11 Hours To Boston: Bab 37

1.8K 80 2
                                    

Kepala terasa berdenyut kuat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kepala terasa berdenyut kuat. Mata cuba dicelikkan beberapa kali, sehinggalah pandangan menjadi benar-benar jelas, barulah dia cuba pandang sekeliling.

Dia agak kaget. Saat matanya tertancap ke arah sisi kiri, bibir pucat itu, sedia membentuk segaris senyuman bahagia. Nedine yang sedang terlentok tidur di birai katilnya, sangat comel dipandang mata.

Sekejap, Nedine jaga dia?

Jadi... Hal tadi bukan mimpi? Ingatnya, dia cuma mimpi yang Nedine suap dia makan dan paksa dia telan ubat. Rupanya... Benar? Oh, Tuhan, bahagianya hati.

Tapi sekejap... Kalau itu bukan mimpi, maknanya, dia... Betul-betul dah telan ubat? Eww, tiba-tiba rasa ingin muntah. Tetapi, disebabkan Nedinena, tidak apalah, dia sanggup. Err.. drama sungguh dia.

Hembusan nafasnya yang berbunyi agak kasar, buatkan Nedine tersedar dari lenanya. "Eh, you dah bangun ke? Sorry, I tertidur.." Sambil dia kembali menegakkan posisi badan, mata ngantuknya, digisai beberapa kali.

Essac lagi sekali membentuk senyum. Bibir pucatnya menunjukkan yang dia sangat gembira Nedine benar-benar di sini menjaganya.

"I'm the one who should say sorry.. I didn't mean to wake you up.. are you okay? You look tired.." Sambil mulut terus berbicara, dia cuba bangun dari pembaringannya, Nedine segera membantu apabila melihat Essac gagal untuk menyandarkan tubuh pada kepala katil.

"No, I'm fine.. I should ask you, if you're okay? You demam sampai suhu panas sangat. Last I cek tadi, suhu you cecah 40 degrees.." Essac tersengih kecil. Kepala yang masih terasa bahangnya, digaru.

"Sorry I susahkan you. T..tapi, betul ke.. y..you yang jaga I? I tak mimpi kan?" Melihat sikap polos itu, mula kelihatan, Nedine tersengih. Namun, dia biarkan itu tergantung, sengaja tidak mahu menjawab. Gila nak mengaku dia jaga Essac dengan begitu prihatin, siap pujuk menenangkan jejaka itu semasa dia mimpi tadi, sudah tentulah tidak. Runtuh egois dia.

"You dah ok?" Esac bawa telapak tangan ke dahi sendiri. "Ok je." Ringkas. Namun, itu tidak memuaskan bagi Nedine. Dia ambil pemeriksa suhu yang terletak di dalam laci meja sisi katil Essac.

Segera pemeriksa suhu itu disumbat ke dalam mulut jejaka di hadapannya itu. Tidak sempat Essac ingin menghalang, pemeriksa suhu itu, sudah pun berada dalam mulutnya.

Dia menjeling Nedine. Sebal hatinya. Main sumbat saja.

••••••••••••••••••••••

Hidung merahnya digisai beberapa kali. Untuk seketika, dia memejamkan mata yang terasa berat dan sering ingin tertutup.

Tiba-tiba, pemeriksa suhu, mula berbunyi. Segera dia membuka mata saat terasa, pemeriksa suhu itu, sudah ditarik Nedinena dari mulutnya.

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now