"Solat."

"Dah tu? Tak reti turun solat? Tidur aje kerja." Bebel Nadhif gaya bapak-bapak. Menggeleng sambil cekak pinggang sebelum selamba ambil langkah pergi.

Nufa pandang aje Nadhif yang dah berjalan nak ke tempat pemandu. Kecik besar, kecik besar aje dia lihat Nadhif.

"Eee, mamat ni! Macam mana boleh tersarung cincin ni pun aku tak faham lah!" Rengus Nufa tak puas hati. Nak aje buka cincin ni dan lempar kepada Nadhif.

Baru tahu menggelupur nanti!

Pintu bahagian penumpang terbuka dan Nufa hanya kerling sahaja. Sibuk dia sarungkan kasut sneakers di kaki. Nak kena ikat tali kasut lagi. Kan dah susah bila selesa sangat bersila dalam kereta.

Nadhif hanya memerhati. Simpan senyum bila lihat cincin emas di jari manis tangan kanan Nufa. Namun, senyum cepat mati bila lihat Nufa menjeling tajam ke arahnya.

"Dah kenapa jeling-jeling pula ni?" Soal Nadhif kehairanan. Tang mana pula salah dia kali ini?

Nufa julingkan mata ke atas. Hati kering sungguh!

"Aku suruh solat pun nak marah ke?" Tanya Nadhif.

Nufa diam sahaja, tidak membalas. Bila selesai pakai kasut, terus dia keluar dari kereta. Cari jalan sendiri nak ke surau tanpa hiraukan Nadhif.

Bagi dia sejukkan hati kejap.

˚₊· ͟͟͞͞➳❥

HAMPIR 30 minit, Nufa kembali semula ke kereta. Tersenyum manis bagai tiada amarah pada setengah jam yang lalu. Senang hati buka pintu kereta sebelum dia bolos masuk ke dalamnya.

Lihat senyum Nufa, Nadhif simpan senyum. Namun senyum terlepas kecil jua bila mata sekali lagi menangkap cincin emas di jari manis Nufa.

"Dah, jom." Ajak Nufa selepas tali pinggang dipasang.

Kasut dibuka selamba sebelum kaki dilipat, bawa duduk bersila. Mode princess passenger dah hidup.

Sedar Nadhif masih belum mulakan pemanduan, Nufa menoleh. Terus tersekat nafas bila lihat elok lelaki itu rehatkan kepala di stereng kereta sambil mata tak lepas memandangnya.

"Hah? Kenapa?" Soal Nufa, pura-pura tidak gugup.

Tersenyum kecil, Nadhif angkat kepala. Tali pinggang dipasang namun mata masih tunak kepada Nufa.

Dada Nufa pun mula lah. Nak juga berdebar. Padahal orang tu pandang aje pun.

"Jom sungguh ni?" Soal Nadhif lembut. Tangan memeluk longgar stereng kereta.

Cuba cerna soalan Nadhif lalu anggukan kepala bersama wajah keliru diberikan sebagai jawapan.

Lihat itu, Nadhif terus bawa topi menutup wajahnya.

Terus Nadhif dipandang serong oleh Nufa. Atas bawah, atas bawah.

"Gila."

Topi dijatuhkan ke riba. Senyum terukir.

"Gilakan kau."

Dan Nufa terkedu. Hilang serong pandangan mata, diganti dengan mata bundar berkelip laju memandang Nadhif tanpa lepas.

Mengucap basmalah dengan perlahan, Nadhif mulakan pemanduan semula. Sebelum pemanduan jadi semakin jauh, plastik putih yang ada di kaki ditarik keluar.

Nufa memerhati. Bila plastik itu disua kepadanya, laju Nufa sambut. Lihat isi dalam, senyum langsung terukir lebar.

"Food!" Sorak Nufa gembira sebelum satu persatu jenis pastries di bawa keluar dari plastik. Patut pun hidung terhidu sesuatu yang menyelerakan tadi.

Nadhif hanya geleng kecil. Perangai tak lari seperti Halwa.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now