Delilah periksa jam di telefon. Masih ada lima minit lagi STC nak buka. Barangkali hairan dengan dia yang tercegat disitu, seorang lelaki yang memakai apron coklat dan tertera perkataan STC datang mendekat lalu menguak pintu. Berbunyi loceng yang terpasang di atasnya.

"Adik, kita tak buka lagi." Si lelaki tunjuk papan tanda 'CLOSED' yang terlekat pada pintu.

Delilah perhati pula lelaki di depannya kini. Tingginya mungkin sekitar 5 kaki. Tertera tag nama pada bajunya.

Luth..

"Kalau saya tunggu dekat sini, boleh?" Delilah senyum nipis. Wajah lelaki bernama Luth ini tampak familiar pula. Kacak. Maskulin.

"Kalau macam tu, adik tunggu dekat dalam. Sekejap lagi kami ambil order adik."

Luth mempersilakan Delilah masuk.

"Terima kasih.."

Delilah memilih tempat duduk yang agak terpencil. Jauh dari kaunter dan bersebelahan dinding kaca yang membolehkan dia untuk melihat ke luar. Dekorasi STC ini tidaklah semewah mana. Reka bentuk dalamannya sangat minimalist dan mendamaikan. Gabungan antara warna coklat dan putih menjadikan kafe tersebut estetik.

"Siapa tu? Tak pernah tengok muka dia."

Di depan kaunter, lelaki yang sedang duduk menikmati kopi Americano bertanya kepada Luth.

"Entah. Orang jauh kut." Ujar Luth sebelum membawa buku menu kearah meja yang ditempati Delilah.

"Menu, dik. Adik pilihlah dulu."

"Terima kasih.."

Delilah angguk. Belek buku menu dengan rasa teruja. Pelbagai varisasi minuman yang disediakan. Dalgona Series, minuman Signature STC, Coffee, Non-Coffee dan beberapa jenis minuman sejuk. Dessert dan pastri menjadi hidangan utama di samping beberapa menu snack dan pasta.

Usai memesan makanan dan minuman, Delilah menongkat dagu dan membuang pandangan ke luar. Tak sampai sesaat, telefonnya berdering. Menandakan mesej masuk.

'Are you okay? D marah mama?'

'Take care.. mama tunggu D balik.'

Delilah mengeluh kecil. Terus ikon DND ditekan lalu telefon diletakkan ketepi. Earphones dikeluarkan dari shoulder bag. Musik yang dipasang oleh staf kafe ini memang menenangkan. Tapi untuk dia masuk ke alam yang ada di dalam kepalanya sekarang, dia perlukan musiknya sendiri.

Tongkat dagu dengan kedua belah tangan, dia mula hanyut dengan menungannya.

Dia marahkan Lea? Tidak. Bukan tempatnya untuk berasa marah terhadap mama. Dan selepas apa yang berlaku malam tadi, dia tidak layak untuk memarahi ratu hatinya meski ada sekelumit rasa kecewa yang bertandang.

Mengingatkan butir bicara mama malam tadi, air matanya seakan mahu menitis lagi. Hatinya rasa sakit. Luka yang baru hendak sembuh terasa berdarah semula.

Dia sangka mama sudah menemukan kebahagiaannya. Dia sangka dengan mengahwini Tuan Amza Khaizan, mama bahagia. Tapi ternyata..

Sekali lagi, buat kesekian kalinya.. dia menjadi keutamaan mama. Hakikat yang baru dia tahu, wanita itu berkahwin demi dia. Dan dia lebih daripada tahu, atas alasan apa yang menjadikan Lea memutuskan untuk menikahi Tuan Amza.

Kenapa? Bukankah hidup mereka berdua sudah stabil sebelum ini? 

Ting!

Bunyi loceng saat pintu terkuak berbunyi tanpa Delilah sedar. Si jejaka masuk dengan selamba menuju kearah kaunter.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now