3

1.6K 80 3
                                    





Kami dibiarkan dalam bilik untuk menguruskan diri sementara menunggu majlis bersanding yang akan dimulakan selepas zohor. Aku hanya terduduk di atas birai katil dengan pandangan yang kosong. Nak lari ikut tingkap, khemah pula betul-betul duduk menghadap. Memang sah-sah orang boleh nampak aku bergayut macam chimpanzee.

Aku tiada kawan untuk berbual atau meluah kerana sepanjang hayat aku tiada erti kawan sejati yang boleh berkongsi cerita. Semuanya aku lakukan dengan sendirinya. Jadi diwaktu begini aku takkan ada sesiapa yang boleh mendengar rintihanku kecuali orang yang baru sahaja menjadi sebahagian daripada hidupku.

" Assalamualaikum, Cahaya Inara," Ucapan salam diberi oleh Ahnaf seusai lelaki itu berlabuh punggung di sebelah aku.

" Waalaikumussalam," Aku menjawab dengan lemah. Tiada mood untuk melayan sesiapa. Sebaik sahaja selesai sesi pembatalan air sembahyang aku hanya mendiamkan diri sahaja tanpa memandang sesiapa termasuklah ahli keluargaku sendiri.

Kalau mereka nak berkecil hati, kecil lah hati. Mereka tak sedar yang sepatutnya yang kena berkecil hati itu adalah aku.

" Awak..." Bahuku disentuh tapi tanpa aku sengaja aku mengelak sehingga sentuhannya terlari. Dia sedikit tersentak tapi cepat-cepat dia mengawal air mukanya.

" Maaf," Aku ni boleh tahan baik apa. Meminta maaf pada benda yang aku tak salah. Bukan salah aku sebab tak nak mencintai Ahnaf tapi sedangkan berita perkahwinan ni pun aku dah terkejut beruk, apatah lagi baru mendapat tahu yang suami aku seorang yang buta.

" Tak apa. Saya faham awak mesti penat kan? Berehat lah dulu. Nanti kita solat jemaah sama-sama," Dia bangun lalu perlahan berjalan disekitar bilik aku. Mungkin juga dia nak teroka selok belok bilik ni yang dah jadi kepunyaannya juga.

Aku hanya perhatikan gerak geri Ahnaf. Perbuatan lelaki itu seperti dia dah biasa melakukan rutin hariannya seperti membuka baju dan melipat kemas-kemas sebelum diletakkan baju itu ke tepi.

Aku sedikit risau yang dia boleh ke buat semuanya sendiri sedangkan ini baru kali pertama dia menjejakkan kaki ke dalam bilik aku. Struktur bilik ni pun dia tak habis khatam lagi macam mana dia nak mandi?

" Erm... Awak nak saya tolong apa-apa ke?" Aku menghulurkan pertolongan. Kan aku dah cakap yang aku ni baik. Tapi jual mahal baiknya.

Dia menoleh tepat ke arah aku sebelum mengukirkan senyuman yang sekali lagi mampu mencairkan hati aku tapi cepat-cepat aku menggeleng.

" Tolong tunjukkan mana satu shampoo dan sabun. Saya takut saya terpakai sabun basuh baju pula nanti," Dalam meminta dia menyelitkan lawak yang aku tak tahu memang betul-betul atau sekadar nak buatkan aku terhibur.

" Awak betul-betul boleh mandi sendiri ke?"

" Kenapa? Awak nak mandikan saya ke?"

Eh eh. Menyesal gila tanya. Tak sangka dalam tenang-tenang pun ada niat macam buaya ya?

" Gurau je. Insha Allah saya boleh buat benda sendiri. Kalau ada apa-apa saya akan tanya awak," Dia cepat-cepat berkata memandangkan aku tidak membalas apa-apa tentang persoalannya.

Dia selamat masuk ke dalam bilik air tapi aku masih statik berdiri di hadapan pintu. Aku mahu memastikan yang dia ok sahaja di dalam sana. Ye lah kan. Mana lah tahu tiba-tiba tergolek laki aku dalam tu tak pasal-pasal orang cop aku tak pandai jaga suami. Bonda pun aku takut juga. Dalam lembutnya ada tegas yang sangat tegas.

Bunyi pancuran kedengaran dari dalam. Maknanya Ahnaf mampu mandi dengan sendirinya. Aku terus membuka baju nikah tadi dan melemparkan ke dalam bakul. Memang rimas kerana sudah masuk waktu tengah hari.

[ C ] | THE EYES OF OUR HEARTSजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें