Berkerut geli terus wajah Nufa. Telinga rapat ditutup kembali. Tajam mana memandang Nadhif.

"G.I.L.A! Gila!" Selamba Nufa gilakan Nadhif, buat tawa besar Nadhif meletus lagi.

"Gilakan kau, My Huwainaa." Perlahan Nadhif menutur. Tahu Nufa tak dengar sebab gadis itu hah sambil turunkan tangan mahu dengar semula.

"Apa kau cakap?" Nufa minta ulang.

Nadhif senyum senget. Rambut diraup ke belakang seraya kepala digeleng kecil.

"Malas aku nak mengulang." Kata Nadhif mudah.

Nufa mencebik dan kembali berbaring. Badan dihadapkan ke arah Nadhif yang sedang membuka butang baju melayunya. Takde rasa mahu menolong. Biar Nadhif buat sendiri.

Nadhif pula sambil buka butang baju sambil pandang Nufa. Sembunyi senyum dia jadinya lihat mata Nufa yang tumpu pada tangannya.

Selesai, Nadhif buka pula simpulan samping. Pun sama, dia pandang Nufa, dan Nufa pandang tangannya.

Lorot jatuh samping, tangan Nadhif ambil dan sangkutkannya di kerusi. Pandang Nufa, gadis itu masih lagi memandangnya.

'Aih, lain macam dia ni.' Bisik hati Nadhif.

Tapi, apa nak hairan. Nufa lebih selamba daripada dia yang lelaki ini. Bila kita yang lelaki ini buka langkah dulu baru dia tahu malu.

Berdiri semula di hujung katil, Nadhif cekak pinggang. Nufa dipandang dan kening diangkat sedikit tanda bertanya apa dalam isyarat.

Nufa hanya geleng. Pandang Nadhif mahu datangkan lelap. Tup tup, lelap tak berkunjung, segar pula datang. Macam itu aje Nadhif hilangkan rasa ingin tidurnya.

"Tak nak tidur?" Soal Nadhif lembut.

Nufa geleng. Tangan dibawa melapik pipi kanannya. Nadhif dipandang kembali.

"Kalau macam tu, pergi lah cuci make-up dan buka tudung apa semua." Cadang Nadhif.

Nufa julingkan mata ke atas dan mengeluh kecil.

"Malaaasss." Panjang suara comel Nufa.

Nadhif pejam mata. Sekali lagi si Nufa Huwainaa ni.

Nak mengelak, terus Nufa pejam mata. Pura-pura tidur. Nadhif yang melihat terus geleng kecil.

Seketika, sunyi antara mereka. Masing-masing tenang. Namun seketika cuma tenang itu bila Nufa rasa bahagian katil atas kepalanya tiba-tiba ke bawah, tanda ada yang mengambil tempat di situ.

Buka mata, terkedu langsung Nufa bila wajah Nadhif betul-betul selari dengan wajahnya. Dada mula berdebar halus lihat wajah tanpa senyum itu.

Tapi, Nufa kekalkan tenang.

"Kenapa ni?" Soal Nufa.

Nadhif geleng kecil. Tanpa suara tiba-tiba tangan menyentuh kepala Nufa yang masih berbalut selendang. Kejung Nufa di situ dengan mata yang membulat pandang Nadhif.

"Hei, hei! Apa ni?" Laju tangan Nufa betgerak menepis sentuhan Nadhif. Namun, Nadhif lagi pantas menangkap tangan Nufa lalu diletakkan tangan itu kembali di sisi gadis itu.

"Serabut aku tengok kau yang malas ni. Duduk diam-diam." Arah Nadhif tanpa nada.

Nufa hanya mencebik. Mata dijulingkan sebelum tangan memeluk tubuh. Nadhif dipandang lurus kemudiannya.

Buat-buat berani kononnya. Tapi jantung dah berdup-dap laju. Tambah pula Nadhif lontarkan pandangan lembut bersama senyum halusnya.

Menunduk, rambut lembut Nadhif jatuh ke hadapan juga. Urgh! Tahan rasa Nufa nak melarikan jemarinya di celahan rambut itu.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Kde žijí příběhy. Začni objevovat