11 Hours To Boston: Bab 55

1.8K 90 12
                                    

"Alhamdulillah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Alhamdulillah.. sedap lauk ni, thank you Kak Airis, Kak Qiura masakkan makanan malam ni." Nedine yang sudah selesai menjamah seleranya kian mengucapkan terima kasih.

Qiura juga Airis sekadar senyum sambil membalas ucapan terima kasih itu. Nedine memerhati, Eric kelihatan begitu sibuk melayan anaknya, Alma, begitu juga Airis, sesekali keluarga kecil itu, bergurau senda. Mereka terlihat sungguh bahagia.

Manakala Qiura, sedari tadi, dia yang mendukung Dhaffa, anak bongsunya, disuap makan oleh Edwis. Daisy dan Dhafiqi yang duduk bersebelahan mama mereka, sesekali mengusik adik kecil mereka sesambil menjamah selera.

Nedine tersenyum nipis. Comel betul semua dengan keluarga masing-masing. Kecuali... Edward. Lelaki itu, sibuk melayan kerenah anaknya. Walaupun di luar dia kelihatan baik dan mampu melakukan apa saja, entah mengapa Nedine dapat rasakan, jauh di sudut hati Edward, dia pasti merasa sunyi.

"Nedine.. tak nak tambah lagi?" Tan Sri Danish saja berbasa-basi. Nedine sudah makan banyak sejak tadi. Dia pun sudah kenyang.

"Tak apa uncle.. kenyang dah ni." Balasnya dengan sopan. Mata Nedine terfokus ke arah satu bingkai gambar seluruh keluarga Essac. Di dalam gambar tersebut, ada gambar adik bongsu mereka. Erica.

Dari Boston, hingga Malaysia, Nedine masih tidak dapat mengetahui kisah sebenar tentang apa yang berlaku pada Erica. Setiap kali dia buka cerita itu, Essac akan berubah murung, jadi.. dia segan hendak sibuk bertanya kisah disebalik kehilangan Erica.

"Nedine.. you ok tak? Mama tanya tu." Lamunannya terhenti saat Essac menegur. Dia alihkan pandangan ke arah Puan Sri Emelda. "Y..ya?" Soalnya terpinga-pinga.

"Tak adalah apa.. aunty tanya, nak balik naik apa kejap lagi? Essac hantarkan ke?" Soal wanita separuh umur itu. "Eh, tak pe.. Nedine boleh order grab.. kesian Essac nak drive, dah lewat ni." Dia menolak.

"Eh, I ambil you, I lah kena hantar. Nanti kalau apa-apa jadi macam mana?" Essac membantah. Nedine tidak sempat hendak menyahut, Tan Sri Danish sudah menyokong pernyataan anaknya. "Iye, betul tu. Dah lewat ni, tak elok Nedine balik sendiri."

Nedine sekadar tersenyum. Ibu... abah... tidak pernah kisah pun pasal dia begini. Bisiknya sendiri.

"Nedine pramugari kan? Kerja bawah syarikat Turkish Airlines? Dah lama kerja?" Qiura saja bertanya.

"Lama dah. Sejak umur 19 tahun." Mereka semua mengangguk. "Seronok kan jadi pramugari? Mesti boleh travel sana sini." Puan Sri Emelda pula kian campur berborak.

"Seronoklah juga. Tapi tulah, masa terbang pergi Boston haritu, boleh pula ada monyet tersesat dalam kapal terbang. Seat dia tertukar."

Essac yang mendengar itu mengerutkan dahi. Monyet?

"Monyet? Seat tertukar? You cakap..." Tidak sempat Essac hendak bercakap, Edwis memotong percakapannya.

"Monyet pun boleh naik kapal ke sekarang?" Soalnya. Qiura ketawa. Sebenarnya, Qiura sudah boleh tangkap tentang monyet yang dimaksudkan Nedinena.

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now