Tatapan Faith bertukar sayu. Dia pun tak sangka sebenarnya. Apa motif tiba-tiba Datuk Ghaffar bertindak seperti orang tidak waras? Sedang berfikir, satu sebab menyinggah untuk seketika. Pantas Ridhwan dipandang. Ridhwan angkat kening, keliru. Tak hanya Ridhwan, Ayrana turut sama keliru.

"Aku rasa, aku tahu kenapa."

Ridhwan tak menjawab. Begitu juga Ayrana. Lepas Faith menyudahkan ayat, hening menimpa mereka. Faith melihat Ayrana dan Ridhwan bersilih ganti. Harap hanya dia sahaja tahu maksud sebenar ayatnya tadi.

Kring kring

Telefon hospital berdekatan mereka berbunyi. Dalam diam Faith mencuri dengar.

"Tiada rekod dengan nama Auwatif Qaliesya, encik. Mungkin di hospital lain, atau encik nak kami sambung panggilan encik dengan mana-mana hospital?"

Faith terdiam. Auwatif Qaliesya? Kenapa ada orang cari Auwatif? Rasa seperti ada yang tak kena, Faith bangun dari duduk. Ayrana laju berdiri sama. Wajah risau tak terlindung di raut ayunya. Ridhwan tak berdiri, hanya mendongak memandang Faith.

"Kau nak pergi mana dengan luka-luka macam ni?" Ridhwan menghalang.

"Auwatif. Aku dengar diorang mention Watif," ujar Faith gelisah. Nama Auwatif dicari seseorang yang dia tak kenal. Sudah pasti dia risau. Risau jika Auwatif diapa-apakan.

"Watif? Kenapa dengan Watif?"

"Aku tak tahu..."

"Encik Aufaith Qaliedyan, ada panggilan daripada balai polis untuk encik."

Dengan bantuan Ayrana dan Ridhwan, meja kaunter dihampiri. Gagang telefon diangkat dan dirapatkan ke telinga. Beberapa detik di panggilan, Faith terkaku. Mata mulai kabur dengan air mata. Dia berkedip, laju air mata mengalir.

"Ya Allah..."

Ayrana peluk Faith dari samping. Entah hatinya turut diserang sebak. Kelemahannya sedang muncul satu persatu. Salah satunya, melihat Faith ditahap terendah seperti sekarang.

Faith, saya ada dengan awak. Lembut kepala diletak di bahu Faith, cuba memberitahu jejaka itu bahawa dia tidak berseorangan.

"Saya tahu awak kuat..." Halus Ayrana bertutur kata, hanya sekadar ingin dia dan Faith sahaja. Faith pejam mata rapat. Ya Allah, beratnya...

+++

"ADIK!" Faith tersedar. Peluh merinik di dahi tak berhenti. Tangan meraup muka sambil bibir beristighfar beberapa kali. Baru tiga hari Auwatif pergi, dia didatangi satu mimpi. Dan mimpi yang baru dialaminya seakan nyata. Teramat nyata.

"Astaghfirullahalazim... Mimpi apa tu?"

Faith bangun dari tidurnya lalu bilik air dituju, niat untuk membasuh muka hanya sekadar ingin menyegarkan diri. Hatinya inginkan ketenangan. Wuduk diambil lalu solat sunat tahajjud dan istikharah didirikan. Hasratnya hanya satu. Ingin tahu apa yang cuba mimpi bagai dunia nyata tadi sampaikan.

Seusai menunaikan solat, Faith duduk untuk seketika. Jiwa dia masih gelisah. Fikirannya pula tetap kusut memikirkan tentang mimpi yang mendatanginya. Tangan dirapatkan bersama, menadah rahmat dan petunjuk daripada Yang Maha Berkuasa dengan doa yang dipinta.

Tok tok tok

Faith tersedar. Dia terlalu hanyut dengan fikiran dan doa yang bertutur di lidah hingga tak sedar akan seseorang di muka pintu. Lelaki itu mengaminkan doa lalu sejadah dilipat kemas sebelum disimpan di atas rak. Kali ini, dia melangkah ke pintu lalu pintu dibuka sedikit.

"Faith, Kasyah nak jumpa." Ridhwan di muka pintu bersuara. Kantuk masih kuat menyerang diri. Sayup-sayup sahaja suara keluar.

Faith mengangguk dan Ridhwan terus mengangkat kaki menjauhi bilik Faith. Dengan sedikit bingung, Faith turun ke tingkat bawah. Kunci kereta sudah dimasukkan ke dalam saku seluar, takut kalau dia harus pergi menemui Kasyah di lain tempat.

Di atas tangga, Faith melihat Kasyah yang duduk bersilang kaki sambil memeluk tubuh. Matanya beralih ke arah satu sampul surat A4 berwarna perang di atas meja. Oh Tuhan, dia ada buat salah ke?

Kasyah pandang Faith dan mata mereka bertembung sesaat. Jantung Faith berdegup laju bagai nak rak, berdebar dipanggil pada waktu sebegini. Nak duduk di kerusi sendiri pun rasa lain.

Faith keras berdiri tak jauh dari Kasyah.

"Aku perasan ada report daripada Ridhwan tentang kau. Kau ingat, aku saja nak datang ziarah? Empat pagi?"

Faith diam tak membalas. Bukan dia tak tahu yang Kasyah cepat bertindak kalau apa-apa berlaku. Walaupun perkara tu berlaku di luar tinjauan lelaki itu sendiri. Kasyah tunjuk ke arah sampul itu. Tak tunggu lama untuk Faith memahami syarat yang disampaikan. Sampul itu diambil lalu dia membukanya. Mata ligat membaca isi, mengabaikan Kasyah yang perlahan-lahan hanyut ke alam mimpi.

Sampul kembali ditutup. Balasan pihak atasan tentang laporan yang Ridhwan buat beberapa hari lepas. Agak kecewa apabila laporannya ditolak dengan alasan Ayrana tidak terluka yang berpunca daripada Datuk Ghaffar. Faith mengeluh perlahan.

"Kau bodyguard anak, nak report bapak dia buat apa? Kau ingat kan sebab Idrees resign? Orang tua tu jugak punca. Jadi, kau as bodyguard baru Datuk Ghaffar, reda ajelah," kata Kasyah dengan mata terpejam. Dia mengantuk sangat tapi dah nama pun tugas, terpaksa jugalah.

"Tapi Idrees hampir mati dan HQ langsung tak ambil kisah. Memang patut dia resign," balas Faith berani. Idrees rapat dengannya malah selalu membimbing dia yang masih baru ketika itu. Namun tak sampai setahun dia bersama, Idrees dilapor berpecah dari pasukan. Beberapa kali memaksa Idrees untuk memberitahu asbab, akhirnya dia tahu. Dan sekarang, dia seakan-akan mengalami deja vu Idrees tapi baru di tahap pertama.

Kasyah sinis. Faith sudah panas hati dan dia sedar akan itu. Terlebih sedar.

"Kau nak panas kenapa? Idrees sendiri nak resign and before HQ buat tindakan, dia orang akan siasat dulu kes tu. Kalau kes tu tak berkait dengan budak jagaan, kau mati sekalipun HQ takkan kisah. Just insurans sepanjang tahun bla bla bla. Aku tak suka repeat benda orang dah tahu." Kasyah berjeda. Dia bangun lantas menghampiri Faith. Pandangan mereka bercantum.

Dalam api kemarahan yang semakin marak, getaran telefon pintar Faith memutuskan semua. Kasyah segera berundur apabila gajet tersebut sudah berada di tangan jejaka tampan itu. Faith mengabaikan Kasyah lalu skrin ditatap. Ayrana.

Pantas sahaja punat hijau diseret ke atas dan telefon dirapatkan ke telinga.

"Assalamualaikum," tegur Faith dahulu. Sedaya upaya nada dibetulkan, tak mahu Ayrana jadi pelampias.

Beberapa minit berlalu, Kasyah hela nafas menyampah. Sepanjang panggilan bersambung, Faith kejap senyum, kejap ketawa. Seperti pasangan dilamun cinta sahaja gaya. Mata pula diguling menyampah sebelum terpejam. Lebih baik dia tidur daripada terus melihat dan mendengar adegan menggeletis Faith.

"Ikut suka kaulah, Faith. Apa-apa, tanggung sendiri," katanya sebelum betul-betul dihanyut mimpi.

[ON GOING] MRS FAITH QALIEDYANWhere stories live. Discover now