Tanpa sebarang kata, Muqris menarik pinggan aku. Dia menghabiskan makanan aku tanpa rungutan.

Aku leka melihat Muqris makan. Bagaimana agaknya kalau aku terima Muqris dalam hidup aku? Mampukah dia untuk membimbing aku? Dan aku pula, mampukah aku untuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri?

"Tapi, saya ada satu soalan untuk awak. "Aku ingin mengujinya. Apa? Ingat aku kata setuju terus 'jalan' ke jinjang pelamin ke?

Muqris membetulkan posisi duduknya. Bersedia untuk menjawab soalan.

"Awak ikhlas kahwin dengan saya? Even though I'm not a virgin?"

Muqris diam. Air teh ais aku dirembat. Diminum dengan selamba. "لقد تزوجتك بسبب الله"

Terkejut. Aku tak menjangka jawapan itu akan terkeluar dari mulutnya. Pipiku terasa hangat.

"Nanti aku tak ada untuk jangka masa yang agak panjang. Kau siapkan barang untuk kahwin. Kalau ada perkara yang kau tak dapat nak siapkan, tinggal. Biar aku settlekan. "Muqris membuka beg dompetnya. Dihulurkan kad kredit.

"Wow! Barang kahwin? Saya tak bagi jawapan lagi. "sinisku. Belum bagi jawapan, dah suruh beli barang kahwin. Jangan sampai ada kes pengantin perempuan lari sehari sebelum hari perkahwinan.

"Keluarga kita dah tetapkan semuanya kecuali tarikh, mas kahwin dan hantaran. "

BUK!

Geram punya pasal, kaki Muqris menjadi mangsa. Muka Muqris jangan cakaplah. Merah akibat menahan sakit. Cakap satu -satu lagi kan dah mendapat. Semua orang dah tahu kecuali aku?! Kelakar. Pengantin sendiri tak tahu dia akan kahwin. Ibu bapa Muqris pun aku belum jumpa.

"Awak buat keputusan sesuka hati awak, Muqris. I take your credit card as a compensation. "Kad kreditnya di tangan aku. Habis duitnya dalam bank dikerjakan oleh aku. Biar dia rasakan!

Muqris mengangkat bahunya. Tak kisah.

"Ambil lah. Esok lusa, semua tu jadi hak kau jugak. "

Aku tak kisah pasal hak barang -barang dia bakal menjadi hak aku. Yang aku kisah sekarang ni, aku akan menjadi haknya. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Muqris membuat keputusan tanpa bertanya kepada aku terlebih dahulu. Jujur, aku memang tak puas hati.

Kalau dia boleh buat keputusan tanpa meminta persetujuan aku, jadi aku akan buat perkara yang sama.

Kaca mata hitam yang hampir melorot jatuh ditolak ke batang hidung. Kotak hadiah yang berbungkus cantik aku letakkan di tempat duduk belakang.

Bunyi yang menandakan ada panggilan masuk. Butang hijau dislide ke tepi.

"Yes sister? How can I help you?"

"Adik datang ke tak majlis kahwin Isha ni? "tanya kakak.

Farisha atau Isha ialah sepupu aku di sebelah ibu. Nak katakan rapat... Boleh sangat! Sampai bertepuk tampar. Hari ini berlangsungnya majlis perkahwinan pihak perempuan. Sudah tentu aku dijemput sebagai sepupu rapat.

"Datang. Baru nak on the way. "Aku bergerak masuk ke dalam kereta.

"Tak apalah kalau macam tu. Bawak kereta elok -elok. "Sempat kakak menyelitkan pesanan sebelum panggilan diletak.

Nampak gayanya aku kena menyediakan jawapan yang kebiasaannya akan ditanya. Bila nak kahwin. Dah berpunya belum. Orang mana. Umur berapa. Sudah! Bukan setakat hari raya menghadap soalan macam ni, pergi mana -mana kenduri pun sama! Kena menghadap mak cik onion yang tak bertauliah.

Setibanya aku di hotel, tempat di mana berlangsungnya majlis perkahwinan Isha aku berjalan masuk ke dalam sambil membawa hadiah. Bukan calang -calang orang juga suami si Isha sampai boleh buat di hotel.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now