Merapat kepada Halwa, berbisik Nufa untuk bertanya.

"Kenapa abang Awa nak datang sini?"

Atas bawah, atas bawah Halwa lihat kakak iparnya. Tiba-tiba rasa tangan ini ringan aje nak luku kepala si kakak. Tahu yang Nufa ini selamba sahaja, tapi ini macam terlalu selamba pula. Dah kat majlis sendiri, dah lepas akad, takkan nak berjoget pula selepas itu.

Ayoyo!

"Blur kau simpan dalam-dalam." Setepek kena bila Nadhif elok labuhkan duduk di sebelah Nufa.

Dari jauh lihat Nufa tadi pun dia tahu yang Nufa sedang keliru. Tambah lagi judging face Halwa, makin dia yakin yang Nufa dah lupa sekejap mereka di mana. Seronok sangat bersembang entah apa-apa. Bila pipi merah, lupa semua benda dengan mudah. Luku depan pak aji nanti baru tahu.

Jeling geram Nufa dengar ayat Nadhif.

Nadhif hanya senyum kecil lihat wajah masam itu.

"Hari akad sendiri pun nak masam-masam ke, Huwainaa?" Bisik Nadhif perlahan. Wajah tunduk sedikit cari Nufa yang menunduk sorok segan. Baru sedar gamaknya mereka ini masih lagi dalam majlis akad sendiri.

Senyum lagi Nadhif. Tak cukup itu, mata terpejam rapat. Eh, dah halal-halal begini nampak extra comel pula si Nufa Huwainaa ni. Dah lah manis lain macam hari ini. Ini baru nikah, sanding nanti tak tahu lah. Dia memang tak pernah lihat Nufa dalam sepersalinan nikah mahupun sanding mereka. Konon nak kejutan.

Dan ya, di sini dia terkejut. Nak jatuh rahang lihat Nufa melangkah ke pelamin mini tadi. Cantik, manis, ayu... semua ada lah. Dah duduk sebelah-sebelah begini, makin cantik, makin manis dan makin ayu. Wangi pun ya. Nasib baik dah halal, takde lah rasa haram jadah sangat. Hahaha!

"Sudah-sudah tenung tu. Nah cincin." Tegur Hajah Fazila. Kotak cincin diberikan kepada Nadhif dan Nadhif menyambut.

Merah muka Nufa. Aduh mak mertua. Saya tahu anak mak tenung saya, tapi jangan dijelaskan sebegitu rupa. Makin merah pipi ni. Jantung pun sikit lagi nak meletup.

"Tak nak tengok aku ke, Huwainaa?" Soalan Nadhif lagi bikin malu.

Nadhif senyum kecil. Cincin dah dibawa keluar dari kotak, tapi nak menyakat sikit lagi.

"Penat-penat aku pujuk tadi, takkan nak bagi aku tengok flower crown kau aje kut." Bisik Nadhif.

Nufa pejam mata. Malu campur geram. Lelaki ini memang suka throwback benda-benda yang memalukan kan? Diam-diam buat simpanan sendiri tak boleh ke?

"Nak pergi makan lah macam ni." Dan terus kepala Nufa terangkat dengar sebaris ayat itu.

Dah boleh pergi makan? Boleh skip pembatalan air sembahyang ya? Solat sunat sama-sama takde pun tak apa ke?

Macam-macam soalan muncul sebab keliru, namun mati langsung persoalan itu bila lihat senyum senget Nadhif. Terus Nufa tahu Nadhif sengaja. Sengaja dia angkat kepala pandang lelaki itu. Yang diri ni pun, kenapa lah bengap sangat? Haih la.

Kesian Nadhif dapat isteri kurang cakna. Atau lebih mudah, blur. Tapi, nak buat macam mana. Benda dah akad, enjoy aje lah ya. Hahaha!

"Tembikai madu manis." Spontan Nadhif memuji dengan gayanya sendiri.

Terkelip-kelip mata Nufa menerimanya. Nak butterfly, dah rasa dah dalam perut. Nak tergelak, tapi macam nak berkerut pelik juga. Boleh pula nama timangannya guna nama buah pula. Antara manis dan kelakar, Nufa pilih untuk jadikan ia sesuatu yang kelakar.

Pandang Nadhif, baru Nufa dapat lihat lelaki ini betul-betul. Teringat pula pada rasa ingin melihat Nadhif tadi. Dan bila dah lihat Nadhif, Nufa tak tipu. Nadhif memang kacak. Lebih kacak dari apa yang fikirannya bayangkan.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now