"Ya D tahu.. D tak patut bercakap macam tu dekat Diaz. D minta maaf." Laju Delilah memintas. Mengerti arah tuju perbualan mamanya.

"D minta maaf dengan Diaz, bukan dengan mama. Kita tak tahu struggle orang macam mana D.. kata-kata D mungkin akan beri kesan yang besar pada Diaz. Mungkin Diaz tu cuma mangsa keadaan. Mungkin yang patut dipersalahkan itu adalah ibu dia. Kita tak tahu kehidupan orang, D.."

Terdiam Delilah. Sedar akan kesalahannya. Kerana terlalu ikutkan emosi, dia menghambur marah tanpa memikirkan kesannya.

"D janji D akan minta maaf dekat Diaz."

"Minta maaf dengan ikhlas, bukan sebab mama."
Nasihat Lea lagi. Dia tak salahkan Delilah. Namun dia juga tidak menyokong tindakan Delilah melontar kata-kata yang jelas menyakiti insan yang mendengar.

"Kenapa mama kahwin dengan uncle Am?"
Usul Delilah tiba-tiba. Riak wajah Lea berubah. Soalan apa yang sedang anaknya ini tanyakan?

"Do you really love him?"

Delilah menyoal lagi dengan nada yang sedikit bergetar. Sekeping hati mula berdebar menanti jawapan dari wanita itu. Selama ini dia tidak pernah tanyakan tentang perasaaan Lea terhadap Tuan Amza. Cuma, dia inginkan Lea bahagia.

Namun jika dua pihak tidak saling mencintai, adakah bahagia itu akan wujud?

"Kalau mama tak cinta, mama tak akan kahwin dengan uncle Am."

Mama menipu. Dia tahu wanita tidak berkata jujur dengannya.

"As much as your love towards papa?" Sakit rasa jiwanya saat melontar soalan itu. Separuh hati mengharapkan Lea untuk berkata tidak sedangkan separuh lagi hatinya, berharap agar Lea mengiyakan.

"Kenapa D tanya macam tu?" Lea hairan. Ini kali pertama Delilah menyebut tentang papanya setelah sekian lama berlalu.

"D rindu papa?"

Delilah senyap seketika. Tahan air mata yang tidak semena-mena mahu mengalir. Berat mulutnya hendak membalas.

Seakan mengerti perasaan si gadis, Lea terus bawa dia ke dalam pelukan.

"I'm sorry.. I'm sorry that you have to go through this. Mama bukan orang tua yang baik untuk D."

Anaknya tidak sepatutnya berada dalam situasi begini.

"You are the best mom for me, ma.. D minta maaf kalau selama ni D selalu buat mama berkorban untuk D." Delilah balas pelukan Lea. Setitis air matanya menitik, dia seka laju.

"Kenapa cakap macam tu.. kalau tak berkorban demi anak, itu bukan ibu namanya." Ucap Lea seraya mengusap belakang Delilah.

"If you missed him that much, you should try to call him."

"You know I can't. Even if I missed him so bad, semua tu sia-sia." Delilah lepaskan pelukan. Renung raut wajah mamanya. "Kita dah mati bagi dia, ma. D dah tak wujud dalam hidup dia."

Lea tidak mampu untuk membalas bait kata Delilah. Sedar bahawa semua itu adalah hakikat yang harus mereka terima.

"D nak makan apa hari ni?" Lantas, topik ditukar sambil sedaya upaya mengukir senyum.

"D teringin nak makan laksa.. laksa Sarawak."

"So.. laksa for lunch?"

Delilah angguk bersemangat. Persetankan semua yang terjadi. Asalkan ada mama disisi, ianya sudah memadai buat dia.

*****

Pukul sepuluh malam, Delilah masih duduk melangut di koridor biliknya. Merenung dada langit yang dihiasi kerlipan bintang dan cahaya bulan. Angin malam sepoi-sepoi menyapa wajahnya. Fikiran pula menerawang jauh.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now