11 Hours To Boston: Bab 3

2.9K 138 5
                                    

          Dia seperti orang bodoh berdiri di tengah-tengah laluan cabin business class itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Dia seperti orang bodoh berdiri di tengah-tengah laluan cabin business class itu. Kepala digaru beberapa kali. Aduh, Nedinena dah tinggalkan dia, macam mana nak cari seat?

Seat business class ini makin lama makin penuh. Lihat dari gaya, rasanya, lelaki Rusia yang duduk di seatnya tadi, tidak mahu berganjak.

Hendak dia halau, tidak boleh juga, sudah memang nombor seat mereka sama. Ini kes double seat gamaknya. Dia melepaskan keluhan.

Akhirnya, dia paksa diri untuk mengalah. Kelibat bekas teman wanitanya yang sudah hilang dari pandangan tadi, kian muncul kembali.

Sebaik dia melangkah ke cabin anak kapal itu, dia ditegur oleh seorang pramugari. Ya. Dura. Pramugari yang menyambutnya masuk tadi.

"Encik? Kenapa encik belum duduk? Kita dah nak fly, tunggu arahan nak lock door je ni." Soal Dura dengan ramah.

Essac garu kepala. Baru dia hendak menjawab pertanyaan itu, "Dura... Captain said..." Suara lembut yang menyapa itu, terus tidak kedengaran lagi.

Essac mula menjeling. Begitu juga Nedinena yang menegur tadi. Dia sudah nampak bekas teman wanitanya itu, dia baru hendak menegurnya meminta tolong secara elok, tapi sudah ditegur oleh pramugari bernama Dura itu, dia batalkan niatnya hendak meminta tolong Nedinena.

"Apa lagi you nak?" Kasar, juga dingin. Dura mengerut dahi. Bahu rakan baiknya itu dicubit. "Passenger tu, cakap lah baik-baik, apa you ni?" Dia bebel secara berbisik. Sekali sekala senyuman segan dia lemparkan pada penumpang tampan di hadapan dia dan Nedinena.

"Passenger tak passenger, ex-boyfriend tetap ex-boyfriend!" Dia balas, juga secara berbisik. Membulat mata Dura mendengar itu. Bekas teman lelaki Nedinena?

Bermakna lelaki di hadapannya ini, "Are you, Essac Damien?" Soalnya sangat terkejut. Essac angguk mesra.

Malah, dibalas jelingan dari pramugari di hadapannya itu. Apa? Memang semua pramugari penerbangan ini anti dengan diakah?

"Ooo, patutlah I macam kenal you, orang yang dah hancurkan hati bestfriend I rupanya! Dasar Mr. Heartbreaker!" Dia tepis dada bidang itu buatkan Essac hilang keseimbangan badan.

"You ni! Apa yang you buat kat sini? Nak sakitkan Nedine lagi? Hell no! Baik you berambus, sebelum I..."

Baru dia hendak mengamuk memaki Essac, Nedinena tarik rakannya kebelakang. Kalau biar Dura ni marah Essac, tak pasal-pasal cuti lima bulan mereka yang baru lulus itu nanti, ditarik semula.

"Asal you yang emotional damage ni? Tu ex-boyfriend I. Jangan mengamuk lebih, kena tarik cuti kita nanti kalau orang nampak kita layan passenger macam ni!"

Dia mengomel terhadap rakannya. Dura jeling Essac yang masih terkebil-kebil. "Ok! But, kalau dia kacau you, bagitahu I. Biar I campak dia keluar tingkap kapal kejap lagi!"

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now