6

1.4K 73 1
                                    





Sungguh sememangnya aku ni anak sebenar mama ataupun si Ahnaf Hadi tu? Dari tadi mama memberikan pandangan tajam kepada aku yang masih menonton TV tanpa rasa bersalah. Manakala si Ahnaf merajinkan tangannya untuk melipat baju yang berada di dalam bakul.

Ok fine. Memang patut mama pandang aku macamtu sebab biarkan menantu kesayangannya membuat kerja yang sepatutnya kerja aku. Tapi Ahnaf yang sukarela nak bantu takkan aku nak menghalang? Lagipun mama tahu kan yang aku ni memang tak pandai nak lipat baju dengan cantik dan kemas. Kalau setakat lipat rawak aku reti lah walaupun tak kemas. Hoho!

" Sudah lah, awak. Nanti yang selebihnya saya buatkan. Dah banyak awak lipat ni," Tangan yang sudah menyiapkan helaian pakaian ke-36 itu aku tarik dan membawanya duduk di atas sofa.

" Dah nak tinggal sikit tu. Bagilah saya habiskan," Dia duduk semula ke bawah lantai. Tangannya baru nak mencapai bakul, aku segera mencapai terlebih dahulu dan membawa jauh daripada Ahnaf. Ahnaf mengerutkan dahinya apabila kerjanya diganggu.

" Mana boleh. Ni kerja saya. Biarlah saya buat selebihnya. Saya pun nak pahala," Akhirnya Ahnaf mengalah. Dia kembali duduk di atas sofa bersama aku di sebelah.

" Wah hebatnya abang Ahnaf mampu ubah Kak Long jadi baik sampai nak kejar pahala yang selama ni tak pernah terfikir pun nak berebut sama," Perli Alisha yang baru turun daripada tingkat atas.

Kurang ajar mulut si Alisha! Kalau tak mengenangkan papa dan mama ada memang aku kejar kau tawaf satu rumah! Alisha hanya aku jeling tajam. Percayalah kalau aku melawan mulut dengan dia, pasti mama papa akan menangkannya.

Sekali lagi aku berasa sebal apabila Alisha dan Fawwaz memegang takhta dalam carta anak kesayangan mama papa.

Aku kembali menonton TV. Detik ke sepuluh saat aku lantas memandang Ahnaf semula. Kesian tengok bila dia hanya terkaku memandang ke hadapan memandangkan dirinya tidak mampu menonton sama.

" Hm mengantuk pula. Jom kita naik atas lah."

" Buat apa?"

Nak je aku balas sarkastik dengan bermain lompat tikus tapi mengenangkan gurauan aku tu kasar dan menimbulkan ketidaksenangan hati orang lain lebih-lebih lagi Ahnaf jadi aku batalkan sahaja niat tersebut.

Aku mengherotkan senyuman mengusik. Perlahan aku berbisik ke telinganya. " Takkan kita nak bermanja depan mama papa pula kan?" Usikan aku kedengaran biasa tapi baginya usikanku itu membuatkan dia merona merah dan membahang.

Degupan jantungnya berirama tak tentu arah. Ini kali pertama aku mengucapkan kata-kata romatis begitu kepadanya kerana selama ni aku masih ego dengan perasaanku. Mana mungkin dia tak terkejut.

" Jom!" Tangan Ahnaf ku pegang erat seraya membawanya naik ke atas. Sampai di atas aku terus menutup pintu bilik seraya menapak ke atas katil. Aku mendarat ke atas katil dengan selasanya.

Mataku kemudian mencari kelibat Ahnaf yang masih berdiri statik menghadap dinding. Lain macam gayanya seperti... keresahan?

" Awak dah kenapa duduk situ?"

" T-tak ada apa-apa," Ahnaf semakin kepanasan apabila aku bersuara. Pada mulanya aku memang tak perasan kenapa tapi bila aku mengingatkan kembali lelaki itu membahang sewaktu diusik barulah aku tahu puncanya. Tak aku sangka lelaki pemalu pun masih wujud di dunia ya?

" Marilah sini, awak," Ajak aku dengan nada menggoda; semakin kuat mengusiknya.

" Cahaya," Dia menggeleng sambul berkerut kecil. Tidak suka lah tu bila kita kenakan dia.

Aku rasa setakat ni sahaja lah aku menyakat. Aku takut kalau aku terlebih usik nanti jadi lain. Kelelakian seseorang jangan dicabar. Memang pantang tok moyang mereka bila diprovok oleh perempuan yang dia sayang.

[ C ] | THE EYES OF OUR HEARTSKde žijí příběhy. Začni objevovat