Qash diam tak membalas. Terus masuk ke restoran tanpa mempedulikan Laith. Delilah dan Myra sudah pun mencari tempat duduk untuk mereka berempat.

Hari ini kelas mereka berlangsung pada sebelah pagi sehingga ke petang. Sebelum pulang ke rumah masing-masing, mereka singgah sebentar ke pekan untuk mengisi perut.

Qash dan Laith sama-sama membawa dulang berisi air dan set family bucket ke meja mereka. Delilah serta Myra pula hanya duduk menanti. Perut dah berkeroncong memandangkan mereka hanya mengisi perut pukul sepuluh pagi tadi.

Laith kerling Qash pelik apabila jejaka itu letakkan loaded cheezy fries dan loaded potato bowl di depan Delilah.

Sebentar tadi, Qash menambah kedua-duanya dalam pesanan. Benda yang tidak pernah berlaku sebab Qash tak suka kentang.

Delilah serta Myra juga masing-masing hairan. Set family bucket yang ada sembilan ketul ayam pun belum tentu habis, Qash add on sajian lain pula.

"Kau dah tukar selera ke, Qash? Yalah, dari tak suka kentang, tiba-tiba add on benda ni pulak." Omel Laith. Biasanya, whipped potato pun mereka tak lalu nak pandang.

"Untuk kau." Ucap Qash kepada Delilah sebelum menikmati seketul ayam goreng. Tangan kanan pula sibuk bermain di skrin telefon.

Delilah terpinga-pinga. Laith tercengang. Myra pula diam. Hairan dengan tindakan tidak tersangka Qash.

"Thanks.." Usul Delilah perlahan. Tarik loaded potato bowl sambil sembunyi senyum. Seronok sebab dapat makanan favorite dia.

Pandai Qash pilih!

"Woah.. Qash, kau dah tengok feed Instagram Inca?" Sambil mengunyah, Laith tunjuk skrin telefon pada Qash. "Team bola baling kita kalah teruk. Kau rasa sebab Diaz ke?"

Delilah yang mendengar nama Diaz sedikit tertarik.

"Si Diaz tu walaupun perangai tak berapa nak baik, tapi ada guna jugak. Kali terakhir dia main untuk kolej Inca, fuh! Menangis team bola baling kolej yang lain." Cerita Laith tanpa dipinta.

"Sekarang dia tak main dah?" Delilah bertanya sebab curious.

"Dia kena banned. Pasal dia terlibat dengan kes dadah."

"Hah?!"

"Laith.." Qash dah tenung Laith. Myra juga sama. Delilah pula yang jadi serba salah. Dia tak sepatutnya tahu ke?

"Tch! Kes tu satu kolej dah tau kut.. kalau bukan disebabkan bapak dia orang yang berpengaruh, aku rasa dia dah meringkuk dalam penjara." Lanjut Laith lagi, tidak mempedulikan renungan rakan-rakannya.

"Dia tak dikenakan tindakan sebab tak ada bukti yang kukuh, Laith. Jangan tokok tambah cerita, boleh?" Sampuk Myra.

Tersengih Laith. Kemudian, dia bersuara lagi.

"Well, yeah.. peraturan kolej Inca, kau buat hal kau tak boleh nak ikut apa-apa aktiviti kolej selagi kes kau tak selesai. Sebab tu Diaz, kapten bola baling kolej kita kena banned. Bergaduh pun boleh dikenakan tatatertib, saja nak bagitau sebab aku tengok kau dengan Diaz dah memang musuh sejati. Pantang jumpa terus nak bergusti."

Delilah benar-benar rasa tersindir. Betullah apa yang Laith cakap tu. Sejak dia datang ke Inca College sehingga kini, dia asyik bergaduh dengan Diaz saja. Barangkali kerana masing-masing tahu status adik-beradik tiri yang dipegang mereka, mungkin itu yang menyebabkan mereka berdua tak sebulu.

Delilah mengeluh dalam diam. Sedang itu, tidak semena-mena perhatiannya tertarik pada figura yang sedang duduk di meja hadapan. Seorang ayah dan seorang gadis yang masih berpakaian sekolah menengah sedang khusyuk menikmati makanan masing-masing. Refleks hati rasa kelam.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now