22

2.5K 87 2
                                    

Sebulan kemudian...

" Allahuakbar Allahukabar..."

Aku memandang sayu ke arah dua orang kesayanganku. Penat dan sakit bersalin beberapa jam yang lepas seperti di bawa angin lalu. Aku merasa gembira apabila melihat seraut wajah Ahnaf yang tidak putus-putus mengukirkan senyuman bahagia menerobos masuk ke dalam retina mataku.

Alhamdulillah, aku selamat melahirkan seorang puteri yang putih dan sihat.

Cahaya Armani... Nama seperti di dalam mimpiku; yang diberi oleh Ahnaf sendiri.

" Cantiknya anak abah... Cantik macam ibu dia. Beranak pun cantik," Deja vu aku rasakan saat Ahnaf menuturkan kata-kata itu. Kecuali ayat yang terakhir tu. Dia bukan tak tahu dah macam gorgon aku menjerit kesakitan dalam bilik bersalin tadi. Dasar penipu punya mimpi. Ingat tak sakit!

Aku dihampiri lantas sebuah ciuman diberi di dahi. Matanya sejak dapat melihat ni air matanya tak habis-habis nak mencurah-curah. Kalah aku yang perempuan, nok.

" Wahai bidadariku, semoga kau dimasukkan ke dalam syurga Allah yang paling teratas. Banyak sudah kau berbakti untuk diri ini, untuk anak kita, dan agama kita. Terima kasih sebab bagi abang zuriat yang sihat dan cantik. Inilah impian yang abang mahukan sejak berjumpa dengan sayang buat pertama kalinya," Bisik Ahnaf. Aku dengan tenang terus mengangguk akur.

Armani diberi kepada aku untuk menyusu. Sambil menyusu kami ligat melihat dia dengan senyuman. Wajahnya sebiji seperti Ahnaf; itulah yang aku mahukan sewaktu mengandungkan dia. Aku tak memandang kepada sesiapa untuk dijadikan kenan, hanya wajah Ahnaf aku akan tatap sebelum tidur.

" Kita cuba sekali lagi. Abang nak anak ikut wajah sayang pula,"

" Sabar, abang oi~ Sakit bawah ni tak habis lagi awak dah minta yang lain," Aku berpura-pura menangis dalam keluhanku. Ahnaf ketawa sopan. Alahai, harap sangat perangai anak ikut abahnya. Kalau ikut perangai aku, aku pun boleh tepuk dahi juga.

" Mesti awak ingat awak takkan dapat hadiah kan? Awak salah, sayang. Ada hadiah yang abang berikan tunggu awak di rumah," Kata Ahnaf membuatkan aku membulatkan mata. Wah, kalau beranak ada hadiah. Kalau macamtu aku beranak je lah setiap tahun. Aku memang tak harapkan hadiah apa-apa tapi kalau ada orang nak bagi aku tadah tangan sedia menerima. Hshshshs...

" Apa dia tu?"

" Tunggu lah kita balik dulu. Awak mesti suka punya lah,"

Memang betul apa Ahnaf kata. Aku hampir ternganga melihat hadiah yang tersadai di hadapan rumah bonda. Sudah tiga hari aku di hospital dan harini aku telah pulang ke rumah bonda untuk berpantang memandangkan bonda pandai menjaga orang pantang. Aku turun sahaja daripada kereta dan menuju perlahan ke satu kereta Maserati MC20 terbaru; salah satu senarai kereta idaman yang aku mahukan.

" Ahnaf Hadi bin Hadif Soleh! Are you being serious?!"

" Dengan nama Allah, sayang. Ini hadiah awak sebab dah lahirkan Cahaya Armani kita. Janji dengan saya jangan bawa laju-laju kalau dengan Armani nanti. Saya bocor tayar kereta ni nanti,"

Aku memeluk Ahnaf dengan ucapan terima kasih banyak kali. Aku amat menghargai pemberian Ahnaf ni. Kalau satu anak boleh dapat satu kereta, kalau banyak anak...?

" Tunggu habis pantang. Jangan nak mengada bawa ya? Saya pegang kuncinya dulu," Kata Ahnaf lagi. Aku tersengih. Apa lah fikir macamtu terhadap isteri. Saya ni dah lah baik.

" Saya ada bangunkan sebuah madrasah untuk anak-anak kawasan rumah ni. Boleh lah mereka mendalami ilmu Allah satu hari nanti. Semoga pahala kita mencurah-curah seperti air yang mengalir tanpa henti bila anak-anak datang menuntut ilmu," Cadang Ahnaf sedikit sebanyak mendapat persetujuan aku. Bagus juga tu. Sambil bekerja kita dapat belajar dan mencari pengalaman. Hidup dengan Ahnaf juga bagaikan mendekatkan diri dengan tuhan. Dia yang sering mengingatkan aku tentang agama yang aku pegang saat aku sedang lagha.

[ C ] | THE EYES OF OUR HEARTSWhere stories live. Discover now