"Tssk.. manusia memang suka menghakimi manusia lain kan sir? Hanya disebabkan imej saya tak berapa nak baik macam orang lain, terus saya di cop penjenayah? Wah.. dunia, dunia..!"

Hanil hanya mampu memandang. Hakikatnya, apa yang diucapkan oleh Diaz benar belaka. Sikap seorang Diaz Raiden selama ini, menyokong setiap tuduhan yang dilemparkan. Orang-orang sekeliling tahu bagaimana perangai Diaz yang agak liar itu.

Sudah beberapa kali masuk balai polis. Terlibat dengan perkelahian. Jadi sukar untuk orang lain tidak menuduh Diaz.

Diaz dekatkan tubuhnya sambil merenung tepat anak mata pengetua kolej itu.

"Saya bukan orang yang baik hati sampaikan nak tanggung kesalahan orang lain, sir. Kalau saya kata saya tak buat, bermakna saya memang tak buat. Full stop."

Bingkas bangun, terus dia tinggalkan ruangan itu. Hanil masih terdiam. Termenung sendiri memikirkan setiap bait kata anak muda tadi. Dia sendiri juga serba salah sebenarnya. Sejak Ardi, salah seorang pelajar kolej Inca yang tanpa sengaja menjadi saksi pengedaran dadah yang juga memetik nama Diaz, pihak polis tak putus-putus berkunjung kesini.

Walaupun kali lepas Diaz sudah memberi keterangan, tetap jua namanya akan disebut semula apabila kes-kes dadah kedengaran lagi.

*****

Kakinya melangkah selamba menuju ke taman yang terdapat di kawasan kolej Inca setelah dia selesai ke tandas. Kelas pada waktu pertama tadi sudah berakhir dan sekarang mereka berpeluang untuk bersantai seketika sebelum kelas seterusnya bermula.

Tak sempat sampai ke destinasi, langkahnya sudah terhenti. Dari jauh dia memerhati sekumpulan pelajar yang duduk di sebuah meja. Qash, Laith dan Myra sedang membualkan sesuatu. Tidak semena-mena, Delilah bagai diketuk kesedaran yang muncul entah dari mana. Kesedaran yang membuatkan dia terasa kerdil dari semua orang yang berada disitu.

Dulu, dia pernah berada dalam lingkungan itu. Lingkungan yang dinamakan kawan-kawan. Tapi kerana kawan juga, dia hilang segalanya. Dan kini, dia rasa tak layak untuk menjadi sebahagian dari mereka. Dia tak sepatutnya berada disini. Dia.. layaknya hanya bersendirian.

Tanpa sedar, tangan membentuk penumbuk. Cuba menahan emosi yang berlumba-lumba meracun minda. Namun tetap saja, dia balikkan tubuh mahu berpatah balik. Saat itu juga matanya tanpa sengaja terpasak pada dua batang tubuh yang sedang berjalan di kaki lima.

Kawan-kawan Diaz!

Lantas kaki mengorak langkah menuju kearah mereka kerana dalam beberapa hari ini, dia langsung tidak terserempak dengan Diaz. Kebiasaannya Diaz sentiasa ada bersama dengan dua orang rakannya itu.

Tapi..

Delilah berhenti di tengah jalan. Otak pula ligat berfikir sementara dua orang jejaka tadi sudah jauh ke depan. Kalau ya pun dia nak jumpa Diaz, apa yang harus dia katakan nanti? Niatnya mula terbantut. Semakin teragak-agak dengan tindakannya kala ini.

Refleks dia mengeluh. Pusing tubuh ke belakang dan tiba-tiba..

"Delilah."

Pap!

"Arkk.." Terkejut dengan seseorang yang berada sangat dekat di belakangnya, tanpa sempat mengelak dahinya terhantuk pada dada insan itu.

Dongak saja kepala, wajah kacak Qash menyapa mata. Lagilah Delilah terperanjat. Entah sejak bila jejaka itu berada di belakangnya, sedangkan tadi dia tengok Qash duduk bersama Laith serta Myra.

"Tengok apa?" Tampang muka Qash relaks saja saat itu.

Delilah geleng laju tanda balasan.

"Habis tu? Kau patah balik kenapa?"

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now