Melutut di sebelah Nufa, Afrina tarik masuk tangan si adik ipar dalam genggaman tangannya. Bila Nufa angkat kepala melihatnya, Afrina ukir senyum manis.

"Betul Nufa nak hentikan semua ni?" Soal Afrina tenang.

Nufa terdiam. Berperang sendiri dengan rasa dan fikirannya.

"Ada masa lagi ni kalau Nufa nak hentikan semua ni." Kepala Nufa diusap perlahan.

Dengar kata-kata Afrina, Nufa pula yang tergamam sendiri. Begitu mudah kah perkara ini boleh dihentikan?

Bagaimana dengan abah? Kalau dia buat kerja gila ini, pasti abah akan malu.

"Abah?" Soal Nufa sepatah. Masih terkejut sebenarnya dengan kiasan setuju Afrina.

Afrina senyum sahaja.

"Takpe. Kita cakap perlahan-lahan. Lagipun, bukan abah yang paksa Nufa untuk terima dan berkahwin dengan Nadhif. Itu kan pilihan Nufa." Tenang sahaja Afrina. Nampak tenang. Jantung di dalam dah berdegup laju juga. Kalau betul Nufa mahu hentikan, mahu kojol dia di situ. Sedikit tidak banyak, dia juga ada bahagian. Seram!

Nufa tergamam lagi. Dahi berkerut. Konfius sendiri. Betul ke akan semudah yang Afrina katakan?

Kalau mudah, bagaimana dengan majlis?

"Majlis?"

"Majlis, kita tukar kepada Majlis Doa Selamat. Sempena apa? Sempena budak kecik dalam perut kakak ni." Afrina mengusap perlahan perutnya yang dah jelas membesar. Menggeletar tangan juga dek gugup.

Terkebil-kebil Nufa. Perut Afrina dipandang sebelum mata naik pandang Afrina semula. Nampak macam si kakak ipar sedang ukir senyuman palsu pula.

Kalau macam tu lah, bagaimana pula dengan Nadhif dan keluarganya. Nak cakap apa pula kepada mereka? Tetamu jemputan istimewa kah?

"Na---Nadhif?" Gagap sedikit Nufa. Entah kenapa jantung berdegup laju tika bibir menitikan nama itu.

Afrina senyum. Tangan Nufa digenggam lebih erat.

"Na---"

Telefon Nufa yang berdering kuat buat kata-kata Afrina terhenti separuh. Masing-masing pandang telefon yang menyala dan bergetar di meja solek.

Menjengah sedikit, Nufa jadi makin gugup.

Huwainaa Punya

"Siapa? Tak nak angkat?" Soal Afrina.

Nufa gigit bibir bawah. Telefon yang masih berbunyi kuat itu diambil.

"Nadhif." Perlahan Nufa menjawab.

Afrina hela nafas lega. Mungkin ini aturan Tuhan. Mana tahu, Nadhif jadi orang yang tepat untuk hadap keadaan Nufa sekarang ini.

"Nufa angkat panggilan, cakap dengan Nadhif apa yang Nufa rasa. Walaupun sepatutnya kena buat sebelum ini, tapi masih ada masa." Afrina berikan cadangan.

Masalah komunikasi pun ya juga Afrina rasa. Sepanjang tempoh bertunang 3 bulan, tak pernah langsung dia lihat Nufa dan Nadhif berhubung. Masing-masing jadi seperti orang asing secara total!

Nufa pandang Afrina.

"Jawab dan cakap elok-elok. Apa-apa, kakak ada di luar okey?" Afrina meyakinkan.

Nufa hela nafas dan mengangguk kecil. Bersetuju. Lihat Nufa yang sudah gesek skrin telefon, Afrina lekas bangun dan beredar dari situ.

Pintu ditutup rapat dan tika itu mata tangkap Sayf yang dah menapak ingin ke bilik Nufa.

"Nufa dah siap? Nadhif dah sampai tapi dia tak nak masuk pula." Sayf beritahu. Pintu bilik Nufa yang tertutup rapat itu dipandang.

Afrina ukir senyum. Alahai. Memahami sungguh lah bakal suami seorang Nufa Huwainaa. Macam tahu-tahu aje bakal isteri masih perlu masa.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum