"Tak nak balik pada you, mahupun beri Dr. Alfie peluang. Kami berhubung, tapi sebagai kawan. Sama juga kita. Berhubung, tapi sebagai bekas kekasih yang masih berkawan. Tapi untuk kembali pada kehidupan cinta, I belum mampu."

Dia hela berat nafasnya sehingga terdengar aura sebak disitu. "You buang I macam I sampah dua tahun lepas. Depan cafe tu. Tanpa rasa bersalah, you tinggalkan I tepi jalan dalam keadaan hujan lebat ribut petir sambar menyambar langit."

Suaranya mula bergetar kuat. Emosi mencengkam seluruh tingkahnya. Semuanya mula berubah di luar kawalan.

"Y...you..." Cecair hangat yang sudah tidak tahan bertakung lama di tubir mata mula menitis perlahan, lembut jatuh ke pipi putih kemerahannya.

"You... Buat I macam mainan. Ibu dengan abah cakap I letak harapan. Diorang cakap I tak layak untuk you. Ibu dengan abah sendiri down kan I. I sakit masa tu, tak apa siapa peduli." Dia luahkan semua yang terbuku jauh di sudut hati selama ini.

"I bukan murah you boleh ambil bila mahu buang bila sudah bosan." Dia kesat pipinya lagi. Tangan mula mencengkam kuat dadanya. "I ada hati dan perasaan. Kisah you dengan Evelyn siang tadi, buat I rasa I terlalu berharap yang you masih ikhlas dengan I. Kalau you mahukan Evelyn tu kembali pada you, silakan. Dengan cara tu, I akan terima semuanya."

Langkahnya terus diatur laju masuk ke perkarangan apartment mereka. Essac masih sentap berdiri kaku tanpa mampu berkata apa-apa. Dalam tidak sedar, dia sudah guris hati Nedine lebih daripada apa yang disangka.

•••••••••••••••••••••

"Astaghfirullahalazim... You kenapa menangis ni? You ok tak? Sesiapa ganggu you ke? Bukan you keluar dengan Dr. Alfie?"

Dura lekas menarik Nedinena yang teresak-esak menangis ke dalam pelukannya. "Dia ego. Dia selalu tak faham. Dia buat semua ni macam mainan untuk curi hati I balik. Dia tak pernah tahu yang I sakit.."

Beria dia melepaskan rasa sebal sedihnya itu. Dura faham siapa yang Nedine maksudkan. Dia juga naik sebal. Berani ya Essac Damien anak Tan Sri Danish tu buat rakannya menangis begini?

"Tunggu sini."

Dia tarik Nedine duduk di kerusi yang ada di island table dapur.

Plak!

Pintu dibuka geram. Tepat pula tu orang yang dicari-cari berada di hadapan mata. "Sini pun you! Eh, apa you buat dekat bestfriend I sampai dia menangis?"

Essac lekas menjenguk ke dalam saat pintu yang dibuka Dura masih tersisa sedikit. "Eh, I tanya ni!" Dia membentak kasar.

"N.. Nedine masih menangis lagi?" Soalnya. Dura lepaskan keluhan berat. "Apa you buat? You sentuh dia ke?!" Makin meninggi suaranya.

Situasi mereka agak tegang sehinggalah derapan tapak kasut seseorang yang baru keluar dari dalam lift kedengaran.

Ghaze.

"Kenapa kat luar ni? Ada apa-apa ke?" Dia menyoal pelik memandang silih berganti rakannya dan wanita di hadapan Essac itu.

Dia yang mengenakan pakaian santai untuk musim sejuk memegang alatan melukis di tangan kanan bersama beg sandang berwarna hitam tersandang kemas di bahu kiri.

Essac kaget. Reaksi marah Dura seolah lekas berubah tenang. Dia tidak lontarkan sebarang amarah lagi sebaik Ghaze muncul. Pelik.

Dura kelihatan seperti tidak selesa. Lekas-lekas dia tolak kembali daun pintu dan meloloskan diri ke dalam rumah. Niat hendak mengamuknya, tergendala akibat kehadiran Ghaze di luar.

Essac garu kepala. Silih berganti memandang Ghaze yang kini sudah berada di sisi dan pintu unit apartment sewa Nedinena dan Dura.

"Kau buat apa?" Ghaze tiba-tiba menyoal Essac. "Aku yang patut tanya kau. Kau buat apa?" Ghaze kerut dahi saat Essac ajukan soalan begitu.

"B..buat apa?" Soalnya semula. "Kenapa dia lari bila nampak kau?" Soal Essac keliru. "Mana ada lari, dia jalan masuk dalamlah. Bukan lari."

"Adoi!" Ghaze gosok kepalanya yang baru diketuk Essac. "Bengap simpan boleh? Kau tahu maksud aku kan?" Ghaze angkat bahu konon tidak memahami.

Sebelum Essac menyoal, dia lekas tukar topik. "K..kau buat apa depan rumah diorang ni?"

"A..aku.. Aku buat Nedine menangis." Balasnya. Ghaze tepuk dahi dengan jawapan itu. "Kau ni memang! Nak pujuk tapi sampai menangis dia! Apalah! Sudahlah, masuk! Besok baru kau pujuk balik, sekarang dah malam." Ajak Ghaze.

"Eh, tapi... Pasal Dura... Kenapa dia lari bila nampak kau?" Essac terus keliru. Ghaze berlalu ke arah pintu rumah mereka terlebih dahulu. "Kan aku dah kata dia berjalan tak berlari."

"Ghaze! Aku serius ni!"

"Aku pun!"

"Eh, dari kau mengarut pasal Dura lari walaupun dia berjalan masuk, apa kata kau fikir macam mana nak pujuk Nedine? Dia menangis kenapa? Kau buat apa?" Sambil kod pintu dimasukkan, dia sibuk bertanyakan itu pada rakannya. Bukan apa, dia tidak mahu Essac terus bertanya tentang hal Dura.

"A...aku... Hachoo!" Baru dia hendak menjawab, bersin kuat yang menjadi jawapan dulu. Ghaze kerut kening. Tangan diletakkan di atas permukaan dahi rakannya itu. Matanya sempat membundar sebelum Essac tepis tangannya.

"Kau demam ke? Panasnya badan." Essac laju menggeleng kepala. "Ubat dah makan? Mana ubat?" Ghaze sengaja menyoal tentang ubat. Ya, tepat sangkaannya saat dia menjenguk ke dalam bakul sampah. Sepapan ubat demam sudah pun selamat mendarat dalam bakul sampah bersebelahan pintu mereka.








   BERSAMBUNG...

Essac ni nak Nedine yang bagi ubat ni... Tapi... Member dah menangis tu? Macam mana hurmmm😌


11 HOURS TO BOSTON ✓जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें