyuman menyuruh dia untuk pulang dengan segera.

"Terima kasih Khalea . I'm depending on you" Terus dia bergerak keluar dari pejabat tergesa-gesa.

Khalea tersenyum dan menyambung kerjanya.

Tingg

Bunyi notifikasi phone membuat dia menoleh. Email dari Kak Ralita. Tahu akan inti dari pesanan, Khalea tetap fokus untuk menyiapkan kerjanya . Yelah takkan nak buat kerja orang kerja sendiri terbengkalai.

Jam menunjukkan pukul 4:30 petang. Khalea baru saja lepas menyiapkan kerjanya. Lenguh dibadan dibiarkan, email yang dikirim dibuka pantas.

Terkejut chimpanzee Khalea

"Whats! Sepuluh ribu patah perkataan?!" mata bula dia kian membesar.

"Whats! baru dua ribu lima ratus patah perkataan! mampus aku" naik turun dada menahan debaran.

"Aku ingat lagi sikit, macam mana nak siap sebelum pukul lima, haih. Memang OT lah" panjang bebelan Khalea yang hanya didengari telinganya sendiri.

Terus telefon diambil dan dilihat sekiranya LRT masih berjalan selepas pukul 10 malam.

"Oh LRT ada lagi, takpelah rehat dulu, makan, solat dan baru sambung kerja" monolog Khalea dalam hati.

Pesana dihantar di group rumah beritahu yang dia akan balik lewat harini. Maklumlah sebelum ni tak pernah balik lewat risau housematenya report polis je.

    Tepat pukul 6 petang, Khalea memulakan kerjanya meneruskan legacy report Kak Ralita. Semua information telah tersedia hanya perlu conclude kan semua bahagian.

Terdengar mudah tapi sebenarnya tidak! Banyak yang dia perlu baca sebelum dicampak kedalam report.

Melihat sekeliling hampir kosong semua orang dah balik kecuali bilik Director. Kepalanya terdongak cuba untuk mengintai gerangan dalam bilik tersebut. Dia tak pernah nampak mahupun bertembung.

"Takpelah atleast ada peneman takdelah aku takut sorang-sorang" cuba Khalea tenangkan perasaan sendiri.

Azan magrib berkumandang terus Khalea menoleh ke bahagian patah perkataan. 6057 yang tertera membuatkan Khalea tersenyum.

Khalea bangun dan menuju ke bilik solat untuk menunaikan fardu magrib pada masa yang sama merehatkan badan dan minda dari semua perkataan yang perlu dia baca. Hampir termuntah dibuatnya.

Selesai sahaja solat magrib, meja dituju dengan sisa kantuk yang masih ada. Alarm phone diset pukul 8:00 sebelum kepala di letakkan di atas meja dan terus belayar.

    Pintu di tolak bersama wajah yang sedikit berkerut pelik. Lampu pejabat yang masih cerah menandakan masih ada staffnya yang belum pulang.

Jam ditangan menunjukkan pukul 9:30 malam. Sudah lewat.

Dia menjenguk ke setiap kawasan sehingga matanya tertumpu ke arah staff perempuan yang sedang tidur berlapis fail. Tanpa berfikir terus meja itu dituju. Komputer yang masih terang tidak menunjuk tanda-tanda akan pulang dalam masa terdekat.

Meja diketuk sekali.

"YA ALLAHH" dalam keadaan mamai, Khalea terkejut dengar bunyi mejanya diketuk. "Siapa yang ketuk?" fikirnya sambil menoleh kebelakang. Makin terkejut dia apabila wajah lelaki terpampang di kornea matanya.

Staff lelaki itu hanya memerhati tingkah laku Khalea yang terkejut dan mula menjauhkan diri daripadanya. Comel.

"Eh dah pukul berapa ni, astagfirullahalazim aku tertidur sampai 9:30" tanpa menghiraukan staff tersebut dia terus menyambung kerjanya. Sebenarnya hampir menangis dia disitu kerana dia tahu tak mungkin report itu siap sebelum 10 malam.

"I'm sorry but who are you?" tegur staff lelaki itu

Tanpa menoleh Khalea membalas malas "Saya intern dekat sini".

"Intern, I see. Interesting"

Buat tidak tahu Khalea meneruskan kerjanya. "Apa yang interesting entah aku tak tahu lah mamat ni, berambus boleh tak orang nak buat kerja pun tak senang" marah Khalea hanya mampu didalam hati.

"Enough with your work, you should go back now" tegas suaranya memerintah Khalea.

"Maaf tapi kerja saya belum siap, dah siap nanti saya balik. Awak boleh balik dulu" masih dengan dirinya yang tidak memandang lelaki tersebut.

"Thats not your work, are they? Intern are not supposed to do reports. And when you talk, do look at me" bahu Khalea disentuh memberi amaran supaya Khalea menolehkan pandangan.

Khalea menoleh dan menolak tangan yang berada dibahu dengan kasar. Melihat raut wajah staff lelaki itu yang nampak terkejut dan tersenyum sinis membuatkan Khalea mula takut dan ingin bergegas pulang tetapi kerja Kak Ralita masih belum siap.

Komputer menjadi sasaran, hati semakin gusar. Pejabat yang sunyi membuatkan dia semakin berdebar.

"I'm so sorry but who are you even? Saya tak kenal dan tak pernah nampak awak sebelum ini, Tapi! sangat kurang ajar untuk sentuh perempuan sesuka hati awak" sedaya upada Khalea menahan ketaran untuk meluahkan apa yang dia rasa.

"Hakeem Rafei, that's my name. I'm pretty sure you must have heard it somewhere" tangannya mula memegang kerusi milik khalea.

─── ⋆⋅☆⋅ ──

KALAU TAK BEST BAGITAU SAYA
KALAU BEST BAGITAU ORANG

˶ᵔ ᵕ ᵔ˶
To be Continued

Ur The Dream | cWhere stories live. Discover now