Mengerling sedikit kepada Nufa, Nadhif mula menolak kerusi. Bangun sahaja, terus dia berlalu ke kaunter untuk melakukan pembayaran. Dua gadis itu dibiarkan sahaja.

Jauh sahaja Nadhif, Halwa langsung tekup mulut sembunyikan senyum lebarnya. Lengan Nufa digenggam dan digoncang tanda penuh teruja.

"Dah kenapa pula Halwa ni?" Berkerut kening Nufa melihat Halwa.

"Kakak!"

Tergelak kecil, Nufa mengangguk.

"Abang blushing!"

Hilang terus senyum Nufa. Mulut dah menganga.

"Iya! Betul!" Halwa mengangguk untuk meyakinkan.

Berpaling, Nufa garu dahi. Kemudian atas bawah, atas bawah Halwa dipandangnya.

"Merepek apa Halwa ni?" Kerusi ditolak sambil kepala digeleng perlahan.

Halwa lepaskan tawa kecil. Lengan Nufa dipeluknya. Muka dah penuh dengan riak mahu menyakat.

"Betul! Awa tak tipu! Jarang tau abang nak blushing bagai. Sekali dalam seribu tahun!"

Nufa menggeleng dengan hiperbola Halwa. Selamba dahi Halwa ditunjal perlahan dan pelukan Halwa pada lengannya dilepaskan.

"Takde maknanya. Abang awak tu  marah kat akak ada lah!"

"Dah kenapa nak marah pulak?" Halwa bertanya. Takde nampak ciri-ciri marah pun pada Nadhif tadi.

"Kakak ambil air dia kan?" Beg tangan dipautkan pada bahu.

Halwa mencebik dalam senyuman. Jari telunjuk dah digerak-gerakkan. No! No! No!

"No, no, no! Awa nampak dan Awa yakin dengan apa yang Awa nampak! Abang blushing!" Halwa mahu juga menang.

Yalah. Nufa bukan nampak pun apa yang matanya lihat. Si abang tak sudah-sudah mengerling Nufa sejak mereka labuhkan duduk di kerusi lagi. Dan kadang-kadang, berani Nadhif pandang lurus kepada Nufa. Sambil tu mengunyah untuk sembunyi senyum. Belum campur lagi dengan senyum yang lepas bebas setiap kali Nufa hamburkan tawa.

Nadhif angau, tapi ego! Dah kantoi, muka stone semula. Nak juga acah-acah tak punya rasa. Menyampah!

Nufa malas mahu melayan. Menggeleng sahaja kepala. Kaki dah bergerak untuk melangkah keluar. Tunggu Nadhif di luar.

Halwa mencebik kecil dan langkah Nufa diekori. Namun, langkah mati bila Nufa juga berhenti. Telefon Nufa di tangan nyaring berbunyi, minta diangkat.

"Siapa, kakak?"

Skrin telefon Nufa tunjukkan kepada Halwa.

Ain Beeb Beeb

"Halwa tunggu luar lah. Tu abang pun dah selesai bayar." Jari telunjuk Halwa lurus tunding pada satu arah. Buat Nufa ikut sama memandang ke arah yang sama.

Lihat Nadhif yang berjalan segak, Nufa pandang skrin telefon.

'Jalan pun hensem.'

Tanpa niat, Nufa terpuji Nadhif. Namun cepat pipi dicubit perlahan sebagai denda diri sendiri.

Skrin telefon digesek. Lekapkan telefon di telinga, kepala diangkat.

"Hello." Nadhif yang makin menghampiri tiba-tiba menjadi titik pandangan matanya.

Segak Nadhif berjalan. Kertas yang ada di tangan, Nufa lihat Nadhif lipat dan masukkan ke dalam poket seluar. Dan bila Nadhif angkat pandangan, telan liur Nufa jadinya.

Entah kenapa Nadhif tiba-tiba berhenti sejenak sebelum langkah kembali diambil. Pandangan lelaki itu pula tak lepas daripada memandang Nufa.

Nufa telan liur.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now