011********: Enjoy your lunch,Fatima.

Erk!

Tercekik nasi di kerongkong. Air putih dicapai. Diteguk perlahan lahan. Rasa perit di tekak mula hilang.
Tak tengok nama pun dah tahu siapa. Siapa je yang panggil aku Fatima kalau bukan apek tu.

Dia bagi? Terhenti seketika aku dari menikmati makan tengah hari.

“Dia masak sendiri ke? Ya ke dia masak sendiri? Macam sedap tapi memang sedap pun. Tapi tak adalah sedap mana. ”Aku mengomel seorang diri. Tak adalah sedap mana tapi licin makanan dalam bekas.

Tulang ikan keli aku kuis dengan jari. “Kenapa dia bagi, erk? Rajin betul. Ke dia kena sampuk dengan puteri ikan keli? ”Aku bercakap seorang diri dengan kepala ikan keli.

Nak buat macam mana. Perangai aku memang suka bercakap seorang diri. Tak hairan kalau orang cop aku gila. Bercakap dengan manusia pun kadang kena palau. Kan?

Seperti tersedar sesuatu, kening lebat aku berkerut. Macam mana Muqris dapat nombor aku?!

Jam di pergelangan tangan aku lihat. 6:15 petang. Tangan disilangkan di dada sambil menanti kehadiran Muqris. Kalau ikut Muqris, dia suruh jumpa di kafe sahaja. Tapi tak manis la pulak. Nanti apa pulak kata pekerja aku 24 jam melekat dengan Muqris.

Angin petang di tepi pantai aku hirup.

Kelibat Muqris sambil menunggang motosikal kelihatan. Dia meletakkan motosikal betul -betul di sebelah kereta aku.

Muqris mencabut topi keledar dari kepalanya. Rambut yang menutupi dahinya dibetulkan dengan jari. Senyuman senget menghiasi bibirnya.

Dan kenapa mata aku melekat macam gam. Tak boleh nak berkelip melihatnya. Muka dia kebiasaannya nampak polos dan innocent. Kenapa kali ni aku nampak macam... sexy? Smirk di bibirnya memainkan peranan.

Tolonglah Ashal! Jangan macam -macam.

Kembali kepada tujuan utama. Plastik yang mengandungi bekas bersih yang sudah dicuci aku hulurkan kepadanya.

“Terima kasih. ”Aku ucapkan tanpa melihat wajahnya.

“Kalau nak ucapkan terima kasih tengok muka orang yang awak berterima kasih, Fatima Ashal. ”tegur Muqris. Huluran disambut.

“Maaf. ”Aku menundukkan wajah. Nada Muqris tidak tegas dan tidak juga tinggi. Entah kenapa aku seperti terasa dengan tegurannya. Mungkin sebab dia sebut nama penuh aku untuk menegur.

“Habis makan? ”Nada Muqris bertukar lembut. Kening diangkat meminta kepastian.

“Dah. ”jawabku sepatah.

“Sedap? ”

“Sedap. ”

Rate? ”

8/10”

“Lagi sedap dari awak masaklah ni kiranya. ”sakat Muqris. Plastik diletakkan di dalam bakul motor.

Terus aku menjeling tajam ke arahnya. Suka hati je cakap dia masak lagi sedap dari aku masak. Ekeleh! Open table masuk dapur sekarang. Tengok siapa lagi hebat.

So, our last meet? ”Muqris memalingkan badannya ke arah pantai. Kedua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

“Huh? ”Aku keliru. Adakah ini betul -betul pertemuan terakhir kami berdua?

“Hari ini, secara rasmi saya dah berhenti dari bekerja sebagai penghantar makanan. Saya harap kalau kita terserempak di luar sana, dapatlah kita bertegur seperti selalu. Atau mungkin saling menghulurkan tangan ketika dalam kesusahan? ”kata Muqris.

“Yang penting bukan sebagai orang yang tolong ambil kasut dalam longkang. ”Laju sahaja mulutku berbicara. Seperti tersedar, aku menutup mulut.

Muqris melihat ke arahku. Mukanya jelas terkejut. “You remember me? ”

Ha sudah! Dah kantoi. Kau sendiri yang kantoikan. Redha jela Ashal. Nak tak nak kau kena menghadap dia jugak. Bukannya boleh lari.

“Mestilah ingat! Presiden kot tolong. Macam novel sangat. ”Aku mencebik.

I knew you will remember me, Fatima.” kata Muqris sambil tersenyum puas hati.

I knew you will remember me.

Aku tersedar sesuatu. Muqris sebenarnya bukanlah misteri dengan auranya tetapi dia misteri dengan kata -katanya. Setiap kata -kata dan pertuturannya seperti ingin mengatakan sesuatu tapi tidak terluah.

Yup. Of course I remember you. ”Aku mengiyakan.

“Haruslah ingat. Penyelamat yang paling kacak dan terkenal kot. ”Kembang kempis hidung Muqris.

Aku membuat reaksi seperti ingin muntah. Perasan!

“Tak pernah terfikir macam mana kasut boleh terjatuh dalam longkang. Nak kata tak ada penghadang longkang, ada. Besi lagi. ”kata Muqris. Jari diletakkan di bawah dagu seperti sedang berfikir.

“Diamlah kau. ”Sumpah aku malas nak ingat! Kalau ingatkan balik, dia punya malu rasa nak sumbat kepala dalam tanah.

“Eih suka hatilah! Mulut titew. Titew nak talk-talk. ”Muqris memberikan pandangan tajam ke arahku.

Eih? Siapa sepatutnya bagi pandangan tajam ni? Aku ke dia?

“Dalam sekolah tak boleh nak bertegur sapa, kat luar alhamdulillah boleh. ”Muqris tersenyum lebar.

Aku melihatnya dengan hairan. Apahal sampai nak alhamdulillah?

“Eih?! Bukan! Sepatutnya masya Allah. ”kata Muqris.

Semakin berkerut kening aku.

“Eih?! Astaghfirullah. Eih! Bukan -bukan. Insya Allah. Ha! Yang tu. ”Gelabah Muqris nak membetulkan ayatnya. Telinga dipegang untuk menghilangkan rasa kekok.

Wajah Muqris aku pandang. Kalaulah dia tahu, senior yang aku ceritakan sebelum ini adalah dia. “This is our last meet. ”Aku kembali menjawab soalannya.

We have the same think! ”

Menggeleng kepala aku melihat perangai Muqris.

"Berjodoh betul kita berdua. Beberapa tahun berlalu, tak sangka boleh berjumpa balik. "

"Takdir." balasku ringkas.

Muqris memalingkan wajahnya untuk melihat ke arahku. “Semoga kita berjumpa lagi. ”ucapnya.

Till we meet again. ” Aku mengukir senyuman pahit. Ingin sahaja aku menyambung ‘or maybe not’ tapi tidak keluar dari mulut.

Saya harap kita masih boleh jadi kawan. Kalau kahwin, jemputlah. Tapi, awak baru lepas putus. Harap cepat -cepat cari pengganti. ”ujar Muqris selamba.

“Kau ni memang nak kena dengan aku, Sheikh Fahad Muqris. ”Panas pulak hati kita!

Muqris ketawa kecil. “Hehehe. Gurau! Jangan marah! Nanti dapat suami garang. Rawr! ”

Kadang aku terlupa betul ke dia ni bekas Presiden? Perangai macam ketua kelas gayanya.

Aku dan Muqris bersembang buat kali yang terakhir. Selepas ini, memang akan ambil haluan masing -masing. Entah berjumpa atau tidak. Sedar tak sedar, jarum jam berginjak hampir ke pukul 7. Bukannya bercakap sangat. Lebih pada melayan perangai dia.

Ucapan selamat tinggal buat kali terakhir aku berikan sekali lagi. Sempat Muqris melambai tangan sebelum dia pergi. Dan aku hanya melihatnya pergi buat kali yang kedua.

Walaupun perpisahan kali ini hanya seketika, aku cukup hargai.

Sangat menghargai.

Situasi yang hampir sama. Tempat yang berbeza. Sekurang kurangnya perpisahan kali ini dapat melibatkan dirinya juga. Telefon dikeluarkan. Nombor seseorang aku dail. Bunyi sahutan pemanggil, empangan air mataku pecah.

“Afiq. ”

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now