Aku dan Ajwad melangkah ke lobi. Aku bergerak ke kaunter manakala Ajwad duduk di sofa yang disediakan. Selesai sahaja check in bilik, langsung tidak menampakkan kelibat Ajwad. Lagilah aku bertambah hairan.

Sambil berjalan ke bilik, kepala ligat berfikir.

Sejak aku dan Haizul putus, banyak perkara pelik yang terjadi. Bukan sekali aku rasa diperhatikan. Tak. Aku yakin aku diperhatikan. Di mana aku berada pasti aku akan berjumpa dengan orang yang ada kaitan dengan Muqris. Ajwad pun nampak seperti sedang menyorokkan sesuatu. Berkali kali ganda aku rasa pelik.

Sampai sahaja di bilik, aku terus masuk. Katil dicari. Direbahkan badan untuk berehat. Tanpa sedar, aku terlelap tidur.

Aku terjaga sebaik sahaja telefon pintarku menjerit meminta untuk diangkat. Tanpa melihat nama pemanggil aku terus angkat.

"Hm? "Mulut yang menguap aku tutup. Sumpah mengantuk! Mata pun macam kena gam gajah, berat semacam nak buka.

"Adik, Angah lupa nak inform. Sepatutnya adik tak payah pergi Johor. Terus pergi KL, siapkan kerja apa yang patut. "

Mata yang tadi tertutup rapat terus terbuka luas. "Ha?! Kau biar betul Ngah! Adik dah sampai Johor. "Aku dah sampai Johor siap check in hotel baru dia nak cakap? Ada juga aku patahkan kaca mata nanti.

"Betul la. Dah pergi KL sekarang. Siapkan apa yang patut. Nanti Angah balik terus pergi office. "panggilan terus ditutup.

Aku menghempaskan telefon di katil. Rasa nak menjerit. Geram! Nasib aku fikir abang je, kalau tak ada yang aku cekik nanti. Kan senang kalau dia beritahu awal -awal. Dia ingat dekat ke Johor dengan KL? Mau berjam jam juga kalau tak ada rintangan.

Nak marah sampai bila. Dengan hati yang sebal, aku mula bersiap. Nasib baik aku tak buka lagi beg. Jam sempat aku lihat. Eloklah aku tunaikan solat zohor dan jamak sekali.

Setelah aku memastikan tiada barang yang tertinggal, aku melangkah keluar dari bilik. Selepas sahaja aku check out, aku mengeluarkan roti jagung yang terselit di tepi beg sandang. Roti dimakan sebelum memulakan perjalanan.

"Where are you going young lady? "tegur satu suara.

Nasib tak tercampak kunci motor. Ajwad. Kan aku dah kata! Kat mana -mana mesti ada dia. Annoying. Aku rasa seperti gerak geri aku diperhatikan oleh dia pun ada juga.

"KL. "jawabku sepatah. Topi keledar dipakai.

"Aku ikut. "

Aku tahu Ajwad tidak dapat melihat wajahku tapi aku tetap membuat muka 'seriously? '.

"Kau biar betul Ajwad? "

"Diam. "

Enjin motosikal dihidupkan. Aku dan Ajwad bertolak dari hotel. Laluan lebuhraya aku pilih atas dasar tak ada jammed.

Sebelum aku masuk ke lebuhraya, Ajwad membuat isyarat menyuruh aku berhenti. Visor helmet dibuka.

"Jangan panik. Ada orang ikut kita dari belakang. "kata Ajwad.

Mataku sedikit membulat. Terkejut.

"Kereta Honda Civic type R warna kelabu. Kereta ni laju jadi aku nak kau bawak laju. Jangan risau aku ada kat belakang. "ujar Ajwad tenang.

"Siapa yang ikut kita?"tanyaku. Manusia mana tak ada kerja sampai nak ikut orang ni?

"Tanya Muqris. Aku takkan jelaskan. Jangan sesekali berhenti walau apapun yang terjadi. Jangan toleh ke belakang. Just go! "arah Ajwad.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now