11 Hours To Boston: Bab 10

2.6K 110 2
                                    

Essac yang tadinya murung dan kelihatan gelisah, kini berubah secara tiba-tiba

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Essac yang tadinya murung dan kelihatan gelisah, kini berubah secara tiba-tiba. Wajahnya yang tadi masam mencuka, kian menampakkan seri wajah ceria.

"Nedine!" Teruja suaranya kedengaran. "Apa you buat kat sini? You stalk kitorang eh?" Dura menuduh. Essac angkat tangan tanda tidak, kepala turut digelengkan.

"Mana ada." Balasnya. Sementara itu, senyuman gembira tidak lekang dari bibirnya. Nedinena teguk air liur beberapa kali. Kata-kata Essac semasa di lapangan terbang tadi, kembali terngiang di telinganya.

"I hate it.. don't ignore when I called you dear.. let's bet, you said, this is our last meeting, but, if after this, we're destined to meet each other again, I'll consider one thing for sure.."

"I'll believe that you're my soulmate. For real ms. stewardess."

Nedine membisu. Lihat senyuman di bibir Essac, buatkan dia rasa geram. Mesti Essac seronok kerana mereka terjumpa lagi. Ugghh!

"You senyum-senyum kenapa? Baik you mengaku, you stalk Nedine kan?" Lagi sekali Dura menuduh menyebabkan Essac terus geleng kepalanya.

"Mana ada!" Dia nafikan. "Habis macam mana you boleh ada dekat sini?" Soal Dura sambil jari telunjuknya tepat ditunjukkan ke arah wajah jejaka di hadapannya itu.

"Rumah I kat sini! I beli apartment ni dua tahun lepas! Clear?" Ghaze dan Alvin, mula mendekati mereka saat perasan yang situasi di sana mula tegang. Kini, Dura terus diam membisu.

Macam mana pula dia boleh sewa apartment yang sama dengan Essac? Ugghh! Bencinya.

"B..eli? Means, you live here?" Soalan dari Nedinena, akhirnya mula kedengaran. Essac pandang wajah anggun milik bekas teman wanitanya itu.

Dia angguk. "Kuat jodoh kita kan?" Dia jongket sebelah kening. Saja mengusik Nedinena. Alvin dan Ghaze saling berpandangan, lalu mereka menggeleng kepala sesama sendiri.

Tadi bukan main bad mood, jumpa buah hati, terus senyum lebar sampai telinga. Memangnya lah si Essac ni.

Nedinena mencemberutkan wajah. "Jodoh apa? Tak adanya eh! You jangan nak macam-macam." Dia silang tangan ke dada. Mata terus dibiarkan menjeling jejaka di hadapannya.

Essac ketawa kecil dengan reaksi itu. "Kan I dah kata, kalau kita jumpa lagi, jodoh kita kuat.." dia menunduk sedikit bagi menyamakan kedudukannya dengan Nedine. Makin cemberut wajah itu.

"Shut up!" Bentaknya sedikit kasar. "Betullah agaknya, memang kuat jodoh kita." Ghaze mula bersuara. Dia lontarkan ayat itu pada Dura. Namun, saat pramugari itu menjelingnya kasar, dia mencebik. Nak ngorat pun tak boleh. Heh.

"Apa jodoh? You semua, jangan nak macam-macam! Dah Nedine, jom!" Dia tarik lengan rakannya itu, Nedine membuntuti sahaja.

Essac masih tersengih sendiri. Barulah nampak seri gembira dia tu. "Dear! Apartment you nombor berapa?" Sempat dia mengusik Nedinena dengan melontarkan kuat soalan itu.

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now