11 Hours To Boston: Bab 51

1.7K 80 4
                                    

"Alvin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Alvin... Dah, ramai orang ni, buat malu.." Ghaze cuba melarang Alvin berkali-kali tetapi tetap tiada hasil. Macam terbalik pula. Rasanya dia yang hendak mulakan perlawanan MMA dengan Ghazwan. Macam Alvin pula yang mahu gantikan dia.

"Kau pahal gila?" Saat Ghazwan sudah naik berang, dia menjerkah Essac.

"Kau la pahal?! Kau tepis Cik Sandwic
aku kut!" Alvin sudah semakin kuat mencengkam kolar baju lelaki di hadapannya itu.

"Cik Sandwic? Kepala hotak kau!"

Hilang sabarnya. Tangan yang sudah digenggam diangkat, hampir-hampir saja penumbuk hinggap ke wajah Ghazwan, Ghaze menarik Alvin menghalang dari pertumpahan darah tercetus di sini.

Saat ini, sudah ramai mata-mata yang memerhati ke arah mereka. Ada yang mengambil gambar dan merakam video. Tidak lain dan tidak bukan kerana mereka kenal siapa Ghaze dan Ghazwan. Anak kepada Tengku Imtiyaz Ghazali, usahawan terkenal di seluruh Malaysia.

"Alvin sudah!"

Malah, saat tangan Alvin dihayun, Ghaze yang berdiri di hadapannya. Entah bagaimana tersilap cara,

Buk!

Penumbuknya, hinggap tepat ke wajah Ghaze. Bibir dan hidungnya pecah serta cecair merah mula mengalir. Bahagian sisi mata turut menerima kesan, sedikit biru di kawasan itu. Terbukti, Alvin sebenarnya boleh tahan kuat.

Ghaze terus terduduk di permukaan lantai restoran tersebut. Kerusi dan meja di belakangnya tidak sengaja dirempuh. Tangan sasa itu mula menekap lekas darah yang mengalir.

Alvin terkedu. Dia kaget dengan apa yang baru terjadi. Sumpah! Dia tiada niat hendak cederakan Ghaze.

Dia pandang Ghazwan yang mula tersengih sinis. "Kawan makan kawan ke?" Dia tertawa jahat.

"Ey kau ni!" Belum sempat Alvin hendak berbuat apa-apa, Ghaze lekas kembali berdiri dalam keadaan sama, tangan masih menekap separa bahagian wajahnya yang bengkak dan berdarah.

"Sudah!" Dalam masa beberapa saat, mereka sudah pun meninggalkan restoran itu.

Kereta BMW X6 berwarna turquoise milik Edward meluncur laju masuk ke perkarangan rumah agam milik Tan Sri Danish.

Essac di sisi yang duduk meriba anak buahnya, Clara mula tersenyum melihat dia akhirnya tiba kembali di rumah.

Handbrake ditarik. Kereta berhenti sepenuhnya. Saat Edward membuka pintu, Clara sempat berlari ke arah daddynya dan meminta dukung untuk turunkan tubuh kecilnya dari kereta. Nampak dia juga teruja hendak masuk ke dalam.

Langkah demi langkah akhirnya mereka sampai ke hadapan pintu. Loceng ditekan beberapa kali.

"Assalamualaikum..." Essac memberi salam hampir tiga kali, akhirnya pintu terbuka luas oleh seorang wanita separuh usia yang elegan dan begitu menawan. Puan Sri Emelda.

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now