"Tapi, nak mengelak pun, balik dia yang hantarkan." Omel Nufa sendirian.

Dahi digaru perlahan sebelum telefon kembali ditatap.

Halwa Nabila
Nanti akak tengok makanan mana yang akak nak. Kita order then makan kat dobi eh? Awa pun nak jumpa Kak Warda. Lama dah tak jumpa dia.

Terus melabar senyuman Nufa. Tangan juga menepuk kecil sebelum kepala terangguk-angguk kecil. Sungguh dia bersetuju dengan cadangan Halwa.

"Macam ni lah. Tak semua benda lah dengan abang dia. Bagus lah Halwa ni." Lancar sahaja Nufa memuji Halwa.

You
OKEYY AKAK SETUJU

Kemudian hantar emoji love banyak-banyak buat Halwa.

"Siapa yang dapat love banyak sangat tu?" Teguran mengejut itu buat Nufa melompat dari kerusi sendiri. Hampir sahaja telefon di tangan terlepas namun cepat tangan menangkapnya semula.

Dada dah berdebar kerana terkejut. Mata juga dah membulat. Bila nampak wajah Nadhif yang tiada langsung riak bersalah melihat dia terkejut kerana lelaki itu, langsung sahaja Nufa ambil pen di atas meja dan dibaling pen itu kepada Nadhif. Tepat mengenai dada bidang lelaki itu.

Berdecit tak puas hati Nadhif bila dia tidak sempat mengelak. Nufa dihantar riak tidak puas hati sebelum kepala menggeleng kecil.

"Apa benda lah kau ni." Omel Nadhif.

Mendengarkan itu, Nufa lepaskan tawa sinis. Sumpah geram. Sekarang dia pula yang terlihat salah? Nadhif sangat bermasalah! Tak sedar salah sendiri.

Nadhif menunduk dan pen yang jatuh di hujung kasutnya diambil sebelum diserahkan kepada Nufa. Bila Nufa menagmbilnya dengan kasar, Nadhif menggeleng sekali lagi. Tak faham dengan mood swing Nufa. Tadi bukan main gadis itu tersenyum lebar. Boleh dituduh curang tau kalau lihat senyum Nufa tadi! Tiba-tiba bila dia datang, masam pula gadis itu.

Sebal dengan Nadhif, Nufa terus labuhkan duduk tanpa hiraukan kehadiran Nadhif di situ. Dibiarkan sahaja Nadhif sendirian tanpa dilayan sambil Food Panda dilayari kembali.

Julingkan mata, Nadhif hanya ikut sahaja rentak perangai Nufa.

"Dah makan?" Soal Nadhif datar.

Nufa pandang Nadhif. Baru dia perasan. Sejak dua menjak ini, soalan 'dah makan' pasti akan jadi topik permulaan untuk mereka berbicara. Lepas soalan itu, macam biasa. Nadhif pasti akan mengutuknya selamba. Kata dia gebu lah, gendut lah. Memang kena ada hati kering nak melayan lelaki ini.

Pandangan tanpa sebarang balasan daripada Nufa buat kening Nadhif ternaik sekilas. Topi di kepala dibetulkan seketika bahkan sengaja dia buka dan bahagian belakang topi itu dibawa ke depan, menunjukkan dahi licinnya. Tangan pula betulkan sisi kanan dan kiri rambutnya.

Melihat perbuatan Nadhif, mata Nufa terkebil-kebil sendiri. Telan liur Nufa kerana gugup. Sudah kenapa lelaki itu tiba-tiba sahaja begini? Sudah lah sambil tukar gaya pakai topi, sambil pandang dia tak lepas? Tahu lah boleh jadi tiba-tiba hensem. Tapi, jangan lah tiba-tiba begini sekali.

"Pahal kau ni?" Soal Nufa.

Dahi Nadhif berkerut.

"Kenapa? Aku buat apa?" Soal Nadhif, buat-buat tak faham. Sedaya upaya dia tahan senyum dari terbit di bibir.

Debar juga lihat Nufa yang tiba-tiba gugup seperti tadi. Ingatkan tak rasa apa-apa bila dia sengaja tayang dahi. Eh, rupanya...

"Ish!" Bentak Nufa sendiri. Pipi dah tiba-tiba rasa hangat.

'Nasib baik kau tak terlepas kenapa nak jadi hensem tiba-tiba! Kalau tak, malu kena sakat!'

Nadhif hanya senyum senget sebelum wajah tanpa riak ditayang kembali.

"Nak apa datang sini?" Nufa bertanya. Nadhif dipandang hanya dengan ekor mata sahaja.

"Nak kurma." Jawapan laju Nadhif yang langsung tak masuk dek akal Nufa, buat Nufa menoleh memandang lelaki itu dengan riak wajah yang jelas kehairanan.

"Kurma?"

Nadhif jatuhkan kepala sekali.

"Kau nampak muka aku macam toke kurma ke?" Perli Nufa, Atas bawah, atas bawah bola mata memandang Nadhif.

Nadhif senyum sinis. Badan dibiarkan bersandar ke hadapan, rapat dengan meja kaunter. Tangan juga diletakkan di atas meja kaunter sebelum selamba jarinya bising mengetuk perlahan permukaan meja kayu itu.

Nufa telan liur. Dia ni... nak bagi jawapan ke nak bagi terpukau? Menyampah sungguh lah.

"Yelah. Kau toke kurma aku." Balas Nadhif selamba. Nufa dipandang sebelum tangan naik menekup mulut bila lihat Nufa yang semakin hairan. Senyum dah tak dapat ditahan.

Dengan tangan yang masih menutup longgar mulut, Nadhif berkira-kira mahu ajukan soalan. Namun, tak sempat berfikir, suara dalam kepala lebih laju terluah oleh mulut.

"Kau memang buat apa-apa pun comel ya?"

Terkelu terus Nufa jadinya. Mata terkebil-kebil dan pipi dah rasa hangat. Tanda malu! Tanda dia malu dengan Nadhif sekarang.

Nadhif senyum senget sebelum badan ditegakkan. Kepala menggeleng kecil seraya sekilas Nufa dipandang.

"Takpe lah. Comel tak guna kalau lembab. Orang cakap bahasa mudah pun tak boleh faham. Kesian sungguh boyfriend kau." Selamba sahaja Nadhif iringi pujian tadi dengan kutukan. Kutukan yang matikan terus debaran gugup Nufa. Yang tinggal kini debaran geram. Rasa nak bunuh orang! Bunuh Nadhif lebih tepat!

Pukul meja kaunter, Nufa lepaskan rasa geramnya di situ.

"Eh, aku lah boyfriend kau." Nadhif menyambung selamba. Jengkel Nufa.

"Tak malu. Kutuk orang lepas tu mengaku boyfriend. Gila!"

Nadhif gelak halus.

"Takpe. Kutuk-kutuk pun, orang nak awak."

Berdebar gugup kembali dada Nufa menerima kata-kata Nadhif. Kerana malu, laju pen dibaling kembali kepada Nadhif dan sekali dada bidang lelaki itu menjadi tempat sasaran yang tepat.

Tidak marah seperti tadi, Nadhif kali ini hanya hamburkan tawa. Terhibur dengan perangai marah-kerana-malu Nufa. Macam biasa. Comel.

"Eh, sana lah! Aku tak lunch. Layan kau, kebulur aku tahu tak?" Halau Nufa. Telefon dipandang kembali dan pipi yang terasa hangatnya ditekup dengan satu tangan. Cara baru untuk sorok pipi merahnya.

"Layan aku kejap. Aku nak kurma dengan kau." Kata Nadhif tanpa nada sebelum lelaki itu tiba-tiba sahaja melangkah jauh dari meja kaunter.

Ternganga bila lihat selamba Nadhif keluar dari premis dobi tanpa menoleh lagi. Tiba-tiba Nufa ditinggalkan selepas permintaan lelaki itu supaya dia melayan. Tapi, lain sangat lah pula sekarang. Layan macam mana kalau lelaki itu dah keluar tanpa pamit begitu?

"Aku tak faham sungguh lah dengan lelaki ni." Kepala digaru. Sebelah tangan lagi naik mencekak pinggang.

Menggeleng kepala Nufa. Yang aneh-aneh aje Nadhif Hamza. Macam mana lah boleh dapat adik senormal Halwa? Kalau bagitahu mereka adik-beradik pasti tiada siapa yang mahu percaya.

Tak jadi mahu pesan makanan dari Food Panda, Nufa putuskan mahu buat Nestum 3in1 sahaja. Terbantut selera makan kerana Nadhif.

Baru kaki nak melagkah tiba-tiba telinga menangkap bunyi pintu masuk dibuka. Menoleh, Nufa dapati Nadhif ada di situ dengan dua bungkus plastik di tangan. Pandang wajah lelaki itu, elok lelaki itu tayang cheecky smile kepadanya.

"Hah?" Nufa bingung.

Nadhif angkat plastik sedikit, tunjuk kepada Nufa.

"Makan tengah hari kurma."

Makin bingung Nufa. Dibiarkan sahaja Nadhif menghampiri. Tunggu penjelasan pun ya juga. Tak faham lah. Kata-kata lelaki itu dipanggil Bahasa Alien Nadhif Hamza. Lelaki itu sahaja yang faham. Orang lain tak akan faham.

Nadhif senyum lembut. Plastik di letak di atas meja kaunter.

"Lunch date, My Huwainaa."

Ternganga, Nufa mula faham. Raup muka jadinya dengar 'penjelasan' Nadhif. Sungguh lah. Kebodohan yang comel apakah ini?

*A short one! Tak janji double atau triple update. Kena study hehehehe

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now