11 Hours To Boston: Bab 26

1.7K 79 7
                                    

Hening

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hening. Keheningan terus memecah situasi antara mereka. Tiada siapa yang ingin membuka bicara sedari tadi. Mata masing-masing sibuk difokuskan dengan salju putih berseri yang turun dari dada langit pada petang ini.

"Hachoo!"

Bersin kecil yang terhambur keluar oleh wanita di sisi buatkan dia memaling wajah ke sana. Dura demam lagi? Dia belum sihatkah?

Dalam tidak sedar dia tanggalkan winter coat miliknya bersama dengan winter scarf yang membaluti leher. Kedua-dua barang miliknya itu diserahkan pada Dura.

Winter coat dibalut ke tubuh kecil wanita di sisinya. Manakala, winter scarf yang agak tebal itu pula, terus dibalut ke leher putihnya sama.

"A..apa.." Belum sempat wanita itu hendak menyoal apa-apa, Ghaze sudah kembali melabuhkan duduk di kerusi tadi. Matanya kembali fokus ke hadapan. Aura tegang dapat Dura rasakan.

Dia menunduk.

Sesaat kemudian, seorang pelayan cafe, datang menghidangkan air yang dipesan. Entah mengapa, Dura rasa, Ghaze sedang perlahan-lahan membencinya. Betul sangkaannya. Ghaze cuma mahu dia, tetapi itu saat dia dianggap suci. Tidak apabila rahsia bodohnya terbongkar.

"G...Ghaze... I..." Tidak sempat dia ingin kembali berbicara, jejaka itu pusingkan badan menghadapnya. Dia kaku. Dia kelu. Dia juga buntu. Hendak teruskan... Atau...

"Mana anak you sekarang?"

Dura terus tundukkan lagi kepalanya. Hati bagai ditusuk tajam sekali dengan tombak besi. "Dura... I tanya, mana you tinggalkan anak you?"

Soalan itu tidak sekasar tadi. Dia dapat dengar kelembutan yang masih terselit, lekas rasa berani muncul kembali untuk dia terus angkat wajah dan pandang jejaka itu.

"I..I.. tinggalkan dia di rumah anak yatim. Rumah tu, milik mak saudara I." Jelasnya dengan tubir mata yang mula terasa hangat. Dia rasa malu. Dia rasa jijik. Jijik dengan dirinya sendiri.

"Astaghfirullahalazim, kenapa buat dia macam tu? Dia masih ada ibu. Dia tak berdosa Dura. Tak selayaknya you letak dia di tempat anak-anak yatim. You buang anak you ke?"

Suara Ghaze naik seoktaf. Memikirkan keadaan anak kecil yang tidak berdosa itu terpaksa tinggal di rumah anak yatim sedangkan ibunya berseronok terbang ke Kota Boston, dia rasa sakit. Sanggup Dura.

"I pun sudah dibuang keluarga. Semua sebab Estela." Ghaze agak terkejut dengan pengakuan pertama. Namun, saat Dura lontarkan ayat keduanya, dia mengeluh.

"Dura..."

Dura pandang jejaka itu. Kedua mata hitam berkilat mereka saling menatapi satu sama lain. Dura? Nampaknya, panggilan 'cik' tidak digunakan lagi. Sejak bila Ghaze begitu selesa dengan dia?

"Itu... Bukan silap atau salah Estela. Dia cuma benih yang tidak berdosa..." Tidak sempat Ghaze ingin menyambung, wanita itu sudah potong percakapannya dulu.

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now