Rakan-rakannya mengangguk. Menambah hairan Delilah.

"Kau yang berani cari gaduh dengan Diaz?" Tanya si gadis.

Dengar saja nama itu, Delilah spontan mengeluh. Mula faham dengan situasi yang berlaku.

"Awak ni siapa? Girlfriend dia? Atau setakat ahli klub peminat mamat tu?" Mulut tak tunggu lama untuk mengeluarkan aksara.

Gadis tadi tersengih tak percaya. "Look how she talking to me!"

"Kau ni memang tak ada manner, eh? Is that how you talking to your senior?!" Tinggi nadanya menjerkah.

"Senior?" Delilah jongket kening. Perhati lagi gadis di depannya. Terpampang sepotong nama Ailinisha pada kad metriknya. Pelajar bidang Beauty Management. Patutlah cantik. Bergaya. Tapi perangai macam hampeh!

"Ya, senior! Perempuan syok berani macam kau ni memang padanlah nak cari gaduh dekat kolej ni." Mata Ailinisha melotot garang memandang Delilah. Beberapa pelajar yang sedang berjalan menuju ke luar kolej sudah terteleng-teleng kepada mereka.

Delilah mengeluh berat. Malas sungguh hendak melayan karenah para gadis di depannya ini. Sudahlah hari panas!

"Akak, kau ke aku yang cari gaduh sekarang ni? Tiber aje." Cemuhnya sambil tayang muka toya. Langkah diteruskan tanpa mempedulikan mereka.

Namun baru beberapa tapak dia melangkah, lengannya dipaut kasar dari belakang.

"Hei, aku tak habis cakap lagi dengan kau!"

Delilah kembali menghadap wajah Ailinisha.

"Kau ni memang betul-betul kurang ajar, kan? Kau memang sengaja cari pasal dengan Diaz, sebab nak perhatian dia!"

"Kau cakap apa ni, kak? Si Diaz tu siapa aku nak menagih perhatian dia bagai." Ujar Delilah terus-terang. Menyampah pula bila telinga asyik mendengar sebaris nama yang buat dia anti itu.

Ailinisha pandang dia seolah tak percaya. Tak sangka Delilah seberani ini kepadanya.

"Bukan setakat kurang ajar tapi berlagak! Hoi, budak baru.." Bahu Delilah ditunjal kuat, membuatkan mata gadis itu membuntang. "Kau datang tempat orang lepas tu buat perangai sombong, suka hati aje cari pasal.. kau ingat kau akan terlepas macam itu aje? Yang kau kacau tu anak pemilik kolej ni!"

Ailinisha menjerit nyaring. Rasa tercabar sebab Delilah langsung tak hormat dia sebagai senior. Malah berani pulak menjawab!

"Ke kau dah syok dengan Diaz sebenarnya? Aku bagi peringatan dekat kau.. sekali lagi kau buat hal dengan Diaz, aku akan pastikan kau menghilang dari kolej ni kau faham?!"

Tak tahu kenapa, kata-kata gadis itu mengundang sengih sinis di bibir Delilah. Peringatan sebegitu sudah lali di telinganya. Dia kenal benar orang seperti Ailinisha ini.

"Delilah!"

Muncul satu suara yang menyeru tinggi. Delilah yang baru nak membidas langsung berpaling pada punca suara. Begitu juga dengan Ailinisha dan rakan-rakannya.

Membulat mata masing-masing sebaik sahaja melihat seorang jejaka tinggi sedang mendekat.

"Kau ingat tu." Ailinisha menderam sebelum angkat kaki pergi dari situ.

Delilah kerut dahi. Di bawah cahaya matahari yang terik itu, dia dongakkan sikit kepala untuk melihat insan yang menyeru namanya sebentar tadi.

"Tak balik lagi?" Nada datar seperti biasa. Siapa lagi kalau bukan Qash Hayyan.

"Dorang cakap apa?" Soalan kedua diutarakan tanpa sempat Delilah menyahut. Diperhati sekumpulan pelajar perempuan tadi dengan renungan tajam.

Tak menyahut, Delilah sekadar tersenyum nipis dan mengangkat bahu tanda tak tahu. Malas hendak memanjangkan hal yang tidak penting baginya.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now